Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 27 March 2018

Hari Polis Terakhir Untuk Abah

Salam buat pembaca setia blog Cakapsinilah. Untuk entri hari ini Del nak kongsikan serba sedikit mengenai Hari Polis Terakhir Untuk Abah. Untuk pengetahuan anda, ayah Del telah lama berkhidmat sebagai anggota polis. Namun pada 25.3.2018 merupakan sambutan hari polis untuk abah buat yang terakhir kalinya.



Mengapa hari polis terakhir?
Seperti yang anda sedia maklum ayah Del telah lama berkhidmat sebagai anggota polis, ini bermakna pada tahun hadapan ayah Del telah mulakan sesi persaraannya sebagai anggota polis diraja Malaysia.


Abah bersama Cucu

Tujuan Del buat entri untuk hari ini, Del cuma ingin berkongsikan tentang pengalaman Del sebagai anak seorang anggota polis. Untuk pengetahuan semua, berkhidmat sebagai anggota polis mahupun anggota berbadan unifom bukan lah satu tugas yang mudah untuk mereka. Mereka juga perlu berkorban masa, waktu dan tenaga untuk negara.Kadang-kadang abah tak pulang tidur ke rumah kerana tugasnya di luar.

Sebagai anak anggota polis, kami sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk abah. Walaupun kadang-kadang kami rasa tak puas hati dengan beliau, kerana tugasnya. Kadang-kadang, raya kami pun tak sempat untuk pulang ke kampung, dan kami cuma beraya dikediaman kami sahaja. Tapi itu tidak mengapa bagi kami, walaupun kadang-kadang kami rasa, terigin nak pulang beraya bersama atuk dan nenek pada hari raya pertama.

Itu baru cerita hari raya, kadang-kadang bulan puasa pun sama, kadang kami tidak berbuka puasa bersama-sama. Namun walau begitu ibu sentiasa, memberikan makanan untuk jamah waktu berbukanya.Untuk pengetahuan anda semua, berkhidmat sebagai anggota polis meruapaka satu tugas yang kadang-kadang memerlukan seluruh hari mereka, pendek kata 24 jam digunakan untuk berkhidmat. Kami pula sebagai anak anggota polis, wajib memahami situasi abah sebagai anggota polis.

Paling sedih, kadang-kadang orang luar juga ada yang kurang senang dengan anggota polis. Sampaikan anak-anak mereka seperti kami ini menjadi mangsa perli dan cemuhan orang luar. Kadang-kadang mereka, kata anggota polis ambil rasuah lah, kadang-kadang mereka juga berkata kalau kena saman tak perlu bayar lah dan macam-macam lagi. Terutama yang suka membawang menceritakan buruk tentang anggota polis. Sedih betul bila ada yang berkata anggota polis seperti itu. Kami sebagai anak tetap menyokong bapa kami, sebab kami tahu abah bukan macam yang mereka katakan.

Seronok sebenarnya menjadi anak seorang angota polis. Tapi kadang-kadang kami juga risau dengan tugas mereka. Bukan nak mendoakan, tetapi kami ini selalu berpesan kepada bapa kami supaya sering berhati-hati. Dalam surat khabar saja sudah banyak artikel yang menceritakan tentang kemalangan yang melibatkan anggota polis apabila mereka sedang menjalankan tugas mereka. Situasi yang merbahaya, bukan dapat kita ketahui dan kita jangkakan. Kadang-kadang bila ayah kawan kami berlaku kecederaan sehingga menyebabkan tugas mereka terganggu, kami sekeluarga turut berasa sedih. Alhamdulillah, sehingga hari ini, abah tidak tercedera atau pernah berlaku perkara buruk pada dirinya. Namun pada siapa yang pernah mengalami situasi buruk, mereka seharusnya bersabar dengan apa yang telah terjadi dan sentiasa kuat untuk teruskan kehidupan seharian.

Untuk itu sekian sahaja lah untuk entri pada kali ini. Harap apa yang Del sampaikan ini anda dapat memahami. Selamat Hari Polis buat semua Warga Polis Diraja Malaysia.


26 comments:

  1. Wow! Salute... Polis memang job yang bagus... Untuk orang yang berani...

    Selamat menyambut hari polis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan betul tu. salute dgn tugas mereka

      Delete
  2. betul..bukan senang bila ada ahli keluarga yg jadi polis..macam macam cabaran

    ReplyDelete
  3. Selamat hari polis. Alfatihah buat arwah. Samalah kita abah polis dan arwah sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa sep skit! kita abah polis, atok polis. anak jer tak polis.

      Delete
  4. Bukan senang jadi anak polis ni kan..ayah selalu bz dgn tugas mereka.. apa pon terima kasih dgn khidmat mereka..

    ReplyDelete
  5. Memang mencabar kerja sebagai polis ni. Apatah lagi bila jadi anak seorang pegawai polis. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Selamat bersara unutk ayah Del.

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Polis untuk semua warga polis. Salam Takziah juga untuk Del atas pemergian insan tersayang. Ty percaya sepanjang arwah ayah berkhidmat , he did the very best for the country.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh bila masa ayah saya meninggal...ayah saya sihat lagi...

      Delete
  7. Selamat Hari Polis untuk Papa Del. Thank you for serving the country and community, and sacrificing time to carry out your work. Begitu juga untuk sekeluarga. Semua kena sacrifice.

    ReplyDelete
  8. Selamat hari Polis kepada semua mereka yang mempertahankan dan menjada keamanan negara dan memperjuangkan nayawa mereka moga negara kita jadi lebih aman lepas ini.

    ReplyDelete
  9. Biasalah mulut orang membawang kan. Biasa juga dengar begitu. Yang penting kerja sebagai polis kerja mulia berkhidmat untuk negara. Selamat Hari Polis buat ayah Del dan selamat berehat bersama keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  10. Biasalah.. Dengan tugas yang besar mesti hadir dengan tanggungjawab yang besar. Mulut orang pun bukannya kita boleh tutup. Apapun, Selamat Hari Polis! Dan selamat bersara untuk ayah Del ya! Boleh rehat dan bercutilah lepas ni!

    ReplyDelete
  11. Jawatan polis amat penting bagi sesuatu negara. Salute dengan PDRM kita yang sentiasa menjaga keamanan negara.

    ReplyDelete
  12. Selamat bersara kepada ayah awak. Lepas ni boleh la luangkan masa banyak dengan dia kan.

    ReplyDelete
  13. Yeayyy...ayah dah bersara..lepas ni boleh rehat panjang pi jenjalan main ngan cucu...tahniah...

    ReplyDelete
  14. Selamat hari polis.dalam family airah pun ramai anggota polis hihi senang kalau ada ap2 masalah nak refer diaorang

    ReplyDelete
  15. Selamat hari polis sedunia. terima kasih tuan polis sebab dah berkhidmat melindungi negara. sekarang dah pencen bolehlah berehat bersama cucu. dalam family i tak de polis mostly berniaga jee

    ReplyDelete
  16. Selamat harimpolis negara :-) seronok tengok bila ada famili yang terlibat dlm badan beruniform ni... nampak segakk

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Polis kepada abah awak ye..Tak lama lagi dah nak pencen dah pakcik. Dah boleh dudik rehat di rumah sekian lama berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dalam PDRM

    ReplyDelete
  18. Haaa...kita geng tau..!Kak pun anak Polis masa dulu memang org hormat Polis..ayah kak seorang sub-inspektor tp tak pakai uniform - orang dulu kata Mata-Mata Gelap

    ReplyDelete
  19. Awh Happy Police Day to your dad! Plus to all the years of service, tons of appreciation to all of them too. And that picture is too cute btw :)

    ReplyDelete
  20. Biasalah lumrah hidupkan. Tak semua suka dan tak semua kita suka, haaa macam tu la...Tapi part ni biasa dah dengarkan. Cuma kena tahan telinga sikit la kan bila orang kata itu ini. Tq Del, sudi tinggal jejak di entri onie nah. Maaf sangat atas lambat kunjung tiba ini.

    ReplyDelete
  21. Terima kasih Encik polis yang sanggup menjaga keamanan negara. Kadang-2 Ika kesian dengan mereka, tugas yang merbahaya, cuti raya tak dapat. sanggup mereka berkorban demi rakyat dan negara. Salut! Selamat bersara ye

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Halimunan - Masya Masyitah

Title : Halimunan Artist : Masya Masyitah Composer: Omar K , Blaine Bakri , John Jeevasingham Lyricist: Omar K, Blaine Bakri ...