Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 13 March 2018

Pengalaman: Bukit Taisho, Bahau (Tarikan Terbaharu Buat Pendaki Santai)


Salam buat semua pembaca blog Del iaitu CakapSini.lah. Jadi hari ini, Del ingin berkongsikan kepada anda semua tentang pengalaman Del bersama rakan-rakan semasa mendaki Bukit Taisho. Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan pertama kali Del mendaki Bukit Taisho. Ternyata, semua perkara yang pernah menular di laman sosial seperti "Facebook" dan juga "Blogger" yang menceritakan tentang pengalaman mereka mendaki bukit tersebut memang benar-benar tidak mengecewa buat kaki pendaki santai seperti Del.

Seterusnya, tahukah anda dimanakah lokasi Bukit Taisho ini?. Mari Del ceritakan serba sedikit mengenai lokasi bukit tersebut.

Bukit Taisho merupakan bukit yang terletak di Negeri Sembilan dalam daerah Jempol. Pekan atau bandar utama di sekitar Bukit Taisho adalah Bahau. Bukit Taisho ini, berhampiran dengan taman perumahan seperti Taman Meranti dan Taman Kaya. Baiklah, itu saja serba sedikit mengenai lokasi bukit yang tidak mengecewakan ini. Nak tahu lebih lanjut klik sini.

Mengapakah Del katakan Bukit Taisho merupakan bukit yang tidak mengecewakan buat pendaki santai seperti Del ? Tahukah anda? Di bawah ini jawapannya.

Terdapat 5 faktor yang menyebabkan lokasi Bukit Taisho merupakan, bukit yang tidak mengecewakan buat pendaki santai.

1. Lokasi Yang Strategik

Peta Lokasi

Lokasi Bukit Taisho ini sangat strategik. kerana bukit ini terletak berhampiran Pekan/Bandar Bahau. Jadi sekiranya ada pendaki yang datang dari jauh, semata-mata untuk merasai pengalaman menaiki bukit, jangan risau atau bimbang kerana di Bahau terdapat beberapa buah hotel atau tempat penginapan yang mudah didapati. Nak jalan kaki pun boleh. Dekat sahaja tidak jauh.

2. Pemandangan Yang Menarik


Antara Gambar Pemandangan Yang Dapat Diambil

Jika cerita tentang pemandangan yang menarik, sudah tentu ramai penggemar fotografi, atau pengguna laman sosial seperti, instagram,twitter dan facebook pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Sekiranya anda mendaki pada waktu pagi, anda berpeluang merasai pengalaman dengan melihat pemandangan dari atas dengan berlatar belakangkan awan atau pun kabus. Malah pemandangan cahaya matahari pada waktu pagi dan waktu petang juga dapat dirasai. Apa lagi, kaki berswafoto mesti tak lepas kan peluang.

3. Trek Pendaki Yang Sesuai



Contoh Trek Pendaki
Berkenaan tentang trek pendakian untuk sampai ke puncak pula tidak la begitu mencabar. terdapat 3 laluan trek pendaki yang anda boleh lalui. Terpulang kepada anda semua untuk mendaki mengikut laluan yang mana. Nak mencabar boleh, nak santai-santai pun boleh. Asalkan anda berada dalam keadaan selamat.

4. Puncak Yang Berangin



Contoh Tiupan Angin Di Puncak Bukit Taisho

Bila tiba saja di puncak, terutama pada waktu pagi pastinya suasana yang berangin, disertai dengan pemandangan yang indah & damai, pasti tidak akan mengecewakan para pendaki. Puncak bukit tersebut bakal menyambut kedatangan anda dengan tiupan angin yang nyaman lantas, dapat menghilangkan rasa penat setelah mendaki hingga ke puncak. 

5. Masa Perjalanan Yang Singkat

Berkenaan dengan masa perjalanan untuk sampai ke puncak pula, ianya tidak mengambil waktu yang lama. Pada yang baru-baru, anda mungkin merasai perjalanan untuk mendaki seperti agak lama padahal tidak. Anda boleh tiba ke puncak dalam 20-30 min masa mendaki, bergantung kepada tahap kecergasan anda.

Apa-apapun, sekiranya anda ingin melakukan aktiviti seperti ini, persediaan mental dan fizikal perlulah ada. Jangan lupa bawa air untuk menghilangkan rasa dahaga. Selain itu juga, keselamatan dan kebersihan perlulah dijaga. "Jangan pandai-pandai nak rosakkan harta benda awam".




*JANGAN LUPA LIKE,SHARE & KOMEN "FACEBOOK PAGE" & "INSTAGRAM" SERTA FOLLOW BLOG DEL. TERIMA KASIH

30 comments:

  1. Replies
    1. ahah tak lah rajin, nak penuhkan keiginan jer. ahah

      Delete
  2. dulu rajin gak sekarang ni lutut dah tak kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kita yang muda2 pun lelah..haha.. klo practice ok ler tu.. ;)

      Delete
  3. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  4. mula mula baca nama bukit ni ingatkan kat jepun haha bestnya dapat daki bukit, sha takpernah ada pengalaman lagi sebab takminat :p btw follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah mula-mula pun ingat dkt mana, rupanya dkt depan rumah jer tempat dia..hahah nama dia international sgt

      Delete
  5. eh kat Bahau ? Selalu sangat balik bahau untuk ke rumah keluarga angkat di sana tapi tak pernah pula tahu kewujudan tempat ini. Nanti nak cuba terjah ke sana lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dekat bahau. kalau singgah sini ajak lah sesiapa...dekat jer,,betul-betul berhampiran pekan bahau. Kalau datang pada waktu pagi view dia mmg cantik.

      Delete
  6. Kalau hiker memang seronokla dpat pergi. Kawan2 yang gila bukit memang semua bukit dorang pergi panjat. Nampak menarik pemandangan dari Bukit Taisho ni. Tak pernah lagi tgk sunset atau sunrise dr atas bukit. Bila lah nak try naik bukit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try sahaja, bila-bila boleh..bukit tu setakat ni tiada penutupan jalan. tapi serius cakap memang best and sempoi.

      Delete
  7. Seronok kan kalau boleh pergi hiking. Me myself pun dah lama gila tak pergi hiking takde masa. Kalau dapat luang masa dengan kawan2 ha mesti seronok kan, tenang je gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah seronok...luangkan masa dengan kawan-kawan, lagi-lagi dengan kawan yang da lama tak jumpa.haha

      Delete
  8. Cantik view bukit taisho...dulu pernah duduk sana tapi tak tahu pun ada bukit taisho nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya ke. kena selalu teroka la mcam tu. kalau tak teroka tak tahu tempat tu ada

      Delete
  9. Cantiknya view dia
    Berminat nak hiking ni tapi tak fit langsung hahahaha
    Boleh la cuba hiking sini nak tingkatkan stamina semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak fit sangat. lelah jugak lah naik.sebab dah lama tak hiking. kalau selalu tu mungkin kurang..haha

      Delete
  10. Nama dia uniklah Bukit Taisho. Ingatkan di Jepun atau di Korea tadi :D Saya suka tengok pic diorang yang kaki hiking ni. Semua gambar lawa2 especially parts matahari pagi nak terbit

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ramai komen cakap bukit ni di jepun..haha di malaysia saja,,ahah

      Delete
  11. Uniknya nama Bukit Taisho. Ingatkan kat Jepun rupanya dalam Malaysia je. Cantik view sunset tu Bestnya dapat hiking. Teringin nak hiking tapi buat masa sekarang kena lupakan dulu hasrat tu sebab keadaan dan masa tak sesuai. Lagipun dah lama kot tak buat aktiviti macam ni. Risau pancit je tengah jalan nanti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah di malaysia je..senang-senang datang lah ajak rakan-rakan

      Delete
  12. Rajinnya hiking...
    Cantik view dari atas tu

    ReplyDelete
  13. dulu memang suka hiking tapi sekarang ni hahaha peha pon dah besar. nak jalan pun rasa berat je hahaha . adoii tempat ni mmg cantik untuk hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik, dan sesuai,,trek dia pun mudah..sikit-sikit je mencabar

      Delete
  14. Bukit ni kat area mana. First time dengar nama dia. Boleh explore nanti.

    ReplyDelete
  15. Wow ok juga Bukit Taisho kat Bahau ni. Its my first time get to know about this place and pretty achievable for a casual hiker like me.

    ReplyDelete
  16. Such a long time I did go hiking. Last time concure Bukit Tabur and the experience is good. Will sharing this new place to my hiking friends.

    ReplyDelete
  17. first time tahu kewujudan bukit ni. unik pulak namanya. sy last hiking rasanya last year. lama dah x hiking, busy sket

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...