Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Sunday, 29 April 2018

Ciri-Ciri Orang Yang Memiliki 'Bantal Busuk'


Entri kali ini, mungkin membuatkan anda rasa sedikit 'GELI' ataupun 'KETAWA'. Ketawa tu dari segi tak tahan tentang kebenaran seseorang yang memiliki bantal kesayangan. Tetapi, nak tak nak mesti ada di antara anda semua yang tidak dapat lari dari situasi ni kan?. Seseorang yang memiliki bantal busuk ni bukan lah tidak boleh menerima bantal lain untuk tidur. Tetapi, mereka lebih gemarkan bantal kesayangan mereka supaya senang untuk dibuai mimpi.

Entri kali ini, lebih menceritakan tentang gaya hidup (Lifestyle) seseorang. Harap anda semua dapat menerimanya dengan baik dan tidak memandang serius. Hanya sekadar dijadikan bahan gurauan untuk anda semua untuk menceriakan hari-hari anda.

Del nak tanya, mesti ada di antara anda semua yang mempunyai 'Bantal Busuk' kan ataupun bahasa yang baik sikit ialah 'Bantal Kesayangan'. Ada yang memilikinya dari zaman kecil, ada juga yang baru nak proses jadi bantal busuk baru atau ada yang dah keluar 'Cendawan' hahaha. Tapi adakah anda semua nak tahu tentang ciri-ciri yang ada pada setiap orang yang memiliki bantal peluk kesayangan ni. Nak tahu anda semua boleh baca di bawah ni.

  1.  Seorang Yang Setia
  2.  Penyayang
  3.  Sukakan Seni
  4.  Jarang Bergaul dengan Orang Ramai
  5.  Ada Sifat Percaya Diri
  6.  Seorang yang Pendiam
  7.  Pelawak 
  8.  Suka Buat hal Sendiri
  9.  Ada Matlamat Hidup
  10.  Romantik
  11.  Prihatin Terhadap Kesulitan
  12.  Berani Hadapi Cabaran
  13.  Kadang-kadang Ego juga
  14.  Suka Ketawa

P/s: Hanyalah sebagai hiburan dan kajian semata-mata.. kalau betul itu mungkin kebetulan :)

Saturday, 28 April 2018

Lirik Lagu: No Tears Left To Cry - Ariana Grande

Tajuk: No Tears Left To Cry
Penyanyi: Ariana Grande
Lirik: 
  • Ariana Grande,
  • Max Martin, 
  • Ilya Salmanzadeh, 
  • Savan Kotecha
    Producer(s): Max Martin, Ilya



  • [Intro]
    Right now, I'm in a state of mind
    I wanna be in, like, all the time
    Ain't got no tears left to cry
    So I'm pickin' it up, pickin' it up
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up
    I'm pickin' it up, pickin' it up
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up (oh, yeah)

    [Refrain]
    I'm pickin' it up (yeah), pickin' it up (yeah)
    Lovin', I'm livin', so we turnin' it up
    Yeah, we turnin' it up

    [Verse 1]
    Ain't got no tears in my body
    I ran out, but boy, I like it, I like it, I like it
    Don't matter how, what, when, who tries it
    We're out here vibin', we vibin', we vibin'

    [Pre-Chorus]
    Comin' out
    Even when it's rainin' down (can't stop now)
    Can't stop so shut your mouth (shut your mouth)
    And if you don't know then now you know it, babe
    Know it, babe, yeah

    [Chorus]
    Right now, I'm in a state of mind
    I wanna be in, like, all the time
    Ain't got no tears left to cry
    So I'm pickin' it up, pickin' it up (oh yeah)
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up
    Oh, I just want you to come with me
    We're on another mentality
    Ain't got no tears left to cry (to cry)
    So I'm pickin' it up, pickin' it up (oh yeah)
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up

    [Refrain]
    Pickin' it up (yeah), pickin' it up (yeah)
    I'm lovin', I'm livin', so we turnin' up (we turnin' it up)
    Yeah, we turnin' it up

    [Verse 2]
    They point out the colors in you, I see 'em too
    And, boy, I like 'em, I like 'em, I like 'em
    We way too fly to partake in all this hate
    We're out here vibin', we vibin', we vibin'

    [Pre-Chorus]
    Comin' out
    Even when it's rainin' down (can't stop now)
    Can't stop so shut your mouth (shut your mouth)
    And if you don't know then now you know it, babe
    Know it, babe, yeah

    [Chorus]
    Right now, I'm in a state of mind
    I wanna be in, like, all the time
    Ain't got no tears left to cry
    So I'm pickin' it up, pickin' it up (oh yeah)
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up
    Oh, I just want you to come with me
    We're on another mentality
    Ain't got no tears left to cry (to cry)
    So I'm pickin' it up, pickin' it up (oh yeah)
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up

    [Pre-Chorus]
    Comin' out, even when it's rainin' down
    Can't stop now (hmm, oh), shut your mouth
    Ain't got no tears left to cry
    Oh yeah, oh yeah

    [Chorus]
    Oh, I just want you to come with me
    We're on another mentality
    Ain't got no tears left to cry (cry)
    So I'm pickin' it up, pickin' it up (oh yeah)
    I'm lovin', I'm livin', I'm pickin' it up

    [Refrain]
    Pickin' it up, pickin' it up
    Lovin', I'm livin', so we turnin' up
    Yeah, we turnin' it up

    Friday, 27 April 2018

    Lirik Lagu: Biar Ku Pergi - Shaa

    Lagu: Mekiya (NOVA Music (M) Sdn. Bhd. )
    Lirik: Mekiya (NOVA Music (M) Sdn. Bhd. )


    Tak pernah ku rasai
    Kehilangan kau di sisi
    Tak ingin aku kau pergi
    Pergi meninggalkan diri ini

    Kian lama berlalu
    Dirimu masih di hatiku
    Indahnya kenangan bersama
    Saat kau berada di sisiku kasih

    C/O
    Biarlah kisah-kisah kita dulu
    Menjadi sebuah memori
    Anggaplah lumrah dunia
    Percintaan Ini

    Mengapa rindu berakhir
    Mungkinkah suratan takdir
    Kau pergi tinggalkan aku
    Buat selamanya

    *ulang C/O*

    Tak pernah ku rasai 
    Kehilangan kau di sisi 
    Tak ingin aku kau pergi 
    Pergi meninggalkan diri ini

    Biarkan aku pergi
    Membawa luka di hati
    Ku sedar siapa diri ini
    Sekadar ku menumpang kasih yang
    Tak pasti


    Lirik Lagu: Meskipun Kau Tahu - Projector Band

    Tajuk: MESKIPUN KAU TAHU
    Lagu & Lirik : Razif
    Publishing: Media Asia Production Sdn Bhd ℗ & © 2018 MAPMUSIC




    Sering diriku dihantui bayangmu
    Sering diriku merasakan kau disini
    Sampai bila ku yang harus diganggu

    Sampai bila kau yang harus kurindu
    Mengapa pergi kau hancurkan hati ini

    Mengapa masih ku menunggu
    Mengapa masih kau disitu
    Jika untuk menyakitiku
    Pergi kau jauh dariku
    Mengapa tidak kau selami
    Tulus hatiku mencintamu
    Lemah nadiku melihat dirimu
    Bersamanya ...ooh ooh

    C/o 1
    Meski kau pun tahu ku kekasihmu
    Sampai hati kau mengkhianati jiwaku
    Kau hancurkan cinta
    Kau leburkan semua
    Kisah kisah kau dan diriku

    C/o 2
    Meski ku bertahan sambut cintamu
    Kmeski ku bertahan sambut cintamu
    Kau terangi jiwa ini lembut hatimu
    Hidup dan matiku hanyalah untukmu
    Sudah ku tahu
    Tak akan kembali ...hancur hatiku...
    Untuk selamanya...



    Meski ku bertahan sambut cintamu
    Kau terangi jiwa ini lembut hatimu
    Hidup dan matiku hanyalah untukmu
    Sudah ku tahu
    Tak akan kembali ...hancur hatiku...
    Untuk selamanya...
    Sudahku tahu engkau bidadari
    Selamat tinggal untuk selamanya

    Terpisah kau dan diriku .ohhh
    Hanya tuhan yang tahu .oh oh oh

    Thursday, 26 April 2018

    Google Adsense Akhirnya Diterima !




    Tak dapat digambarkan bila pihak Google telah mengesahkan akaun milik Del iaitu blog cakapsinilah diterima untuk 'Google Adsense'. Rasanya bukan Del sahaja yang rasa suka bila diterima google adsense malah, blogger lain juga turut merasakan perasaan yang sama bila kena situasi macam tu.

    Bukan mudah untuk diterima Google Adsense. Tapi kalau anda semua tidak memandang rendah maka senang la jadinya. Untuk pengetahuan anda semua, Del telah memohon akaun google adsense ni sebanyak 3 kali. Kali yang ke-3 ni baru di terima.

    Menurut blogger lain, google adsense cuma menerima akaun blog yang lebih dari 6 bulan untuk matang dan baru lah diterima untuk memohon google adsense. Tetapi, berbeza pula dengan pendapat Del sendri di mana tidak sampai 3 bulan Del telah mendapat pengesahan untuk memiliki akaun google adsense.

    Buat kali pertamanya Del memohon masa tu blog Del baru berusia 2 minggu. Dengan berbekal kan 10 entri dalam blog Del sendri. Untuk proses pertama iaitu mendaftar akaun blog Del diterima google adsense. Tetapi yang membuat kan kerisauan pada Del adalah, menuggu akaun blog di sambung oleh pihak google adsense lebih dari sebulan. Katanya dalam notice setelah akaun dibuat cuma mengambil masa 48 jam sahaja untuk aktif, tetapi lain pula sampai sebulan Del menunggu.

    Perasaan mula pasrah. Entah dapat ke tidak lah akaun Del diterima oleh pihak google adsense. Tiba muncul pula email dari google adsense. Berdebar juga nak membacanya. Bila di baca, google adsense menolak akaun Del di sebabkan 'copyright material'. Dalam hati ni berkata "Tang mana la aku copy paste".

    Ini email yang dihantar oleh pihak Google Adsense bila akaun ditolak


    Lantas Del pun meperbetulkan lah semua entri. Yang mana dikatakan copy tu. Mungkin gambar yang ambil dari google lupa nak letak 'watermark'. Selesai betul kan kesilapan Del mohon semula melalui link yang telah diberi oleh Google Adsense.

    Setelah seharian (24 jam) menunggu jawapan, masih lagi jawapan yang sama dari google adsense yang dihantar melalui email. "DITOLAK". Lalu Del pun mencari lagi kesalahan yang ada untuk diperbetulkan. Rupanya masih ada lagi yang lupa nak letak 'watermark'. Selesai kerja-kerja tu, Del pun letak sekali pada blog Del supaya tiada siapa pun yang boleh copy entri blog Del menggunakan kod HTML. Setelah selesai baru Del mohon semula.

    Dalam 5 hari baru Del dapaat maklum balas, menyatakan akaun Del telah diterima sepenuhnya untuk Google Adsense. Mula tu saja-saja nak tengok email. Tanpa rasa apa tengok email tiba-tiba ada pula email baru dari Google adsense. Hati Mula berdebar lagi. Bila baca, perkataan pertama yang keluar dari mulut Del ialah "YESSS!!". Akhirnya diterima juga. Ingat Google Adsense tak sayang Del.

    Wednesday, 25 April 2018

    Pengalaman: Mendaki Gunung Datuk, Rembau


    Pada 21 April 2018, Del berkesempatan untuk mengikuti aktiviti mendaki Gunung Datuk. Aktivit ini telah diketuai oleh Pak Din yang merupakan sahabat kepada Pak Cik saya. Seramai lebih kurang 45 orang telah mengikuti aktiviti pendakian ini.

    Gunung Datuk terletak di Negeri Sembilan dalam daerah Rembau dan merupakan salah satu gunung tertinggi yang boleh didapati di Negeri Sembilan. Berketinggian 855 meter dari aras laut, telah menjadikan salah satu cabaran buat kaki pendaki.



    Dari Kiri, Pak Ngah, Hani, Nisa, Del


    Aktiviti pendakian ini bermula kira-kira jam 7.30 pagi setelah sesi taklimat dijalankan. Sesi taklimat ini sangat penting buat para pendaki agar sentiasa beringat dan berjaga-jaga semasa akitiviti pendakian berjalan.





    Selalunya aktiviti pendakian Gunung Datuk bermula dari tempat yang lazim dikenali umum iaitu di tapak Hutan Lipur Gunung Datuk, tetapi berbeza dengan kami yang diketuai oleh Pak Din. Kami memulakan sesi pendakian dari kaki Gunung Datuk yang teletak di Solok Sengkuang Kabin. Bagi sesiapa yang belum tahu boleh klik di sini.

    Pendakian kami bermula pada awalnya sungguh seronok dan berasa sangat teruja. Lagi-lagi buat mereka yang kali pertama mendaki Gunung Datuk ini seperti Del sendiri. Langkah demi langkah diatur dengan baik. Permulaan trek pendakian yang landai dan mungkin kurang mencabar menjadikan susana lebih seronok pada pagi itu kerana keletihan masih belum dirasai.

    Namun cabaran pendakian gunung beradat ini semakin di rasai apabila tiba disebuah lokasi yang terletaknya pokok terbesar di situ, iaitu Pokok Pulai. Nak tahu lebih lanjut anda boleh klik di sini tentang pokok pulai yang berada di Gunung Datuk.


    Pokok Pulai


    Trek landai semakin berkurangan, kini trek yang bercerun semakin kami hampiri. Ini bermakna bermulalah cabaran kami sebagai pendaki gunung beradat ini. Permukaan tanah nya yang bercerun disertai dengan batu-batuan menjadikan kami semakin letih dari masa ke semasa untuk menempuh cabaran.


    Mata pun da layu sebab penat

    Berpaut kepada tali dan dahan-dahan pokok yang ada di situ mengurangkan rasa letih kami. Kami mendaki sehingga berjumpa di 'checkpoint' pertama setelah mendaki lebih dari 1000 m dari titik permulaan pendakian. Ini merupakan satu-satunya 'checkpoint' yang ada di Gunung Datuk. Di sinilah kami berehat lama sebelum meneruskan pendakian kami sehingga ke puncak.


    Sejuk bila berpaut pada pokok tu

    1390 m tu rasa macam 10000 m penat dia

    Berbaki dalam 850 m lagi, Del telah menunjukkan kesan keletihan mendaki Gunung yang beradat ini. Terasa ingin muntah, buang air dan sebagainya mula timbul. Perasaan ini cuma untuk mematahkan semangat Del sahaja untuk tiba di puncak. Namun nasihat dan semangat yang diberi oleh pak cik Del sendiri (cc: Asrul Affendi) dan juga pendaki-pendaki yang lain juga memberikan kesan untuk Del terus semangat untuk mendaki.

    Perasaan itu, bukan hanya Del sahaja rasai, malah pendaki lain juga turut merasakan kesengsaraan itu. Lagi-lagi bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti mendaki Gunung Datuk ini. Ada yang pengsan, ada juga yang patah semangat disebabkan keletihan dan jarak perjalanan yang jauh serta bercerun untuk sampai ke puncak. Kekejangan pada kaki juga boleh berlaku untuk itu, siap sedia peralatan kecemasan sebelum melakukan aktiviti lasak sebegini.



    Situasi Kaki Del Kekejangan, Nasib baik ada Yoko-yoko Pak Ngah

    Cabaran seperti serangan serangga juga tidak lari dari aktiviti pendakian sebegini. Misalnya pacat dan lebah. Dua serangga ini, sangat aktif semasa Del melakukan pendakian di Gunung Datuk. Untuk itu, bagi sesiapa yang mempunyai hasrat untuk melakukan aktiviti pendakian, tidak kira di mana  pun persediaan awal seperti memakai sarung kaki tebal dan berseluar panjang. Ini dapat mengelakkan serangan serangga-serangga tadi.

    Kira jam 9 pagi, kami tiba di puncak Gunung Datuk. Waktu tiba di puncak, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya kami kerana telah tiba di puncak dengan selamat. Del ingatkan, Del dan sepupu serta pak cik antara orang tiba lambat di puncak, rupanya masih ada yang masih belum tiba. Satu pencapaian juga buat kami. Keletihan yang di rasa hilang serta merta kerana telah dibayar dengan pemandangan yang cantik dari atas gunung beradat ini.



    Tempat berehat apabila tiba di puncak

    Walaupun matahari semakin tegak memancarkan cahayanya, namun kami masih bersemangat untuk bergambar. Mana boleh hilang kesempatan ini dari kami. Bukan mudah untuk capai ke puncak gunung beradat ini. Penat kami semua terbayar bila tiba di puncak.







    Kira-kira jam 11 lebih kami mula meninggalkan puncak Gunung Datuk. Dalam 30 minit perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan pendaki yang sedang menyelamat rakan mereka. Kelihatan seperti salah seorang dari mereka mengalami kecederaan. Mungkin kekurangan gula dalam badan. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan menuruni gunung ini. Kira jam 1.30 tengahri kami tiba di Solok Sengkuang Kabin. Keletihan kurang dirasai berbanding semasa kami mendaki. Tiba masa untuk kami bergerak pulang.


    Kami Sudah Berjaya Tawan Gunung Datuk, Rembau
    Nak tahu apa yang ada di Gunung Datuk ni, boleh klik sini

    Apa Yang Ada di Gunung Datuk, Rembau ?


    1. Pokok Pulai




    Pokok Pulai ini antara Pokok yang terbesar yang anda boleh dapati di Gunung Datuk. Sekiranya anda ingin tahu, Pokok Pulai ini mampu mengeluarkan bunyi yang kuat apabila di ketuk. Jadi apabila berlaku kecemasan anda disarankan untuk mengetuk pokok ini bagi memberi petunjuk bahawa berlakunya kecemasan. Bunyinya yang kuat disebabkan oleh isi padu pokok tersebut yang agak lompong/kosong lalu mengeluarkan bunyi yang kuat apabila diketuk.

    2. 'Checkpoint'



    'Checkpoint' yang ada merupakan satu-satunya checkpoint yang ada di gunung tersebut. Jaraknya jugak agak jauh dari titik permulaan. Di sini lah tempatnya untuk anda mengambil masa untuk anda berehat panjang sebelum meneruskan perjalanan mendaki gunung beradat ini. Jaraknya kira-kira 1000 meter dari titik permulaan dan perlu mendaki untuk capai ke checkpoint pertama.

    3. Serangga & Haiwan Liar



    Antara serangga yang aktif di Gunung Datuk adalah, lebah dan pacat. Dua serangga ini yang Del nampak aktif. Selain itu seperti ulat gonggok dan serangga lain juga boleh didapati di kawasan kaki pergunungan Gunung Datuk. Cuma tidak lah kerap berjumpa dengan serangga-serangga ini. Haiwan liar seperti ular, babi hutan dan sebagainya mungkin anda akan temui. Bergantung kepada nasib. Masa Del memulakan pendakian dengan yang lain, babi hutan antara haiwan liar yang kami terserempak. Kami dinasihat untuk berada dalam keadaan senyap sepanjang pendakian untuk menjauhkan diri daripada ancaman binatang buas dan liar.

    4. Tanah yang Bercerun dan Berbatu



    Permukaan tanah yang bercerun dan berbatu juga turut anda akan temui sepanjang cabaran untuk mendaki gunung beradat ini. Ada juga permukaan tanah yang landai, tetapi tidak banyak. Untuk itu anda dinasihat supaya tidak memandang sangat kepada cerun-cerun ini agar dapat mengelakkan anda dari patah semangat untuk meneruskan pendakian. Mendaki Gunung Datuk ini lebih kepada aktiviti memanjat. Jadi anda diminta untuk berhati-hati dengan langkah pergerakkan supaya tidak tercedera.

    5. Puncak Yang Berbatu




    Dari sini anda boleh melihat, pemandangan bawah dari atas sepenuhnya. Tangga telah disediakan untuk anda ke puncak tersebut. Di sini lah ramai pendaki yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar (sampai tak reti nak turun). Bergambar, bergambar juga anda juga dinasihati supaya berhati-hati. Tersilap langkah mungkin perkara yang tidak diingini mungkin terjadi. Dengarnya ada kesan tapak kaki peninggalan Hang Tuah, tapi Del tak pasti belah mana. Sebab dah sampai atas tu Del dah tak ingat nak cari, nak bergambar jer ingat. 

    Thursday, 19 April 2018

    Lirik Lagu: Luar Biasa - Ismail Izzani ft Alif

    Tajuk: Luar Biasa
    Penyanyi : Ismail Izzani ft Alif
    Lirik: -
    Lagu: -



    Apa erti sayang
    Erti Setia
    Setiap ahri sayang
    Yang luar Biasa

    Aku tahu
    Ini lebih dari Cinta
    Apalah kami Jika bukan
    Luar Biasa

    Kau Juga yakin
    Ini lebih dari cinta
    Dan Jika kau sedia

    Akan Aku hadir
    Hanya untuk mu
    Akan aku lawan
    Hanya untuk mu
    Akan Aku rindu
    Hanya pada mu
    Tak usah kau bimbang
    Dan tak usah Tertanya

    Apa erti sayang
    Erti Setia
    Setiap Hari Sayang
    Yang luar biasa

    Apa erti sayang
    Erti Setia
    Setiap Hari Sayang
    Yang luar biasa

    We ain't gotta go viral
    Please stay the same
    Then we'll go up
    The Only way
    You know that I will give you what you want
    Just so you know you're second to none

    Akan Aku hadir
    Hanya untuk mu
    Akan aku lawan
    Hanya untuk mu
    Akan Aku rindu
    Hanya pada mu
    Tak usah kau bimbang
    Dan tak usah Tertanya

    Apa erti sayang
    Erti Setia
    Setiap Hari Sayang
    Yang luar biasa

    Bukan lebih tahu
    Tapi jika kamu yakin
    Jangan ragu-ragu
    Like a different feeling
    Tak kau sangka macam kena pop quiz
    Terima sahaja adanya
    Dan selalu ingat pada nya
    You know what the life could bring
    You don't the finer things
    I can even lie
    Good vibes for the win

    Aku doakan hanya yang terbaik untuk kami
    Cinta yang luar biasa


    Wednesday, 18 April 2018

    SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA



    Salam buat pembaca blog Del hari ini, harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Untuk kali ini, Del nak kongsikan segmen yang terbaru yang Del sendiri sertai iaitu "SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA".

    Untuk pengetahuan anda Del sertai segmen kali ini buat kali yang ketiga. Banyak kan segmen yang Del masuk ( 3 jer pun...). Tengah seronok 'blogwalking', tiba-tiba Del ternampak pula segmen yang direka oleh blogger THISNI3ZA. Apa lagi tanpa membuang masa dan berfikir panjang Del pun sertai sahaja dengan niat nak membantu rakan blogger dan menambah lagi kenalan dalam dunia blogging ni.

    Untuk pengetahuan segmen ini bermula dari 5 April sehingga 25 April 2018. Nasib baik masih sempat nak sertai segmen ni. Harap-harap Del terpilih lah nak masuk dalam bloglist 2018 ni. Maklumlah Del pun masih baru lagi dalam dunia blogging ni. Apa pun bagi anda yang ingin sertai , anda semua boleh klik pada benner di atas untuk ketahui lebih lanjut.

    Terima Kasih THISNI3ZA,
    Del Asyraf.

    Lirik Lagu: Tak Pernah Hilang - Kaer & Amylea


    Tajuk: Tak Pernah Hilang
    Penyanyi: Amylea & Kaer
    Lirik: Amylea
    Lagu: Farouk Raman


    Tiada siapa yang pernah tahu
    Tiada siapa yang pernah rasa
    Biar mereka coba mau, coba ada denganku

    Mestikah kau perlu menjauh
    Mestikah kau perlu menghalang
    Perasaan yang pernah datang
    Yang tak pernah hilang

    Aku yang merindumu
    Selalu menantikan dirimu
    Yang selalu memahami
    Tiap getar hatimu

    Aku yang merindumu
    Selalu menantikan dirimu
    Yang selalu memahami
    Tiap getar hatimu

    Jika aku yang engkau ingin
    Kunantikan satu jawaban
    Perasaan yang pernah datang
    Yang tak pernah hilang

    Aku yang merindumu
    Selalu menantikan dirimu
    Yang selalu memahami
    Tiap getar hatimu

    Aku yang merindumu
    Selalu menantikan dirimu
    Yang selalu memahami
    Tiap getar hatimu

    Aku yang merindumu
    Selalu menantikan dirimu
    Yang selalu rindu
    Yang selalu menantimu


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Babab.net

    Terbaru ! dari cakapsinilah.com

    Heritage Trail Ipoh

    Hai semua pembaca. Sekian lama Del berdiam diri. Ada ke yang menanti update daripada blog Del ni  cakapsinilah.com (tak da pun, jangan peras...