Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Wednesday, 4 April 2018

Dulu Bila Kenduri Kahwin Mesti Bawa Ini

Salam buat pembaca blog Del hari ini. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri pada kali ini Del teringin nak berkongsi tentang pengalaman Del semasa kecil-kecil dulu. Ianya mengenai tradisi membawa Bakul Sia/Siah ke kenduri kahwin.

Tahu tak apa itu Bakul Sia/Siah ?
Selalunya, yang Del nampak bakul ini dibawa oleh orang-orang tua sahaja. Kadang-kadang ada juga orang muda yang bawa bakul ni ke kenduri kahwin. Tapi sekarang dah jarang orang bawak bakul ini ke kenduri kahwin. Mungkin tradisi ni sedikit demi sedikit akan pupus ditelan zaman.

Bakul siah ini merupakan kraftangan dari masyarakat Baba Nyonya yang diperbuat daripada kayu atau buluh. Tapi orang Melayu pun boleh juga gunakannya. Tiada halangan pun sebenarnya. Kalau anda semua nak tahu, bakul ini telah ada pada zaman Putri Hang Li Poh lagi. Bakul ini juga merupakan warisan turun temurun oleh orang Melaka. Tengok sahaja hiasan yang ada pada bakul ini, ianya kelihatan sungguh klasik dan menarik.





Fungsi atau kegunaan Bakul Sia/Siah ini adalah untuk mengisi makanan,kain dan sebagainya. Lazimnya masyarakat sering menggunakannya untuk meletakkan beras atau buah tangan di dalamnya untuk diberi kepada tuan rumah. Hal ini dapat memupuk nilai-nilai murni dalam masyarakat setempat.

Del masih ingat lagi, semasa ikut nenek ke rumah orang kawin dia meletakkan beras ke dalamnya. Apabila sampai masa untuk pulang ke rumah, bakul tersebut telah diisi makanan lain pula, sebagai tanda ikhlas pihak tuan rumah yang mengadakan majlis.

Kalau dulu harganya mungkin murah dan senang untuk dimiliki. Tetapi sekarang, Del pun tak tahu. Mungkin harganya mahal dan susah untuk didapati. Seronok bila melihat ada oarang yang membawa bakul ini ke kenduri kawin, teringat pula zaman kecil-kecil dulu. Del dan sedara mesti berebut nak bawa bakul nenek ni (hahaha).

Itu sahaja perkongsian bakul Del hari ini mengenai Bakul Sia/Siah. Del harap ada lagi masyarakat yang membawa bakul ini ke kenduri kahwin ataupun kemana sahaja. Harap tradisi ini tidak ditelan zaman. Kalau nak tahu lenih boleh klik sini.


6 comments:

  1. Oh..kalau mak saya bagi bakul tingkat pada keluar besan..agaknya lebih kurang sama la ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dekat N9 dia paggil bakul ni "Boko"

      Delete
  2. Cantik bekas ni, sekarang harga mesti sangat mahal.

    ReplyDelete
  3. Cantik kan.. Kalau ltak makanan dlm tu selera je nmpak hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Halimunan - Masya Masyitah

Title : Halimunan Artist : Masya Masyitah Composer: Omar K , Blaine Bakri , John Jeevasingham Lyricist: Omar K, Blaine Bakri ...