Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Thursday, 26 April 2018

Google Adsense Akhirnya Diterima !




Tak dapat digambarkan bila pihak Google telah mengesahkan akaun milik Del iaitu blog cakapsinilah diterima untuk 'Google Adsense'. Rasanya bukan Del sahaja yang rasa suka bila diterima google adsense malah, blogger lain juga turut merasakan perasaan yang sama bila kena situasi macam tu.

Bukan mudah untuk diterima Google Adsense. Tapi kalau anda semua tidak memandang rendah maka senang la jadinya. Untuk pengetahuan anda semua, Del telah memohon akaun google adsense ni sebanyak 3 kali. Kali yang ke-3 ni baru di terima.

Menurut blogger lain, google adsense cuma menerima akaun blog yang lebih dari 6 bulan untuk matang dan baru lah diterima untuk memohon google adsense. Tetapi, berbeza pula dengan pendapat Del sendri di mana tidak sampai 3 bulan Del telah mendapat pengesahan untuk memiliki akaun google adsense.

Buat kali pertamanya Del memohon masa tu blog Del baru berusia 2 minggu. Dengan berbekal kan 10 entri dalam blog Del sendri. Untuk proses pertama iaitu mendaftar akaun blog Del diterima google adsense. Tetapi yang membuat kan kerisauan pada Del adalah, menuggu akaun blog di sambung oleh pihak google adsense lebih dari sebulan. Katanya dalam notice setelah akaun dibuat cuma mengambil masa 48 jam sahaja untuk aktif, tetapi lain pula sampai sebulan Del menunggu.

Perasaan mula pasrah. Entah dapat ke tidak lah akaun Del diterima oleh pihak google adsense. Tiba muncul pula email dari google adsense. Berdebar juga nak membacanya. Bila di baca, google adsense menolak akaun Del di sebabkan 'copyright material'. Dalam hati ni berkata "Tang mana la aku copy paste".

Ini email yang dihantar oleh pihak Google Adsense bila akaun ditolak


Lantas Del pun meperbetulkan lah semua entri. Yang mana dikatakan copy tu. Mungkin gambar yang ambil dari google lupa nak letak 'watermark'. Selesai betul kan kesilapan Del mohon semula melalui link yang telah diberi oleh Google Adsense.

Setelah seharian (24 jam) menunggu jawapan, masih lagi jawapan yang sama dari google adsense yang dihantar melalui email. "DITOLAK". Lalu Del pun mencari lagi kesalahan yang ada untuk diperbetulkan. Rupanya masih ada lagi yang lupa nak letak 'watermark'. Selesai kerja-kerja tu, Del pun letak sekali pada blog Del supaya tiada siapa pun yang boleh copy entri blog Del menggunakan kod HTML. Setelah selesai baru Del mohon semula.

Dalam 5 hari baru Del dapaat maklum balas, menyatakan akaun Del telah diterima sepenuhnya untuk Google Adsense. Mula tu saja-saja nak tengok email. Tanpa rasa apa tengok email tiba-tiba ada pula email baru dari Google adsense. Hati Mula berdebar lagi. Bila baca, perkataan pertama yang keluar dari mulut Del ialah "YESSS!!". Akhirnya diterima juga. Ingat Google Adsense tak sayang Del.

10 comments:

  1. alhamdulillah tahniah,, nampak bukan senang nak senang pikat adsense ni hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu..ni nanti nak pakai domain sndiri kne mohon balik..betul ke..alahai

      Delete
  2. Thniah del. Memang susah pun nk dpt menda ni. Kalau dpt tu memang alhmdulillaj

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. bukan senang nak approved kan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah pd awk Del.. sy pun masih lagi ditolak oleh adsense tapi masih ok lagi la sebab tak berapa nak serius sgt psl adsense nie..hihi

    ReplyDelete
  5. Tahniah del.. jom kumpul fulus

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Halimunan - Masya Masyitah

Title : Halimunan Artist : Masya Masyitah Composer: Omar K , Blaine Bakri , John Jeevasingham Lyricist: Omar K, Blaine Bakri ...