Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Wednesday, 25 April 2018

Pengalaman: Mendaki Gunung Datuk, Rembau


Pada 21 April 2018, Del berkesempatan untuk mengikuti aktiviti mendaki Gunung Datuk. Aktivit ini telah diketuai oleh Pak Din yang merupakan sahabat kepada Pak Cik saya. Seramai lebih kurang 45 orang telah mengikuti aktiviti pendakian ini.

Gunung Datuk terletak di Negeri Sembilan dalam daerah Rembau dan merupakan salah satu gunung tertinggi yang boleh didapati di Negeri Sembilan. Berketinggian 855 meter dari aras laut, telah menjadikan salah satu cabaran buat kaki pendaki.



Dari Kiri, Pak Ngah, Hani, Nisa, Del


Aktiviti pendakian ini bermula kira-kira jam 7.30 pagi setelah sesi taklimat dijalankan. Sesi taklimat ini sangat penting buat para pendaki agar sentiasa beringat dan berjaga-jaga semasa akitiviti pendakian berjalan.





Selalunya aktiviti pendakian Gunung Datuk bermula dari tempat yang lazim dikenali umum iaitu di tapak Hutan Lipur Gunung Datuk, tetapi berbeza dengan kami yang diketuai oleh Pak Din. Kami memulakan sesi pendakian dari kaki Gunung Datuk yang teletak di Solok Sengkuang Kabin. Bagi sesiapa yang belum tahu boleh klik di sini.

Pendakian kami bermula pada awalnya sungguh seronok dan berasa sangat teruja. Lagi-lagi buat mereka yang kali pertama mendaki Gunung Datuk ini seperti Del sendiri. Langkah demi langkah diatur dengan baik. Permulaan trek pendakian yang landai dan mungkin kurang mencabar menjadikan susana lebih seronok pada pagi itu kerana keletihan masih belum dirasai.

Namun cabaran pendakian gunung beradat ini semakin di rasai apabila tiba disebuah lokasi yang terletaknya pokok terbesar di situ, iaitu Pokok Pulai. Nak tahu lebih lanjut anda boleh klik di sini tentang pokok pulai yang berada di Gunung Datuk.


Pokok Pulai


Trek landai semakin berkurangan, kini trek yang bercerun semakin kami hampiri. Ini bermakna bermulalah cabaran kami sebagai pendaki gunung beradat ini. Permukaan tanah nya yang bercerun disertai dengan batu-batuan menjadikan kami semakin letih dari masa ke semasa untuk menempuh cabaran.


Mata pun da layu sebab penat

Berpaut kepada tali dan dahan-dahan pokok yang ada di situ mengurangkan rasa letih kami. Kami mendaki sehingga berjumpa di 'checkpoint' pertama setelah mendaki lebih dari 1000 m dari titik permulaan pendakian. Ini merupakan satu-satunya 'checkpoint' yang ada di Gunung Datuk. Di sinilah kami berehat lama sebelum meneruskan pendakian kami sehingga ke puncak.


Sejuk bila berpaut pada pokok tu

1390 m tu rasa macam 10000 m penat dia

Berbaki dalam 850 m lagi, Del telah menunjukkan kesan keletihan mendaki Gunung yang beradat ini. Terasa ingin muntah, buang air dan sebagainya mula timbul. Perasaan ini cuma untuk mematahkan semangat Del sahaja untuk tiba di puncak. Namun nasihat dan semangat yang diberi oleh pak cik Del sendiri (cc: Asrul Affendi) dan juga pendaki-pendaki yang lain juga memberikan kesan untuk Del terus semangat untuk mendaki.

Perasaan itu, bukan hanya Del sahaja rasai, malah pendaki lain juga turut merasakan kesengsaraan itu. Lagi-lagi bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti mendaki Gunung Datuk ini. Ada yang pengsan, ada juga yang patah semangat disebabkan keletihan dan jarak perjalanan yang jauh serta bercerun untuk sampai ke puncak. Kekejangan pada kaki juga boleh berlaku untuk itu, siap sedia peralatan kecemasan sebelum melakukan aktiviti lasak sebegini.



Situasi Kaki Del Kekejangan, Nasib baik ada Yoko-yoko Pak Ngah

Cabaran seperti serangan serangga juga tidak lari dari aktiviti pendakian sebegini. Misalnya pacat dan lebah. Dua serangga ini, sangat aktif semasa Del melakukan pendakian di Gunung Datuk. Untuk itu, bagi sesiapa yang mempunyai hasrat untuk melakukan aktiviti pendakian, tidak kira di mana  pun persediaan awal seperti memakai sarung kaki tebal dan berseluar panjang. Ini dapat mengelakkan serangan serangga-serangga tadi.

Kira jam 9 pagi, kami tiba di puncak Gunung Datuk. Waktu tiba di puncak, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya kami kerana telah tiba di puncak dengan selamat. Del ingatkan, Del dan sepupu serta pak cik antara orang tiba lambat di puncak, rupanya masih ada yang masih belum tiba. Satu pencapaian juga buat kami. Keletihan yang di rasa hilang serta merta kerana telah dibayar dengan pemandangan yang cantik dari atas gunung beradat ini.



Tempat berehat apabila tiba di puncak

Walaupun matahari semakin tegak memancarkan cahayanya, namun kami masih bersemangat untuk bergambar. Mana boleh hilang kesempatan ini dari kami. Bukan mudah untuk capai ke puncak gunung beradat ini. Penat kami semua terbayar bila tiba di puncak.







Kira-kira jam 11 lebih kami mula meninggalkan puncak Gunung Datuk. Dalam 30 minit perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan pendaki yang sedang menyelamat rakan mereka. Kelihatan seperti salah seorang dari mereka mengalami kecederaan. Mungkin kekurangan gula dalam badan. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan menuruni gunung ini. Kira jam 1.30 tengahri kami tiba di Solok Sengkuang Kabin. Keletihan kurang dirasai berbanding semasa kami mendaki. Tiba masa untuk kami bergerak pulang.


Kami Sudah Berjaya Tawan Gunung Datuk, Rembau
Nak tahu apa yang ada di Gunung Datuk ni, boleh klik sini

4 comments:

  1. Wah bestnya hiking.. belum pernah lagi hiking kat gunung.. baru berjinak-jinak hiking bukit..

    ReplyDelete
  2. syoknya, timm xpernah lagi try gunung2 ni..bukit-bukit saje..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...