Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 22 May 2018

Sinopsis Drama: Halalkan Hati Yang Ku Curi

sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi

Halalkan Hati Yang Kucuri mengisahkan tentang Faiq dan Delisha yang merupakan pasangan suami isteri. Kedua-duanya sukakan kemewahan, kebebasan dan seringkali berseronok tanpa batas. Menasihati mereka berdua ibarat mencurah air ke daun keladi. Mereka bertindak melarikan diri akibat merajuk ditegur oleh keluarg.
Sebulan kemudian mereka membuat keputusan untuk pulang semula ke rumah. Mereka terkejut bila mendapati keluarga mereka telah hilang. Bukan sahaja banglo telah dijual tetapi syarikat keluarga mereka juga telah bertukar hak milik. Faiq dan Delisha cuba mendapatkan jawapan kepada misteri kehilangan keluarga mereka tetapi langsung tidak mendapatkan sebarang petunjuk.
Memandangkan duit mereka sudah semakin habis, mereka berdua sudah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan dan memulakan kehidupan mereka dari bawah. Jika dulu mereka pernah memandang hina pada beberapa jenis pekerjaan, kini demi untuk mendapatkan sesuap nasi mereka sanggup bekerja sebagai tukang cuci, buruh kontrak mahupun pengawal keselamatan.
Dapatkah Faiq dan Delisha menempuhi dugaan demi dugaan yang menimpa mereka. Berjayakah mereka berdua bertemu semula dengan keluarga mereka dan mendapatkan jawapan kepada misteri kehilangan keluarga mereka? Mampukah Faiq dan Delisha mengikis sikap buruk mereka yang gemar bersosial?
Sumber: Nota wanita

Sinopsis Drama: Nur (TV3)

Sinopsis Drama Nur tv3

Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmu, rupa paras dan anak lelaki tunggal kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaludin Hassan). Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja (Riena Diana), seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur (Amyra Rosli), seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?


Sumber: my info taip

Lirik Lagu: Rahsia Kita - Khai Bahar,Fatin Husna

lirik lagu rahsia kita khai bahar
Tajuk lagu: Rahsia Kita
Penyanyi: Khai Bahar, Fatin Husna
Komposer:Harris Yusoff
Lirik: Jim Bimasakti

>>DENGARKAN LAGU RAHSIA KITA<<

Angin perlahan menyentuh jantungku 
bercerita tentang kita
Tak ku temukan sebuah jawapan 
dalam ketenangan

Haruskah ku simpan semuanya 
rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Hati meruntun mencari pandangan
akhirnya tak kelihatan
Tak ku temukan sebuah jawapan
dalam kepalsuan

Haruskah ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
Hilang mencari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
hilang mencari jawapan
cintamu pada diriku
terhenti buat seketika



Monday, 21 May 2018

Sinopsis Drama: Rahsia Hati Perempuan

Sinopsis Rahsia Hati Perempuan

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina (Mira Filzah), Zayn (Hisyam Hamid) dan Mikael (Fikry Ibrahim) bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara, Australia. Mereka saling membalas surat namun kemalangan menimpa Zayn dan Mikael apabila rumah mereka musnah terbakar sekaligus terputus hubungan mereka.

Ketika sudah dewasa, Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan yang dialami Zayn akibat perkahwinan yang dibatalkan oleh Ayra. Semasa bercuti, Ilaina dan Arissa (Uqasha Senrose)  telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim (Amir Nafis).

Hubungan Ilaina dan Mikael mula rapat tatkala hubungan Zayn dan Mikael semakin tegang. Pada masa sama, Arissa pula sukakan Mikael walaupun mengetahui Ilaina sudahpun mempunyai perasaan terhadap Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.

Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya (Fauziah Ahmad Daud). Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Sumber: my info taip

Apa yang baru dekat blog "Cakapsinilah" ?


Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak berkongsi apa yang terbaru buat blog Del iaitu Cakapsinilah. Agak-agak apa yang terbaru ye kalau anda yang setia baca blog Del tu sebelum ni. Memandangkan blog Del ni tak lama lagi bakal berusia 3 bulan, namun Del nak khabarkan kepada anda semua tentang apa yang terbaru. Tak banyak pun yang baru tetapi bila anda akses ke blog Del mesti nampak ada kelainannya. Apa yang terbaru? baca bawah ni.

1. Domain Baru

www.cakapsinilah.blogspot.com > www.cakapsinilah.com

Memandangkan sebelum ni blog Del menggunakan blogspot.com tetapi Del kali ini tekad pada 15 Mei 2018 untuk bawa blog Del lebih tinggi dan nampak profesional. Oleh sebab itu, cadangan untuk memiliki domain .com sebelum ini telah pun terlaksana. Orang cakap kalau pakai domain blogspot.com membuatkan alamat untuk ke blog Del ni seperti panjang dan susah untuk diingati. Kali ini, dengan izin Allah s.w.t dan rezeki yang ada, maka Del pun menukar alamat blog dari blogspot.com ke .com . Macam mana dengan alamat baru ni? harap anda semua terus sokong Del dari belakang. 

Antara sebab utama Del menukar domain adalah untuk nampakkan blog Del lebih profesional. Jadi tidak lah orang lain memandang rendah pada blogger baru macam Del ni. Selain itu juga, nak memudahkan orang mengingati alamat blog. Jadi tak perlu lah mereka di luar sana kena tapi panjang-panjang lepas itu tak jumpa pula. Ada juga yang kata, kalau tukar domain PV akan lebih tinggi, tapi bagi Del rasanya tak kot. Tapi tak tahu la pula apa terjadi selepas 6 bulan menukar domain. PV ni bagi Del kalau meningkat pun mesti disebabkan oleh topik atau tajuk-tajuk hangat.

*Harap anda semua doakan Del dapat bayarkan Domain setahun sekali ni hehehe.

2. Header Blog

Sebelum

Selepas


Header blog baru ni baru sahaja tukar. Tujuannya nak bagi tarikan pengunjung ke blog Del ni. Biasa sahaja blog Del ni, tapi dengan adanya header yang menarik mesti buatkan blog Del yang sendu ni nampak mahal (perasan). Tambahan pula, header blog ni, Del sendiri yang buat. Apa guna ilmu penuh di dada tapi tidak menggunakannya. Kemahiran Del photoshop (PS) dapat juga serba sedikit membantu menghias blog tanpa upah sesiapa. Tetapi kalau perlu Del akan buat lah untuk upah sesiapa. Konsep blog yang minimalis, masih lagi dikekalkan oleh blog Cakapsinilah.

Bagi anda yang ingin khidmat Del buat logo, header blog dan sebagainya, boleh lah chat Del di Facebook ataupun email sahaja. Tak mahal pun harga atau cas yang dikenakan. Melainkan, kerja-kerjanya rumit pasti lah harga dia mahal. tapi jangan risau tak lebih RM 30 tetapi bergantung kerumitan kerja. Kalau rumit mungkin lebih dari RM 30+ . Kalau biasa-biasa ni, bawah RM 10 je. 

Saturday, 19 May 2018

Lirik Lagu: Hijabi (Wrap my Hijab) - Mona Haydar

hijabi (wrap my hijab) - Mona Haydar
Tajuk Lagu: Hijabi (wrap my hijab)
Artis: Mona Haydar


Verse 1 What that hair look like Bet that hair look nice Don’t that make you sweat? Don’t that feel too tight? Yo what yo hair look like Bet yo hair look nice How long your hair is You need to get yo life You only see Oriental You steady working that dental You poppin off at the lip And run ya mouth like a treadmill Not your exotic vacation I’m bored with your fascination I need that PayPal, PayPal, PayPal If you want education Hook All around the world Love women every shading be so liberated All around the world Love women every shading power run deep So even if you hate it I still wrap my hijab Wrap my hijab Wrap my hijab Wrap, wrap my hijab Keep swaggin my hijabis Swag-Swaggin my hijabis Swaggin my hijabis Swag-swaggin my hijabis Verse 2 Me and my hijabi ladies We was born in the eighties So pretty like the Euphrates and party like some Kuwaitis Deeper than some diplomas Current like some hot yoga Takin back the misnomers and Teleportin through trauma Teleportin through trauma Teleportin through trauma I been stackin my karma Nefertiti, no drama Make a feminist planet Women haters get banished Covered up or not don’t ever take us for granted Hook Bridge You’re just jealous of my sisters These Mipsters, These hippies These Prissies, These Sufis These Dreddies, These Sunnis These Shii’s, Yemenis Somalis, Libnanis, Pakistanis These Soories, Sudanis Iraqis, Punjabies Afghanis, Yazeedis Khaleejis, Indonesians Egyptians, Canadians Algerians, Nigerians Americans, Libyans Tunisians, Palestinians Hidden beyond the Mekong in Laos Senegalese and Burkina Faso


Friday, 18 May 2018

Aktiviti Sehari Sebelum Puasa


Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan kepada anda semua berkenaan aktiviti seharian Del sebelum puasa 2018 kali ini. Agak-agak apa yang telah Del lakukan?

Untuk aktiviti Del sebelum puasa, Del berkesempatan untuk meneman kan Mak Ngah dan Sepupu Del ke Melaka. Tujuannya adalah untuk menghadiri temuduga IPG di Maktab Perguruan Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun. Del pun pertama kali datang ke situ dan agak tertanya-tanya di manakah lokasi tersebut. Apa pun, Mr.Google kan ada jadi dari situ la Del tahu lokasi maktab tersebut. Rupanya maktab tersebut berada di kawasan Bandaraya Melaka berhampiran juga dengan Masjid Al-Azim.


Kami bergerak ke Durian Daun kira-kira jam 4.50 pagi. Awal betul rasa waktu untuk kami bergerak. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada la masa untuk tahu lokasi maktab tu. Dari Rembau kami gerak tiba di Masjid Al-Azim jam 5.25 pagi lebih kurang. Sebelum tiba waktu solat subuh, Del berikan cadangan dekat Mak Ngah untuk cari lokasi maktab tersebut. Setelah jumpa lokasi maktab, kembali kami ke Masjid Al-Azim untuk tunaikan solat subuh. 


Selesai solat subuh, kami terus bergerak untuk mencari sarapan pagi sementara waktu yang ada agak panjang sebelum waktu untuk sepupu Del ditemuduga. Tak tahu mana nak cari sarapan, terlintas pula difikiran untuk pandu lalu (drive thru) di McDonald's Dataran Pahlawan. Sempat juga la menikmati suasana di situ pada waktu subuh. Ternyata tak banyak kereta yang lalu lalang. Selalu kalau ke Melaka mesti sesak lalu lintas dengan orang ramai dan kenderaan. Kali ini, sempat tengok kawasan tumpuan di tempat bersejarah tanpa orang ramai. 

Tiba di Mc.D kami order sarapan pagi. Minum la air teh tarik McDonald's . Sedap la pula rasa dia. Sebelum ni Del tak pernah buat pesanan teh tarik di McDonald's. Maka bersarapan lah kami dalam kereta sambil tunggu waktu temuduga. Jumlah yang ditemuduga Del lihat tidak lah ramai, biasa-biasa sahaja dan peluang untuk balik awal tu mungkin ada la untuk kami. Tapi, janji sekadar janji. Del baca surat sepulu Del tu katanya pukul 10.30 da selesai tapi tidak (macam kelam kabut jer).


Ni sis yang kena temuduga tu. Hani nama diberi.

Ok sambil-sambil tunggu sepupu ditemuduga, Del dan mak ngah ke Dataran Pahlawan semula. Walaupun sepupu Del tak bagi tinggalkan dia, tapi kami berdegil nak tinggalkan dia. Sebabnya dia takut nanti tak dapat jalan-jalan sekitar Bandaraya Melaka. Cadangan nya dari awal nak cari selipar baru. Carian pertama tak jumpa lagi. Sempat kami kunjung 5 kedai tiba-tiba sepupu hubungi kami supaya ambilnya di maktab. Maka tanpa pulang dengan selipar baru kami ke maktab semula.

Selesai ambil sepupu, kami bertiga gerak semula ke Dataran Pahlawan (DP). (Ulang alik  ke DP agaknya orang dekat situ da kenal Del dengan mak ngah. Ahahah). Carian selipar bermula. Satu,satu butik kami masuk sambil-sambil tu mata pandang ke arah baju baru (bukan boleh kalau da pergi tempat-tempat rambang mata). Tengok dari cadangan nak beli selipar sekali terbeli kasut! (Oh mata kenapa begitu). Hasil carian, dapat la kami beli baji 2,3 helai dengan selipar dan kasut baru. 

Seterusnya, destinasi cari makan tengahri. Maklumlah dekat DP je berjam-jam, sampai waktu pukul 2 lebih. Makanan tengahari sahaja tak banyak di kedai-kedai. Jadi kami rancang makan la dekat mana-mana. Memandangkan esok puasa, jadi kedai-kedai pun banyak yang tutup. Kami makan di kedai Majlis di kawasan klebang.

Kuew Tiaw Goreng jer makan tenghari. Biasa-biasa je

Selesai makan tengahri kami cari minuman popular di Klebang iaitu "Klebang Coconut Shake Viral Original". Rasa dia,perghhh tak yah cakap rasa tenang je sampai termenung bila minum. Kemudian, cari pula kuih keria antarabangsa. Malangnya, dua-dua tempat yang popular jual dengan kuih keria pada hari tu tutup pula. Maka, kami pun pulang sahaja la le Rembau semula.




Itu la cerita Del, mak ngah dan Hani sepanjang sehari sebelum puasa. Best juga dapat jalan ke Melaka. Bukan selalu, lagi-lagi pergi pada hari kerja. Okay itu sahaja. Terima kasih baca cerita ni. 



Lirik Lagu: Bunga - Kugiran Masdo

lirik lagu Bunga - Kugiran Masdo
Tajuk lagu: Bunga
Penyanyi: Kugiran Masdo


​Nama kau bunga
5 tahun berkenalan
Tapi kita tak pernah berjumpa
Apatah lagi oh bertentangan mata

Dalam diam aku pendam rasa
Sejak pertemuan kali pertama
Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku

Biarkan aku terus lena
Dalam tidur aku bahagia
Masih ingatkah janji temu
Malam hari kelahiran ku

Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku
Biarkan aku terus lena
Dalam tidur aku bahagia
Selamanya kan memuja mu
Oh bunga janganlah begitu

Jika hanya mimpi saja cara bertemu
Maka jangan pernah cuba kejutkan aku
Biarkan aku terus lena
Dalam tidur aku bahagia
Selamanya kan memuja mu
Oh bunga janganlah begitu

Hari terus berlalu
Aku tunggu jawapan mu
Mungkinkah kau sebahagian ku
Rasa itu selalu membunuh ku
Aku tunggu di tempat pertama bertemu
Tanpa ada rasa jemu
Oh bunga



Thursday, 17 May 2018

Penapis Air Bukan Biasa-biasa (CUCKOO) - Murah & Terbaik


Entri kali ini Del bukan nak cerita mengenai penapis air yang buat teh tarik tu, tetapi ini untuk penapis air yang sedang meningkat naik iaitu penapis air CUCKOO

Pengenalan Produk CUCKOO


Sememangnya CUCKOO baru setahun jagung di Malaysia akan tetapi CUCKOO dah lama bertapa di negara Asal nya iaitu Korea Selatan.CUCKOO mula dikenali di Korea pada tahun 1978 lagi. 
Sudah 40 tahun CUCKOO menapak di Korea Selatan dengan jayanya. Permulaan produk CUCKOO hanya periuk nasi yang cukup sinonim dengan nama CUCKOO di Korea dan di serata dunia malah di Eropah sekali pun. Kemudian muncul penapis air Alkali yang cukup membuat rakyat Korea teruja. Orang Korea dan Jepun cukup perihatin mengenai makanan dan minuman yang terbaik untuk mereka. Terutama air yang memainkan peranan penting. 
CUCKOO di Korea Selatan mempunyai 4 buah kilang besar yang mana pekerja-pekerja hanya orang tempatan. Sebab itu, CUCKOO tidak mempunyai kilang di luar negara untuk menjamin kualiti dan standard yang terbaik. 
Produk-produk CUCKOO kesemuanya telah dibentuk termasuk filter Penapis Air. CUCKOO Tidak pernah dijualkan saham atau pemilikkan sesebuah syarikat. Hanya dimiliki ahli keluarga Koo. Mr Brian Koo ( CEO ) anak kepada pengasas CUCKOO. 
CUCKOO menawarkan skim Sewa-Beli mampu milik, Murah Dan Cepat. Semakin Lama Semakin Murah!
Promosi Istimewa Ramadhan
*Promosi RM60/sebulan tamat, TETAPI bulan Jun akan ada semula pakej tersebut. Untuk pendaftaran awal, digalakkan untuk dipasang atau diguna pakai sebelum RAYA*


Dekat Mana Nak Dapat Produk CUCKOO?
Anda boleh melayari facebook 'Page' di CuckooMalaysia untuk maklumat lanjut. Selain itu juga, anda juga boleh whatsapp pengedar berdaftar @cuckooidaman. Tekan link ini untuk terus ke whatsap http://www.wasap.my/60128446374/cuckooidaman

Monday, 14 May 2018

Blog Cakapsinilah Di 'Review' Oleh Blog Aerillhassan!


Salam buat pembaca blog Del. Beberapa minggu yang lepas Del telah menyertai segmen yang dibuat oleh blogger Aerillhassan untuk 'Review Blog Mei 2018'. Del cubalah mana tahu blog Del dapat direview oleh blogger kacak kita. Del sertai pun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh blogger Aerillhassan. Syarat dia mudah sahaja cuma perlu 'Like' dan 'Follow' sahaja, lepas itu komen link blog pada beliau. 

Pada 14 Mei 2018, blogger kacak kita telah mengumumkan senarai pemenang blogger yang bakal di'Review' oleh beliau. Nak tahu? anda semua boleh klik sini . Tak sangka pula blog Del terpilih untuk di'Review' oleh beliau. Ini memberikan Del semangat untuk menruskan penulisan blog apabila tahu Blog Cakapsinilah terpilih bersama 4 blogger yang lain. Tahniah juga buat mereka.

Untuk blogger Aerillhassan, terima kasih kerana membuatkan segmen sebegini. Dengan cara ini, blogger lain juga dapat mengenali blog Cakapsinilah dan blogger lain lebih lagi. Ini merupakan satu platfom baru buat Del. Semoga blogger Aerillhassan dapat membuat banyak lagi segmen-segmen sebegini. Terima kasih.

Akhirnya Berjaya Juga !!


Nak Masuk Form 6 Atau Nak Sambung Diploma?

form 6 atau Diploma

Salam buat pembaca blog Del. Hari ini Del nak berkongsi pendapat dan juga pengalaman yang pernah Del sendiri lalui. Bila habis sahaja sesi persekolahan pasti anda yang baru sahaja menamatkan sekolah pasti memikirkan perkara ini bukan. Kadang-kadang buat fikiran sedikit terganggu juga bila fikir. Berada dalam situasi dilema, tak tahu mana satu nak pilih sama ada nak nak masuk tingkatan 6 ataupun nak sambung diploma.

Ini pendapat Del sendiri. Bagi Del, bila berada dalam situasi sebegini anda seharusnya mempunyai keyakinan diri dan sentiasa berada dalam keadaan percaya pada diri. Jika tiada sikap sebegini, maka susahlah untuk anda untuk membuat keputusan. Sama ada pilih nak sambung tikatan 6 atau pun sambung belajar ke peringkat diploma, Del memilih untuk sambung ke tingkatan 6 dahulu. Kerana, keputusan tingkatan 6 lebih awal dari keputusan untuk sambung diploma. Kerana ini cuma langkah berjaga-jaga, takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran pula.

Mungkin ada dikalangan anda yang tak berminat dengan tingkatan 6 ni. Yelah, mungkin disebabkan oleh suasana pembelajaran masih lagi dalam kawasan sekolah. Del sendiri akui pernah berfikir sebegitu. Tetapi bila difikir semula, pembelajaran tingkatan 6 bukan lah seperti dahulu dimana pelajar diwajibkan berpakaian sekolah, jadual pembelajaran pula ikut macam budak sekolah menengah. Sekarang semuanya berbeza.

Keadaan dan pilihan mula berubah setelah keputusan untuk diterima masuk untuk sambung belajar ke peringkat diploma telah keluar. Pada waktu ini, anda sendiri akan membuat keputusan semula. Sama ada, anda masih berminat dengan tingkatan 6 ataupun tidak. Sekiranya berminat, maka teruskan dengan tingkatan 6, jika tidak anda boleh sambung ke peringkat diploma.Keputusan terletak ditangan anda. Sekiranya anda masih tidak pasti, anda boleh rujuk kaunselor atau bertanya kepada orang yang berpengalaman untuk bertanya tentang pendapat.

Terima Kasih.

Nak Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan

cara khatam al-quran

Pejam celik, pejam celik tidak lama lagi bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam iaitu 
bulan Ramadhan bakal menjelang tiba. Mesti ada di antara anda yang berazam Ramadhan kali ini untuk cuba melakukan ibadah dengan menghatam al-Quran. Sambil-sambil berpuasa, apa salahnya kita tambah kan pahala kebaikan dengan membaca al-Quran.
Mungkin ada dikalangan anda yang runsing dan tak tahu cara-cara untuk menghatam al-quran lalu berat bagi anda untuk memulakannya. Di sini, Del ada menyediakan tips Cara Menghatam al-Quran di Bulan Ramadhan.

UNTUK SATU KALI KHATAM :

1. Shalat Subuh 4 halaman
2. Shalat Zhuhur 4 halaman
3. Shalat 'Ashar 4 halaman
4. Shalat Maghrib 4 halaman
5. Shalat 'Isya 4 halaman

Mudah bukan? Tidak lah sesusah yang disangka cuma, nak tak nak sahaja. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. InsyaAllah, dengan cara-cara diberi serta izin daripada Allah, hasrat untuk hatam al-Quran bakal dilaksanakan dengan mudah.

Harap perkongsian tips ini dapat membantu umat Islam di luar sana untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan cara membaca dan hatam al-Quran. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kali ini dengan penuh kesucian. Aminn

Thursday, 10 May 2018

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

niat puasa & dia berbuka puasa


Tidak lama lagi, bulan puasa bakal menjelang tiba. Tak sabar rasanya Del nak sambut puasa macam tu juga anda semua bukan. Untuk itu Del nak kongsikan kepada anda semua perkara yang wajib kita lakukan sebelum bermula puasa. Ini dia Del kongsikan Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa.

Pengertian puasa dari segi istillah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari berserta dengan niat.

Al-Quran: Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa (Surah Al-Baqarah, Ayat 183)
Hadis: daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhamad S.A.W bersabda Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 


3. Doa Berbuka Puasa

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Bahasa rumi:  Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa'alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arham Rohimin
Maksudnya: Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Perdana Menteri Malaysia ke-7

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah, dimana pada 10 Mei 2018 Malaysia sekali lagi telah melakar sejarah dimana Malaysia telah mempunyai Perdana Menteri yang ke-7. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sekali lagi telah diberi mandat penuh sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Untuk pengetahuan, Tun Dr. Mahathir telah memecah rekod dunia dimana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua dan sebanyak 2 kali telah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 kini, sekali lagi diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau sebelum ini telah memerintah Malaysia bermula pada tahun 1981 sehingga 2003. Setelah lama meninggalkan bidang politik selama 15 tahun Tun Mahathir kini bangkit semula. Tahniah diucapkan buat beliau.

Biodata Tun Dr. Mahathir

tun dr. mahathir

Lahir    
10 Julai 1925 (umur 92)
Alor Star, Kedah Darul Aman, Tanah Melayu (kini Malaysia)

Kerakyatan         
Malaysia

Parti politik         
Perikatan-UMNO
BN-UMNO (sehingga 2015)
PH-PPBM (2016-kini)

Pasangan             
Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali (berkahwin 1956)

Anak-anak          
Marina
Mirzan
Melinda
Mokhzani
Mukhriz
Maizura
Mazhar

Pekerjaan          
Doktor, Ahli Politik
cc: wikipedia 

Biodata Syed Saddiq

biodata Syed Saddiq
Instagram: @syedsaddiq

1. Anak Jati Johor
Nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Dilahirkan pada 6 Disember 1992
Anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik
Ibunya merupakan seorang guru dan ayahnya perkerja buruh yang berulang-alik ke Singapura.

 2.  Pendidikan 
Royal Military College (Sekolah Menengah)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa
Mejadi felo akademik di Universti Temple, Philadelphia dalam bidang Pluralisme agama dan seni dialog.
 Mendapat tawaran biasiswa Blavatanik dan ditawar menyambung pengajian peringkat master di Unversiti Oxford.

3. Anugerah
Anugerah Perdana Belia Negara (Anugerah Berprestij Belia Diiktiraf Perdana Menteri)
Anugerah Merdeka (Menteri Belia Dan Sukan)
Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian
Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan
Anugerah Rektor IIUM (Sebanyak 3 kali)
Anugerah Platinum Pertama IIUM (Sumbangan Cemerlang Kepada Universiti)

4. Pendebat Terbaik Dunia
Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia
Pendebat Terbaik Asia (3 Kali Berturut-turut)
Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)
Individu Asia Pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)
Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)

5. Pengalaman
Syed Saddiq telah dijemput untuk mengadakan seminar di lebih daripada 25 negara seperti Afrika Selatan, Pakistan, Filipina, Taiwan, China, Qatar, & lain-lain untuk mengajar debat dan pembangunan belia. Beliau juga telah bercakap di TedxYouth dan pelbagai simposium anti rasuah.
6. Hobi
Suka mengajar
Membaca Buku
Peminat setia kucing
Mendengar Lagu Selena Gomez
7. Bergiat Aktif
Seawal usia 23 tahun, Syed Saddiq merupakan salah seorang pengasas bersama dan menjadi ketua pemuda bagi parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau kini bekerja sebagai pemikir polisi awam dan pada masa yang sama bekerja separuh  masa di 3 tempat berbeza. Beliau melatih pasukan debat dan bersyarah secara berkala di luar negara (Qatar, China, Indonesia, Filipina)

8. Inspirasi
Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik kepada Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sunday, 6 May 2018

Pengalaman: Temuduga Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kupujian) UiTM - 'Second Intake'

Salam sejahtera buat pembaca setia blog Del, dan juga mesti ada dikalangan anda yang baru sahaja menjengah ke blog Del ini untuk mengetahui serba sedikit tentang pengalaman Del. Entri kali ini Del akan kongsikan kepada anda semua mengenai pengalaman Del sendiri semasa temuduga untuk Ijazah sarjana muda senibina. Nak jadi arkitek mesti kena ambil kursus ni. Tetapi ada cabaran juga yang harus anda lalui sepanjang cita-cita untuk bergelar seorang arkitek.

Cabaran yang pertama, anda diwajibkan untuk ditemuduga dahulu oleh panel-panel yang arif dalam bidang senibina. Itu mengikut kehendak Universiti itu sendiri. Jadi anda perlu patuh dengan arahan dan juga syarat-syarat yang dikenakan. Sekiranya anda melanggar syarat-syarat, secara tidak langsung anda akan tidak diterima masuk untuk menyertai kursus ijazah senibina. Hal ini kerana, kursus ini bukannya calang-calang orang boleh dapat, kerana kursus senibina antara kursus yang sangat profesional berbanding dengan kursus lain yang ditawarkan.

Baiklah, mari kita mulakan entri pengalaman Del dalam temuduga Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kupujian) UiTM. Sekali lagi diingatkan bahawa, Del telah menjalani temuduga  untuk kemasukan kedua. Ini bermakna, semasa pengambilan UPU Del tidak dapat diterima masuk. Jangan tanya sebab kenapa, Del sendiri pun tak tahu. Malah temuduga ambilan pertama pun Del serta rakan-rakan Del pun tidak dapat sertai. Jadi kami cuba untuk ambilan kedua. Jarang ada universiti yang mengambil pelajar untuk kemasukan ambilan kedua ni (waktu tu UUM, UIA, UTHM & UPSI je tang buka second intake). Itu anda semua boleh rujuk ke laman web seperti afterschool untuk mengetahui lebih mengenai pendapat untuk sambung belajar ke IPTA atau IPTS.

Jadi setelah itu kami pun membuat permohonan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. Sekiranya universiti tersebut memerlukan pembelian no pin kemasukan maknanya, anda kena beli. Seperti UiTM, kemasukan ambilan kedua kena beli no pin sendiri di BSN. Macam biasa, macam anda beli untuk no pin UPU, cuma tajuk no pin itu sahaja yang berbeza. Setelah selesai barulah boleh untuk log masuk untuk membuat akaun baru bagi mengisi borang permohonan. Selalunya pembelian no pin mula dari bulan Oktober. Okey selesai pembelian no pin dan isi borang permohonan.

Seterusnya, sekirnya anda memilih kos bertemuduga, maka anda seharusnya menghadiri temuduga tersebut. Macam kos Senibina memang wajib untuk ditemuduga. Del diminta untuk menghadiri temuduga pada bulan 12 ketika itu, di tempat yang telah ditetapkan iaitu di UiTM Puncak Alam (PALAM). Segala persiapan telah pun disiapkan, seperti dokumen-dokumen penting. Bab dokumen penting, anda wajib mengambil perhatian dan memberikan tanggungjawab sepenuhnya, supaya bila hari kejadian semasa nak ditemudaga tidak lah kelam kabaut dibuatnya.

Sehari sebelum ditemuduga, Del dan keluarga bertolak lebih awal. Memandangkan tempat penginapan yang ada di Puncak Alam agak kurang, maka kami telah menempah 'homestay' sebagai tempat untuk kami bermalam, supaya bila hari kejadian tidak lah lambat untuk tiba dan sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Anda boleh google sahaja mana-mana tempat yang sesuai. Semasa kejadian 'Halimah Homestay' telah menjadi pilihan kami untuk bermalam. Boleh tahan juga la servis yang dibuat oleh pemilik homestay. Tidak mengecewakan dan tidak membuatkan Del rasa stress untuk ditemuduga esok.

Tiba hari kejadian, kami sekeluarga sampai awal ditempat yang ditetapkan. Bangunan fakulti Perancang Bandar dan Senibina merupakan tempat untuk Del ditemuduga. Nasib baik ada juga rakan-rakan yang sama tempat belajar masa diploma turut sama ditemuduga. Boleh dikatakan ramai juga lah yang bakal ditemuduga pada masa tu. Kami diminta berbaris mengikut kos yang yang bakal ditemuduga. Ketika itu ada, 3 kaunter yang dibuka untuk pihak UiTM menyemak dokumen-dokumen penting sebelum dibawa masuk ke bilik temuduga. Bagi yang tiada cop pengesahan pegawai atasan, pihak UiTM telah menyediakan ruang untuk mereka cop pengesahan. Akan ada pegawai yang akan melakukan cop pengesahan tersebut. Antara kos yang ada ketika itu ialah, Senibina, Senibina Dalaman dan juga Perancang Bandar. Jadi Del dan  rakan-rakan berbaris di barisan kos senibina. Setelah selesai menyemak dokumen maka, kami diminta untuk masuk ke dalam dewan.

Setelah masuk ke dalam dewan, kami diminta untuk tunggu seketika. Setelah itu, kami diberikan nombor di atas sekeping kad yang kecil dengan berlainan warna. Kami diminta untuk membawa kad tersebut ke bilik lukisan. Lukisan merupakan cabaran pertama sebelum anda masuk ke bilik untuk ditemudga. Cabaran lukisan dibuat beramai-ramai mengikut kumpulan. Diberi bongkah seperti piramid, silinder, bola dan juga kiub dan diletakkan di tengah-tengah  pelajar supaya calon-calon dapat melihat setiap sisi bongkah tersebut mengikut pandangan masing-masing. Diberi masa sehingga 1 jam untuk menyiapkan cabaran lukisan.

Setelah selesai cabaran lukisan, kami dibawa ke bilik menunggu. Di bilik menunggu, kami diberikan beberapa helai borang untuk diisi. Del pun isi borang tersebut selengkapanya, kalau tak pasti anda boleh bertanya kepada mereka. Sambil tunggu tu, boleh la nak ulang kaji ke, nak borak-borak dengan kenalan baru ke, supaya rasa gundah-gulana tu hilang. Giliran diberi mengikut nombor pada kad yang diberi diawal-awal. Tiba giliran Del. Nak rasa berdebar tu tidak la sangat, tetapi masih ada lagi perasaan berjaga-jaga.

Melangkah masuk ke bilik temuduga, terdapat 6 panel yang menjadi penemuduga. Del dapat penemuduga yang ke-6. Lelaki penemuduga tersebut. Kelihatan baik dan tidak garang. Setelah borang dan dokumen penting diberi kepada panel maka bermulalah sesi temuduga yang dinanti-nantikan. Di awal temuduga, Del diminta untuk memperkenalkan diri. Seperti biasa, mengenai nama, umur asal, sekarang buat apa. Proses temuduga dalam bahasa Inggeris, maka berspeking London la masa tu sehabis baik. Walaupun tatabahasanya terabur. Janji anda yakin tu yang sebaiknya.

Agaknya sekejap sangat Del memperkenalkan diri, maka Del diminta untuk menceritakan tentang hobi. Sambil-sambil tu mata jeling ke arah calon yang berada di sebelah Del. Begitu rancak dia bercakap. Sambil-sambl Del bercerita, Del serahkan portfolio Del sendiri semasa diploma kepada panel. Panel tanya, Del jawab lah. Setelah selesai, maka Del dengan yakin ingat berakhirlah sesi temuduga ni rupanya, belum lagi. Tiba-tiba panel keluarkan 2 keping kad yang berada didalam sampul surat. Kad tersebut mengandungi ujian mata. Ternyata kad ujian mata ini melemahkan semangat Del. Apabila Del tidak dapat mejawab 1 daripada 2 kad yang ada. Syarat-syarat untuk diterima masuk, mestilah tidak rabun warna. Maka disitu dah nampak hari-hari gelap bakal tiba.

Setelah selesai, Del pun bertolak pulang ke rumah. Dengan hati yang redha dan tabah Del biarkan tuhan yang tentukan keputusan itu. Mungkin tuhan tu da siapkan tempat yang lebih baik untuk Del. Walau bagaimanpun, Del tetap bersyukur sebab dapat merasa pengalaman sebegini. Dan pengalaman ini Del kongsikan kepada anda.

Sekiranya anda semua tak tahu, boleh jer komen dekat bawah. Nanti Del akan cuba jawab kan tentang kemusyhkilan korang tu nanti. Sekian...

Saturday, 5 May 2018

Lirik Lagu: Semakin - Siti Sarah

semakin
Tajuk: Semakin
Penyanyi: Siti Sarah
Komposer: Mera Utama
Lirik: Mera Utama

Aku tak peduli
Walau kau sakiti aku
Hati ini takkan rapuh
Mencintakan mu

Aku tak peduli
Walaupun berulang lagi
Hati ini takkan mungkin
Membenci mu

Sampai saat ini
Aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati

Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Bertapa dekatnya dirimu
Di hati ku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hati ku tetap berkata
Mencintaimu

Ku cuba fahami
Mengapa harus begini
Cinta ini takkan mungkin
Dipaksakan

Sampai saat ini
Aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati

Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Bertapa dekatnya dirimu
Di hati ku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hati ku tetap berkata
Mencintaimu

Sampai saat ini
Aku tak pernah mengerti
Resah ini selalu saja
Melekat di hati

Semakin jauh
Semakin aku rasakan
Bertapa dekatnya dirimu
Di hati ku
Semakin benci
Semakin aku tak mampu
Hati ku tetap berkata
Mencintaimu

Aku tak peduli


#semakin #sitisarah #liriklagu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019                 l               Hai and Assalamualaikum semua. Apa khabar buat semua pembaca blog Del. Dah ...