Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Friday, 18 May 2018

Aktiviti Sehari Sebelum Puasa


Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan kepada anda semua berkenaan aktiviti seharian Del sebelum puasa 2018 kali ini. Agak-agak apa yang telah Del lakukan?

Untuk aktiviti Del sebelum puasa, Del berkesempatan untuk meneman kan Mak Ngah dan Sepupu Del ke Melaka. Tujuannya adalah untuk menghadiri temuduga IPG di Maktab Perguruan Kampus Perempuan Melayu di Durian Daun. Del pun pertama kali datang ke situ dan agak tertanya-tanya di manakah lokasi tersebut. Apa pun, Mr.Google kan ada jadi dari situ la Del tahu lokasi maktab tersebut. Rupanya maktab tersebut berada di kawasan Bandaraya Melaka berhampiran juga dengan Masjid Al-Azim.


Kami bergerak ke Durian Daun kira-kira jam 4.50 pagi. Awal betul rasa waktu untuk kami bergerak. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya ada la masa untuk tahu lokasi maktab tu. Dari Rembau kami gerak tiba di Masjid Al-Azim jam 5.25 pagi lebih kurang. Sebelum tiba waktu solat subuh, Del berikan cadangan dekat Mak Ngah untuk cari lokasi maktab tersebut. Setelah jumpa lokasi maktab, kembali kami ke Masjid Al-Azim untuk tunaikan solat subuh. 


Selesai solat subuh, kami terus bergerak untuk mencari sarapan pagi sementara waktu yang ada agak panjang sebelum waktu untuk sepupu Del ditemuduga. Tak tahu mana nak cari sarapan, terlintas pula difikiran untuk pandu lalu (drive thru) di McDonald's Dataran Pahlawan. Sempat juga la menikmati suasana di situ pada waktu subuh. Ternyata tak banyak kereta yang lalu lalang. Selalu kalau ke Melaka mesti sesak lalu lintas dengan orang ramai dan kenderaan. Kali ini, sempat tengok kawasan tumpuan di tempat bersejarah tanpa orang ramai. 

Tiba di Mc.D kami order sarapan pagi. Minum la air teh tarik McDonald's . Sedap la pula rasa dia. Sebelum ni Del tak pernah buat pesanan teh tarik di McDonald's. Maka bersarapan lah kami dalam kereta sambil tunggu waktu temuduga. Jumlah yang ditemuduga Del lihat tidak lah ramai, biasa-biasa sahaja dan peluang untuk balik awal tu mungkin ada la untuk kami. Tapi, janji sekadar janji. Del baca surat sepulu Del tu katanya pukul 10.30 da selesai tapi tidak (macam kelam kabut jer).


Ni sis yang kena temuduga tu. Hani nama diberi.

Ok sambil-sambil tunggu sepupu ditemuduga, Del dan mak ngah ke Dataran Pahlawan semula. Walaupun sepupu Del tak bagi tinggalkan dia, tapi kami berdegil nak tinggalkan dia. Sebabnya dia takut nanti tak dapat jalan-jalan sekitar Bandaraya Melaka. Cadangan nya dari awal nak cari selipar baru. Carian pertama tak jumpa lagi. Sempat kami kunjung 5 kedai tiba-tiba sepupu hubungi kami supaya ambilnya di maktab. Maka tanpa pulang dengan selipar baru kami ke maktab semula.

Selesai ambil sepupu, kami bertiga gerak semula ke Dataran Pahlawan (DP). (Ulang alik  ke DP agaknya orang dekat situ da kenal Del dengan mak ngah. Ahahah). Carian selipar bermula. Satu,satu butik kami masuk sambil-sambil tu mata pandang ke arah baju baru (bukan boleh kalau da pergi tempat-tempat rambang mata). Tengok dari cadangan nak beli selipar sekali terbeli kasut! (Oh mata kenapa begitu). Hasil carian, dapat la kami beli baji 2,3 helai dengan selipar dan kasut baru. 

Seterusnya, destinasi cari makan tengahri. Maklumlah dekat DP je berjam-jam, sampai waktu pukul 2 lebih. Makanan tengahari sahaja tak banyak di kedai-kedai. Jadi kami rancang makan la dekat mana-mana. Memandangkan esok puasa, jadi kedai-kedai pun banyak yang tutup. Kami makan di kedai Majlis di kawasan klebang.

Kuew Tiaw Goreng jer makan tenghari. Biasa-biasa je

Selesai makan tengahri kami cari minuman popular di Klebang iaitu "Klebang Coconut Shake Viral Original". Rasa dia,perghhh tak yah cakap rasa tenang je sampai termenung bila minum. Kemudian, cari pula kuih keria antarabangsa. Malangnya, dua-dua tempat yang popular jual dengan kuih keria pada hari tu tutup pula. Maka, kami pun pulang sahaja la le Rembau semula.




Itu la cerita Del, mak ngah dan Hani sepanjang sehari sebelum puasa. Best juga dapat jalan ke Melaka. Bukan selalu, lagi-lagi pergi pada hari kerja. Okay itu sahaja. Terima kasih baca cerita ni. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...