Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Thursday, 10 May 2018

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa

niat puasa & dia berbuka puasa


Tidak lama lagi, bulan puasa bakal menjelang tiba. Tak sabar rasanya Del nak sambut puasa macam tu juga anda semua bukan. Untuk itu Del nak kongsikan kepada anda semua perkara yang wajib kita lakukan sebelum bermula puasa. Ini dia Del kongsikan Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa.

Pengertian puasa dari segi istillah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari berserta dengan niat.

Al-Quran: Wahai orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa (Surah Al-Baqarah, Ayat 183)
Hadis: daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhamad S.A.W bersabda Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah, Mendirikan Sembahyang, Membayar Zakat, Puasa Pada Bulan Ramadhan dan Menunaikan Haji (Riwayat Bukhari dan Muslim)
1. Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
 نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


2. Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
 نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 

Bahasa rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala 
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala 


3. Doa Berbuka Puasa

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Bahasa rumi:  Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa'alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arham Rohimin
Maksudnya: Ya Allah keranaMu aku berpuasa, dengan Mu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

6 comments:

  1. pejam celik pejam celik..dah nk masuk bulan Ramadan kan..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    singgah sini https://jm2u.blogspot.my/2018/05/cakapsinilah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer terima kasih...Del da singgah juga :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong Pengarah: Rifaiee Omar Produksi: Rio Films Sdn Bhd ©️ 2018 Siti Nurhaliza Producti...