Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 22 May 2018

Sinopsis Drama: Halalkan Hati Yang Ku Curi

sinopsis Halalkan Hati Yang Ku Curi

Halalkan Hati Yang Kucuri mengisahkan tentang Faiq dan Delisha yang merupakan pasangan suami isteri. Kedua-duanya sukakan kemewahan, kebebasan dan seringkali berseronok tanpa batas. Menasihati mereka berdua ibarat mencurah air ke daun keladi. Mereka bertindak melarikan diri akibat merajuk ditegur oleh keluarg.
Sebulan kemudian mereka membuat keputusan untuk pulang semula ke rumah. Mereka terkejut bila mendapati keluarga mereka telah hilang. Bukan sahaja banglo telah dijual tetapi syarikat keluarga mereka juga telah bertukar hak milik. Faiq dan Delisha cuba mendapatkan jawapan kepada misteri kehilangan keluarga mereka tetapi langsung tidak mendapatkan sebarang petunjuk.
Memandangkan duit mereka sudah semakin habis, mereka berdua sudah tidak ada pilihan lain selain mencari pekerjaan dan memulakan kehidupan mereka dari bawah. Jika dulu mereka pernah memandang hina pada beberapa jenis pekerjaan, kini demi untuk mendapatkan sesuap nasi mereka sanggup bekerja sebagai tukang cuci, buruh kontrak mahupun pengawal keselamatan.
Dapatkah Faiq dan Delisha menempuhi dugaan demi dugaan yang menimpa mereka. Berjayakah mereka berdua bertemu semula dengan keluarga mereka dan mendapatkan jawapan kepada misteri kehilangan keluarga mereka? Mampukah Faiq dan Delisha mengikis sikap buruk mereka yang gemar bersosial?
Sumber: Nota wanita

4 comments:

  1. jalan cerita mcm best, done follow sini juga https://mulan-sahbanu.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. tak berkesempatan nak tgok lagi drama ni.jalan cerita nmpk menarik

    ReplyDelete
  3. saya tak sempat tengok drama nih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal                        l                            Hai semua, macam mana dengan drama terbaru n...

Paling Popular & Terlajak Laris !