Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Wednesday, 27 June 2018

Sinopsis Drama: Jangan Benci Cintaku

sinopsis Drama Jangan benci Cintaku


Rafeeqa (Zahirah Macwilson) terpaksa berkahwin dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan), calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun). Dengan sokongan rakannya Damia (Amelia Henderson), Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

Lirik Lagu: Yang Pertama - The 4aith

Lirik Lagu Yang Pertama
The Faith - Yang Pertama
Composer: Omar K & Adib Hamdi
Lyrics: Omar K, Adib Hamdi, Ustaz Adnin


Pernah kah kau fikir di mana kah arahnya
Jalan kita?
Adakah kau pasti ini yang kau mahukan
Untuk kita?

Hanya meluncur menuju arus, rasa yang sementara
Tak mampu aku ‘tuk bersamamu tanpa cahaya cintaNya

Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Untuk selamatkan kita

Mahu bersama selama-lama nya
Mahu bersama dengan restuNya

Ku cinta kamu tiada hujungnya
Ku cinta kamu kerana Dia

Pernahkah kau fikir apa Dia mahukan
Dari kita?
Adakah kau pasti segala kasih sayangNya
Untuk kita

Hanya meluncur menuju arus, rasa yang sementara
Tak mampu aku ‘tuk bersamamu tanpa cahaya cintaNya

Aku hanya mahu ia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Untuk selamatkan kita

Mahu bersama selama-lama nya
Mahu bersama dengan restuNya

Ku cinta kamu tiada hujungnya
Ku cinta kamu

Biar kisah yang lama terhapus berlalu saja
Lakarlah kehidupan baru bersamaku menuju
Cinta yang sempurna selamanya

Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Mampukah tuk kau fahami?
Aku hanya mahu Dia, yang pertama
Untuk selamatkan kita

Kerana aku mencintaiNya
Lebih dari segala-galanya

Ku cinta kamu tiada hujungnya
Ku cinta kamu kerana Dia

kerana Dia


Apakah 'Bijan' Yang Hangat Diperkatakan?

apa itu bijan
Sumber: BeritaHarian

KUALA LUMPUR: Ramai yang ternganga apabila mendengar nama Bijan disebut sebagai salah satu jenama beg yang dirampas daripada kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ramai yang tidak pernah mendengar nama jenama berkenaan, malah media meminta Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media semalam mengeja perkataan Bijan bagi mendapatkan kepastian mengenai jenama berkenaan.
Bijan yang disebut Amar Singh itu bukanlah jenama yang mengambil nama bijian bijan sebaliknya Bijan yang disebut sebagai bizaen (perkataan dalam bahasa Iran) adalah antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia yang dikategorikan sebagai barang rekaan khas dan jenama ikonik.
Berdasarkan carian di blog, The Most Expensive Journal, Bijan adalah antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.
Pada mulanya, jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka Bijan Pakzad (meninggal dunia 2011) yang juga pengasas jenama ini melalui temujanji khas.
Bijan pada awalnya adalah satu-satunya pereka fesyen bagi semua jenis kelengkapan badan lelaki, iaitu daripada pakaian, kasut, skaf, tali leher, barang kemas dan jam tangan hingga ke beg bimbit dan haruman eksklusif.
Beliau kemudiannya menambah koleksi kepada pakaian dan kelengkapan wanita termasuk beg tangan, haruman dan barang kemas.
Bijan juga pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan.
Amar Singh mendedahkan beg jenama Bijan itu tidak boleh dibeli di pasaran biasa sebaliknya ia ditempah khas adalah antara 567 beg tangan daripada 37 jenama yang dirampas di kediaman bekas Perdana Menteri itu dan paling mahal dipercayai beg jenama Bijan berharga RM1.6 juta.
Difahamkan harga bagi satu beg sandang kulit buaya dicatatkan dalam portal online berharga RM16,105.
Selain jenama Bijan, beg tangan yang dirampas termasuklah jenama Hermes, Prada dan Chanel. Beg tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta.
Harga bagi beg tangan Birkin jenama Hermes adalah antara RM25,000 and RM100,000 dan beg koleksi khas harganya lebih daripada jumlah itu.
Untuk rekod, Bijan Pakzad yang lebih dikenali sebagai Bijan kelahiran Iran mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat adalah perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula daripada zaman Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.
Beliau juga adalah pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair and Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan selebriti dan tokoh terkemuka dunia seperti Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson dan pemain bola keranjang Micheal Jordan.
Pereka fesyen itu juga turut menjadi pilihan pereka fesyen lain seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani, selain artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise and Anthony Hopkins.
The Huffington Post menamakan butik House of Bijan sebagai kedai ikonik yang paling mahal yang mana Bijan memaparkan kemewahannya menerusi rekaan dalaman dihiasi candelier kristal, perabot mewah dan lantai marmar.
Sebelum kematiannya, Bijan yang dikenali sebagai pereka fesyen eksklusif hanya menerima tempahan melalui temujanji khas dengan di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari.
Dalam satu laporan media mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Los Angeles dinamakan sebagai destinasi pilihan beli belah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Sumber: BeritaHarian

Tuesday, 26 June 2018

Tak Tahu Cara Buat Surat Perletakan Jawatan?

contoh surat letak jawatan


Salam buat pembaca blog Cakapsinilah.com . Dalam keadaan Del sibuk membelek Twitter, tiba-tiba terjumpa pula tentang cara menulis surat perletakkan jawatan yang contohnya disediakan oleh @MauKerjaMY . Bagus juga perkongsian ni kan. Yelah, mana tahu buatnya ada yang ingin nak letak jawatan tapi tak tahu cara nak menulis surat dengan baik.

surat letak jawatan
@MauKerjaMY

Tidak kiralah apa jawatan sekalipun, sama ada juruwang di pusat beli belah atau kedai yang biasa mahupun pencuci lantai adab tu mesti kena ada. Samalah macam kita masa mula-mula nak mohon kerja. Senang kata, mula cara baik, tamat pun cara baik. Barulah pihak majikan tidak terasa nanti. Lagi-lagi bagi mereka yang bekerja yang memegang jawatan tinggi tu. Baru lah orang sekeliling hargai kita. Ini, ada pula yang cabut lari tanpa memberitahu apa-apa sebab. Kan dah menyusahkan orang sekeliling.

Okay, mari teruskan bagaimana cara nak buat surat perletakkan jawatan. Ini cuma contoh yang baik sahaja. Anda semua boleh tiru seperti dalam gambar. Cuma perlu tukar nama dan butiran-butiran yang sepatutnya ditukar sahaja. Mudahkan? Harap anda semua dapat mencuba.

surat letak jawatan


surat letak jawatan

surat letak jawatan


Kalau nak bertanya sesuatu atau nak berkongsi pendapat boleh je komen di ruang komen di bawah. Sekian

Monday, 25 June 2018

Pengalaman: 'Test Ride' KTM Komuter Rembau-Seremban

Pengalaman: 'Test Ride' KTM Komuter Rembau-Seremban

Salam buat pembaca blog Cakapsinilah.com. Untuk entri kali ni, Del nak kongsi pengalaman Del 'Test Ride' KTM Komuter. Perjalanan Bermula dari Stesen KTM Rembau hinga ke Stesen KTM Seremban. Pengalaman ni berlaku dalam bulan puasa. Sambil nak cari seluar baru dekat Parkson Terminal 1, Seremban sambil-sambil tu apa kata cuba naik KTM. Nak drive tu malas, apa lagi nak naik bus. Bukan apa, malas nak berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Nanti nak cari tempat letak kereta pula bila sampai. Sebab itu, pilihan menaiki KTM Komuter menjadi pilihan kederaan untuk bergerak mencari seluar baru.

Del ke Seremban berseorangan. Nak ke KTM Rembau tu, 'parent' Del yang hantar, sementara mereka nak ke pasar nak beli barang masak untuk berbuka. Untuk pengetahuan, pengangkutan awam KTM Komuter di Rembau dan Tampin ni merupakan salah satu pengangkutan awam baru juga untuk penduduk sekitar. Nak dibandingkan dengan lokasi lain yang lama menggunakan khidmat KTM Komuter.

Del tak risau pun sebenarnya nak naik KTM, sebab cara nak naik pun lebih kurang sama sahaja. Sebelum ni pun, Del pernah juga naik KTM Komuter cuma dari lokasi lain. Yang membezakan cuma waktu perjalanan sahaja. Untuk pengetahuan, perkhidmatan KTM Komuter dari Rembau atau Tampin ni mengikut waktu tertentu. Maksudnya, komuter ulang alik tu tak banyak, macam dari Sg. Gadut nak ke Seremban. Setiap 20 min atau 15 min mesti ada Komuter yang lalu untuk mengangkut penumpang. Jadi, dari segi masa perjalan kalau anda semua dari Rembau atau Tampin nak ke Seremban pastikan semak dulu waktu perjalanan. Anda boleh semak dekat web KTM Komuter tentang jadual waktu perjalanan. Waktu perjalanan Del bergerak dari Rembau kira jam 11.10 pagi. Tapi masa pukul 10.55 pun rasanya ada juga bila Del semak jadual. Kalau waktu pagi dalam pukul 7-8 pagi tu Del tak pasti. Untuk Seremban ⇆ Tampin proses pegerakan yang digunakan "Shuttle Service" maksudnya ada masa tertentu. Gerak dari KTM Rembau dalam 11.10 pagi tiba dalam 11.30 pagi. Cepat kan waktu perjalanan. Kalau naik kereta atau bus berapa min pula masa yang diambil. Jadi kalau anda nak jimat masa, tak nak hadap kesesakan lalu lintas, boleh la naik KTM Komuter ni.

Pengalaman: 'Test Ride' KTM Komuter Rembau-Seremban
Ini Contoh peta Perjalanan KTM Komuter

Lepas habis beli belah, kira-kira jam 12.30 Del gerak ke KTM Seremban semula. Jam 12.40 dah naik komuter, kononnya ingatkan Komuter tu terus gerak nak ke Tampin dan Rembau. Tapi malangnya, Del tak dengar dengan jelas pula pengumuman sebelum naik komuter tu dekat KTM Seremban. Nasib baik dalam komuter tu dia bagi pengumuman " Komuter ini akan menamatkan perjalanan sehingga ke Stesen KTM Sg. Gadut, Untuk ke Tampin sila tunggu gerabak seterusnya". Bila dah dengar, Del pun turun bersama penumpang yang lain yang nak ke Tampin juga. 

Kira-kira hampir 2 jam lamanya menunggu komuter untuk ke Tampin. Bersapau juga la Del dekat Sg. gadut tunggu komuter. Pukul 2.20 ptg baru ada semula komuternya. Ini satu pengalaman baru untuk Del dari tak tahu jadi tahu. Jadi lepas ni kalau nak gerak dari Seremban⇆Rembau/Tampin kena semak dulu waktu perjalanan, supaya tidak le bersapau tengah-tengah panas (hahaha). Dalam 2.40 ptg baru tiba di Stesen KTM Rembau. Sistem bayaran yang Del gunakan untuk menaiki KTM Komuter cuma gunakan kad 'Touch and Go (TnG)'. Caj yang dikenakan cuma RM 3.80 untuk sehala jumlah ulang alik dalam RM7.60 ketika itu (Rembau⇆Seremban). Kalau bayar tunai, harga dia mahal sikit jer.

Nak semak waktu perjalanan KTM Komuter. Klik sini
Nak semak caj yang dikenakan untuk menaiki KTM Komuter. Klik sini.

Selesai juga perkongsian ni untuk orang-orang Ghombau atau Tampin. Harap perkongsian ini dapat memberi tunjuk ajar atau sedikit ilmu untuk anda semua. Terima Kasih.

Sunday, 24 June 2018

Lagu Bola Dato' Seri Vida Sempena FIFA World Cup 2018

Lagu Bola Dato' Seri Vida Sempena FIFA World Cup 2018

Sebelum ini Dato' Seri Vida telah mengeluarkan lagu sempena Hari Raya 2018. Boleh tahan juga lagu mereka. Dengan rentak muzik yang riang sesuai untuk menaikkan semangat raya. Tapi kali ini lagu bola khas untuk FIFA World Cup 2018 Dato' Seri Vida telah pun keluarkan. Dalam diam dah ada 3 'single' baru ye sekarang hebat Dato' Seri. Kali ini, Dato' seri Vida berduet dengan Mimi Fly dan Cik B.

Bagi mereka yang belum pernah dengar boleh klik video di bawah ni. Del rasa sedap juga. Pendapat korang tak tahu la pula. Cuba dengar dulu baru nak hakimi. Selamat berbola!


Saturday, 23 June 2018

Sinopsis Drama: Sejuta Rasa Buat Adelia

Sejuta Rasa Buat Adelia

Kerjaya Adelia Naurah (Daiyan Trisha) sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan (Alif Aziz), jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna (Elvina Mohamad). Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz (Adam Lee) datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Adelia tahu dia perlu pilih. Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

Gaya Raya Bersama Hijabista.hub

Salam buat pembaca. Del nak tanya, pernah tak alami situasi bila raya nak dekat baru nak cari baju raya?. Kalau pernah, situasi anda sama macam Del. Memang tiap-tiap tahun macam tu. Bila nak cari baju raya mesti 'last minute'. Tapi tak mengapa, kali ni Del dapat bergaya raya dengan Hijabista.hub .

Hijabista.hub ni merupakan salah satu jenama beli belah dalam talian (online). Dalam laman sesawang tu, anda semua boleh melihat berbagai koleksi raya, mahupun koleksi untuk dipakai harian. Kebanyakkan nya baju-baju kaum Hawa lah. Tapi, bagi kaum Adam pula jangan la berkecil hati, kerana di hijabista.hub juga mereka mengeluarkan koleksi baju Melayu untuk lelaki.

Anda semua boleh melihat koleksi yang cantik-cantik ni semua dekat laman sesawang www.hijabistahub.com atau laman media sosial instagram @hijabista.hub . Dekat setengah juta follower mereka.

hijabista.hub


Macam yang Del gaya kan pada pagi raya ni, koleksi Baju Melayu Luth. Cantik tak?! Ada 8 pilihan warna yang berlainan. Harga sepasang dalam RM 169 tetapi, semasa Del beli pihak hijabista.hub bagi diskaun dengan menurun harga menjadi RM 129 untuk sepasang percuma dengan butang baju. Murah dan berbaloi bukan.

Koleksi Luth Baju Melayu dari hijabista.hub ni menampil kan gaya baju melayu 'Slim fit' mengikut saiz yang ada (saiz S-XL). Ikut trend sekarang punya baju Melayu la. Tapi masih lagi mengekalkan kemelayuan. Bagi Del, koleksi baju Melayu dari Hijabista.hub ni sangat sesuai untuk Del dan selesa bila dipakai. Maklumlah, Del ni jarang menggayakan baju melayu yang dibeli secara 'online'. Bukan apa, takut jer tak selesa dan tak sesuai bila dipakai. Alhamdulillah elok baju melayu koleksi dari Hijabista.hub ni.

Layanan yang diberikan oleh perkerja mereka pun bagus dan memuaskan semasa proses pembelian. Untuk itu, di bawah ni Del belanja #ootd baju melayu Del dari Hijabista.hub koleksi baju melayu Luth.




Diharap agar perkongsian ini dapat membantu anda untuk membeli baju raya ataupun nak cuci-cuci mata. Selamat Hari Raya 2018

Thursday, 21 June 2018

'Top 5' Iklan Raya 2018

'Top 5' iklan raya 2018

Lama sudah Del tak menulis blog setelah berehat panjang untuk menyambut bulan Ramadhan dan juga Syawal pada tahun 2018 kali ini. Tetapi dalam diam Del masih lagi memikirkan topik apa yang ingin Del sampaikan untuk dikongsi bersama pembaca blog Cakapasinilah.com .

Setelah hampir seminggu kita menyambut bulan Syawal, entri kali ini Del terdetik pula nak buat 'Top 5' untuk iklan raya 2018. Mungkin ada antara anda semua dah pun tonton iklan raya yang best-best tahun ni kan. Ini mungkin juga tradisi orang kita sekarang, bila nak raya je mesti ada iklan raya yang mencuri tumpuan dan menambah lagi semangat nak beraya. Tujuan Del buat entri ni adalah, untuk memendekkan senarai iklan raya paling best di mata Del. Kalau tak kena di hati anda, tak tahu lah Del nak buat macam mana. Sebab 'Top 5' ni Del yang sediakan. Mungkin ada blogger lain yang buat 'Top 5' mereka berbeza dari Del. Ini semua berdasarkan pendapat seseorang itu sendiri.

Okay! jom mulakan mana satu iklan yang menjadi pilihan 'Top 5' Del untuk tahun 2018. Harap anda semua puas hati, dan jangan lupa komen di bawah entri ini nanti ye.

1. Iklan Raya TNB 2018

Tajuk: Rumah Epik Fantastik
SinopsisSebuah rumah kampung. Sepuluh keluarga. Seorang remaja yang stres bila waktu Raya! Arif sebagai watak utama dalam iklan raya tahun ini yang tinggal bersama dengan nenek nya. Arif membantu neneknya untuk kemas rumah bersama. Yang jadikan susana Arif ni stres adalah disebabkan ramai sangat orang yang tinggal dirumah tersebut lagi-lagi bila nak menjelang hari raya. Rasanya anda semua pun pernah mengalami situasi macam ni bila, ramai betul ahli keluarga yang pulang ke rumah. Tak terkawal rasanya keadaan rumah bila ramai-ramai kan. Tetapi lain bagi situasi si Arif ni, walauapun ramai, rumah masih lagi terkawal dan teratur bila menjelang Syawal. Semua mereka berkerjasama,tak kira orang tua, muda mahupun kanak-kanak.



2. Iklan Raya Telekung Siti Khadijah

Tajuk: Bisik Hati Mak
Sinopsis: Buat penggemar iklan yang sedih-sedih mungkin telekung Siti Khadijah menjadi pilihan iklan raya anda tahun 2018. Berada dalam situasi dilema antara ibu dan menantu menjadikan topik utama untuk iklan ini. Menantu (Ruby) merupakan seorang mualaf dan baru sahaja berkahwin bersama anaknya si ibu. Pertukaran emosi sedih berlaku apabila si ibu tersalah anggap atas kelakuan yang dilakukan oleh menantunnya. Salah anggap ini terjawab apabila, telekung Siti Khadijah menjadi penghubung untuk anak menantu ini menerangkan tentang salah anggapan tersebut dan saling bermaaf-maafan.



3. Iklan Raya 2018 Sun Life Malaysia

Tajuk: #Misi Rescue Raya
Sinopsis: Mengisahkan tentang kelakuan si anak apabila padah bermain mercun. Di sebabkan mercun, habis semua baju raya yang telah ibunya sediakan terbakar dan membuatkan ibunya rasa kecewa dengan sikap anaknya Din. Namun, kesedihan itu hilang apabila Salehudin berusaha untuk menambat semula hati ibunya yang sedih dengan mengadakan misi rescue raya. Dengan bantuan jiran-jiran, Din dan keluarganya dapat menyambut raya dengan baju raya lama tetapi telah diubah suai dengan sedikit kelainan. Apakah kelainannya? Tonton video di bawah.



4. Iklan Raya 2018 Lazada

Tajuk: Buah Hati Raya
Sinopsis: Mengisah tentang sepasang suami isteri yang saling mengambil berat sesama sendiri dan sentiasa berkorban demi kebahagaian masing-masing. Iklan raya Lazada kali ini menampilkan suasana romantik dan ikatan kasih sayang antara pasangan suami isteri ini apabila hari raya bakal menjelang tiba. Penat lelah terbayar, apabila suami isteri ini menghadiahkan satu sama lain dengan hadiah yang sama. Apakah hadiah tersebut?



5. Iklan Raya Watsons 2018

Tajuk: #MisiIkhlasAidilfitri
Sinopsis: Mengisahkan tentang seorang selebriti yang popular iaitu Munira. Iklan ini, mengajar kita tentang erti sebenar raya. Sesuatu perkara pelik berlaku apabila, Munira mencuba kaca mata yang diberi oleh seseorang jejaka yang tidak dikenali. Kaca mata itu, boleh membuktikan sikap orang sekeliling sama ada baik atau buruk. Adakah Munira betul-betul faham apa itu makna Raya sebenar?



Okay itu sahaja iklan yang menjadi pilihan Del pada raya 2018 kali ini. Harap anda semua terima seadanya. Bagi sinopsis yang Del tulis tu, itu cuma berdasarkan kefahaman Del sendiri. Kalau tersalah mohon ampun dan maaf yer. Sebarang cadangan boleh komen di bawah. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEMUA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019                 l               Hai and Assalamualaikum semua. Apa khabar buat semua pembaca blog Del. Dah ...