Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Wednesday, 27 June 2018

Sinopsis Drama: Jangan Benci Cintaku

sinopsis Drama Jangan benci Cintaku


Rafeeqa (Zahirah Macwilson) terpaksa berkahwin dengan Shahrizal (Saharul Ridzwan), calon pilihan keluarganya ketika usianya masih muda. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Rafeeqa nekad melanjutkan pelajarannya ke luar negara, walaupun dipujuk rayu si suami. Dengan berat hati, Shahrizal melepaskan isterinya pergi setelah Rafeeqa berkeras dengan keputusannya.

Pada awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir pengajian Rafeeqa. Mereka sudah kurang berhubung. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Rafeeqa pulang ke tanahair dan mahu menjadi isteri yang lebih baik. Namun Shahrizal sudah ada orang ketiga iaitu Husna (Niena Baharun). Dengan sokongan rakannya Damia (Amelia Henderson), Rafeeqa tidak mengalah untuk kembali memikat si suami. 

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

2 comments:

  1. Ada nampak promo kat TV tak perasan pulak channel mana.
    Baca sinopsis ni menarik nanti nak tengoklah.

    ReplyDelete
  2. best juga baca sinopsisnya.. tapi macam kebanyakan jalan cerita novel yang dah ada kan hehe

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Halimunan - Masya Masyitah

Title : Halimunan Artist : Masya Masyitah Composer: Omar K , Blaine Bakri , John Jeevasingham Lyricist: Omar K, Blaine Bakri ...