Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 31 July 2018

Senarai Blog List Segment August Edition by DA


Senarai Blog List Segment August Edition by DA    l    Salam buat pembaca blog. Harap anda semua dalam keadaan baik-baik saja. Entri kali ini, Del nak kongsikan kepada anda semua mengenai senarai blogger yang telah terpilih untuk dimasukkan dalam blog list Del untuk sesi Ogos.

Monday, 30 July 2018

Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA (TAMAT)


Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA (TAMAT)   l   Syukur, segmen yang Del sendiri jalankan buat pertama kali akhirnya, telah menamatkan tempoh penyertaan pada 29 Julai 2018. Bagi sesiapa yang telah menyertai segmen blog list Del, Del ingin mengucapkan terima kasih untuk anda kerana telah menyokong segmen Del kali ini. Bagi yang tak sempat atau, yang tak berpeluang untuk menyertai segmen ini tidak mengapa. Anda semua masih boleh sertai segmen Del akan datang.

Bagi yang telah menyertai, anda boleh semak senarai 'blog list' di ruang yang disediakan di sebelah kanan. Senarai akan dikeluar pada 1 Ogos 2018. Tahniah buat anda! dan terus menyokong Del sebagai blogger anda :D

daripada,
Del Asyraf

Thursday, 26 July 2018

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?         l         Salam buat pembaca blog Del . Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan terhindar dari segala penyakit. Bercakap tentang penyakit, sejak-sejak ni Del selalu dengar tentang masalah penyakit yang semakin menular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit (HFMD).

Tuesday, 24 July 2018

Lirik Lagu: Kisah Antara Kita - One Avenue Band

Lirik Lagu: Kisah Antara Kita - One Avenue Band
One Avenue Band - Kisah Antara Kita
Lagu: Reyhan
Lirik: Reyhan
Future Music Entertainment


Senarai (OST) Drama: Semerah Cinta Humairah

Senarai (OST) Drama: Semerah Cinta Humairah

Senarai (OST) Drama: Semerah Cinta Humairah   l   Nantikan drama bersiri Semerah Cinta Humairah untuk slot Samarinda TV3. Mengandingkan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Drama 15 episod arahan sutradara Zamri Zakaria. Akan disiarkan bermula 24 Julai 2018, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis Drama: Semerah Cinta Humairah

Sinopsis Drama: Semerah Cinta Humairah

Sinopsis Drama: Semerah Cinta Humairah   l    Humairah (Janna Nick) meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul (Mahmud Alibashah) untuk jodohkan Humairah dengan Shahir (Fahrin Ahmad). 

Monday, 23 July 2018

Lirik Lagu: I'm A Mess - Bebe Rexha

 I'm A Mess - Bebe Rexha
Songwriters: Shelly Peiken / Meredith Brooks / Justin Tranter / Bleta Rexha
I'm a Mess lyrics © Warner/Chappell Music, Inc, BMG Rights Management

Trailer Filem Munafik 2

Trailer Filem Munafik 2


Trailer Filem Munafik 2        l          Salam buat anda semua yang baca blog Del. Pasti ada antara anda semua yang tak sabar nak tonton wayang cerita Munafik 2 kan. Yelah, sebelum ni filem Munafik pernah menambat hati penonton yang menonton lagi-lagi peminat filem seram. Kali ini, filem arahan Syamsul Yusof akan menampil kan pelakon yang lebih dikenali dengan watak seram iaitu Maya Karin.

Sunday, 22 July 2018

Konvokesyen Del Asyraf


Konvokesyen Del Asyraf    l    Salam semua, harap anda semua sihat saja. Entri sebelum ni Del telah kongsikan kepada anda berkenaan pra-graduasi Del tetapi kali ini Del akan berkongsi pula berkenaan hari Konvokesyen Del. Harap anda semua sudi membaca. Bergerak dari rumah dalam 6 pagi menuju ke lokasi untuk majlis konvokesyen. Sempat bersarapan ringan-ringan di rumah hanya untuk mengalas perut sebelum tiba di lokasi. Tiba jam 7 pagi, kami graduan bersiap sedia beratur di tempat yang ditetapkan dengan jubah dan mortar yang diberi pada hari raptai. Beratur mengikut sesi mula belajar sebelum bergerak masuk ke dalam dewan.





Kira-kira jam 8 pagi, kami semua bergerak masuk ke dalam dewan dengan diiringi rentak muzik gamelan ( rasa macam orang penting betul masa masuk dalam dewan, protokol sangat). Dengan senyuman kegembiraan dan ada sedikit rasa bangga sebab akhirnya konvo juga setelah sekian lama menanti kami tonjolkan dalam diri masing-masing. Duduk pun sopan je masing-masing, pelik betul rasa kelakuan hari tu, rasa diri ni tak macam ni ( hahaha ).

Sambil menunggu VVIP, kami sempat la borak sesama sendiri sambil membelek buku yang diberi . Baca senarai nama yang ada dan siapa yang memegang anugerah ketua pengarah. Ternyata rakan sekelas kami dan rakan satu kumpulan caklempong Del yang telah menerima anugerah tersebut. Tahniah buat mereka berdua. Manakala kami, cukup la memperoleh CGPA lbih dari 3.0. ( syukurrrrrr~ ). Seperti biasa ucapan dari ucapan kami dengar sebelum diberi peluang untuk berdiri bagi menerima diploma kami. Debaran makin terasa saat itu, takut je tersungkur atas pentas nanti sebab gugup. Alhamdulillah, syukur majlis berjalan lancar.

Selesai agenda dalam dewan Del dan ibu bergerak keluar dewan. Abah dan adik beradik lain menanti diluar dengan sejambak bunga. TERHARU, ungakapan yang dapat aku berikan bila berada dalam situasi tersebut. Ucapan tahniah dari ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan tak henti-henti memberi. Belum masuk gambar dalam sosial media. Apa pun terima kasih atas ucapan itu semua. ( Del nak nangis ni ).

Bawah ni, Del belanja gambar kenangan semasa hari kejadian. Kalau nak lebih boleh tengok di instagram (ig) Del sendiri @del_asyraf.









Di kesempatan ini, Del nak ucapkan terima kasih atas semua yang telah membantu dalam secara langsung atau secara tidak langsung semasa Del menjalankan pengajian di sini. Harap ilmu ini  dapat Del kongsikan bersama anda semua.
Ok terima kasih !

'Pre-CONVO' Del Asyraf


'Pre-CONVO' Del Asyraf    l      Salam buat pembaca blog Del yang menampil kan gaya hidup Del, hiburan, melancong dan berbagai lagi. Untuk entri kali ini, Del aku berkongsi dengan anda semua berkenaan hari Konvokesyen Politeknik Port Dickson kali ke 27 dimana Del merupakan salah seorang yang terlibat dalam majlis yang penuh gilang-gemilang pada hari itu. Berlangsung pada 17.07.18 - 18.07.18, Del dan rakan-rakan terlibat pada 18.07.18. Banyak kenangan manis yang telah berlaku sekitar majlis konvokesyen Del yang pertama ( first time kot rasa konvo besar ni,last dulu masa zaman tadika).

Bermula dengan sesi raptai pada 17.07.18 pada waktu petang. Yang terlibat raptai tersebut dari Jabatan Kejurteraan Awam dan Jabatan Perdagangan. Del dalam Jabatan Kejuruteraan Awam sebab kos Senibina. Raptai kami dalam dewan kuliah je. Terubat rindu masa zaman belajar dulu bila raptai dilakukan dalam dewan kuliah tersebut. Penuh dewan kuliag dengan bekas pelajar. 'Aircond' yang ada rasa macam tak ada sebab penuh dengan pelajar ( macam tin sardin lak). Ketika raptai penjelasan seperti tatacara pemakaian graduan dan cara mengambil diploma dijelaskan ketika itu. Siapa yang pernah konvo, tahu la situasi dia tu macam mana lebih kurang sama saja.

Selepas raptai tamat, sesi untuk mengambil jubaj di bilik penyimpanan jubah. Berlari la Del dengan kawan-kawan beratur ambil jubah dengan mortar board yang diinginkan semua graduan. Alhamdulillah, ketika itu belum ramai la graduan yang beratur nak ambil jubah, jadi cepat la sikit proses dia tu. Dengan keadaan cuaca yang panas, berpeluh kami menunggu giliran untuk ambil jubah. Tiba di 'checkpoint' pengelola yang terdiri dari pelajar MPP rasanya ambil ukur ketinggian. Saiz M, merupakan saiz untuk disarungkan dibadan Del nanti.

Selesai dengan jubah dan penghataran borang segala bagai, aktiviti yang dinantikan setiap graduan mesti la bergambar ala-ala 'pre-convo'. Lokasi di Avillion Hotel. Kenapa Avillion, sebab kawan-kawan Del menginap di situ pada malam tersebut. Del tidak menginap malah berulang-alik ke rumah. Dekat je tak jauh mana rumah Del cuma kalau balik lewat kena bersedia la mata supaya tidak mengantuk. Kami tidak mengambil jurugambar untuk aktiviti ni ( jimat kos wei ) cuma berbekal camera masing-masing paling laku camera IPhone. Dengan keberkatan jimat tu, sambil kami leka bergambar tiba-tiba muncul seorang 'Mat Salleh'. Dia tawarkan diri dia untuk membantu kami mengambil gambar beramai-ramai tanpa kami minta ( baik mat salleh tu huhu ). Hasil dia sangat cantik macam gambar di bawah. Mungkin, mat salleh ni 'photographer' jadi ada selit seni dia tu. Mak kawan kami pun turut membantu ambil gambar.







Selesai solat maghrib kami keluar makan bersama. Teluk pelanduk, lokasi tempat makan malam kami. Mengimbas kembali detik-detik indah semasa zaman bergelar pelajar semasa makan disitu. Lokasi tersebut merupakan salah satu tempat kesukaan kami. Selesai Makan Kami Pulang untuk berehat menantikan hari esok.

Apa jadi pada hari Konvokesyen kami? Klik sini.

Thursday, 19 July 2018

Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog

Tips SEO: Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog

Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog   l   Salam buat pembaca blog Del cakapsinilah.com . Beberapa hari yang lepas Del jumpa artikel yang mengajar cara-cara untuk meningkatkan pengunjung masuk ke dalam blog kita. Blog Hasrul Hassan telah memberi sedikit tunjuk ajar buat Del untuk mengetahui serba sedikit mengenai Tips SEO. Tips SEO kali ini mengajar Del mengenai Blog Mesra Mobile. Walaupun blog yang dipaparkan melalui komputer nampak cantik, namun adakah berkesan untuk menarik perhatian pengunjung dengan kelajuan untuk mengakses ke blog kita.

Pendapat Del, kebanyakkan blog yang menunjukkan paparan yang blog yang cantik merupakan salah satu tarikan pengunjung untuk mengakses blog kita. Tetapi adakah anda terfikir, sekiranya sekadar cantik, tetapi lambat untuk akses ke blog membuatkan pengunjung masuk ke dalam blog semakin berkurangan. Dalam erti kata lain, bila masuk sehaja ke dalam sesebuah blog tersebut untuk mencari info tetapi lambat (loading). Ini membuatkan pengunjung rasa kurang senang lalu meninggalkan blog tersebut. Dengan ini membuatkan Del tertarik dengan topik kelajuan akses ke blog untuk mesra mobile.

Ini antara tips yang diberi oleh Hasrul Hassan untuk mempercepatkan blog diakses oleh pengunjung:


  • Buang javascript yang tidak diperlukan atau cantumkan semua javascript itu dalam satu fail yang besar.
  • Load javascript bila diperlukan sahaja. Contohnya, ia hanya digunakan jika pengunjung masuk blog anda dari desktop sahaja.
  • Kecilkan saiz gambar atau kurangkan paparan gambar di halaman utama
  • CSS atau kod rekabentuk blog mesti dioptimakan. Rapatkan semua kod, jangan ada ruang kosong yang tidak diperlukan memenuhi antara kod rekabentuk.
  • Pilih template jenis minimalist.


  • Ternyata tips yang diberi sangat berguna untuk Del sebagai blogger yang baru ni. Bila dah mencuba tips tersebut pastinya anda semua nak tahu, cara-cara untuk menyemak adakah kelajuan akses pada blog untuk mesra mobile kita sangat baik. Sekiranya keputusan yang dibuat menyatakan kelajuan kurang dari 3 saat, ini menunjukkan blog anda dalam keadaan sangat baik apabila diakses oleh pengunjung. Anda semua boleh menyemak pada link di bawah. 


    Di bawah ini Del telah mencuba untuk menyemak kelajuan blog Del di akses untuk mesra mobile. Keputusan di bawah blog Del bagi mesra mobile, Del memperoleh taraf 'GOOD' . Ini bermakna blog Del  masih lagi dalam keadaan baik apabila diakses. Anda semua boleh cuba.

    Tips SEO: Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog

    Tips SEO: Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog



    Untuk lebih lagi mengenai topik ini, anda semua boleh rujuk blog Hasrul Hassan . Klik pada link di bawah untuk lebih lanjut. Terima Kasih :D

    Friday, 13 July 2018

    Cici Ada, Caca Dah Hilang??...

    Cici Ada, Caca Dah Hilang??...    l    Salam buat pembaca blog Del cakapsinilah.com . Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berdasarkan tajuk entri, mungkin ada antara anda yang tahu tentang cerita Cici dan Caca ni. Kalau korang tak tahu korang boleh klik dekat sini . Kalau dah klik dekat link tu anda akan tahu siapa mereka.

    Baik lah kita teruskan dengan topik yang menjadi gaya hidup Del semenjak ni. Sebenarnya kehilangan si Caca ni dah lama dah. Kira-kira bulan lepas lalu, masa bulan puasa tak salah. Del dan adik pulang ke ruma pada waktu tu. Selalunya bila balik rumah pintu pagar mesti tutup, yelah nak elak dari masuknya haiwan peliharaan luar macam kambing dan lembu. Yelah duduk dalam kawasan kampung tahu jelah macam mana gayanya kan. Tujuan tutup nak elakkan dari tanam diragut oleh haiwan-haiwan yang menjadi perosak besar tanaman. Tanaman yang ada tu pun sedang membesar dengan baiknya. Kiranya tunggu hasil sahaja lah. Jadi pintu pagar mesti ditutup.

    Nak dijadikan cerita, hari tu agaknya malas nak tutup pintu pagar. Sebab malas tu mungkin disebabkan kejap lagi nak keluar balik. Tapi, tak tahu la kenapa malas sangat nak tutup pagar. Masa balik rumah, tengok dua ekor ayam belanda yang tengah menggemukkan badan tu ada je dalam kawasan rumah. Ingat lagi masa tu, Del nampak Caca dekat sebelah rumah berdiri jer. Tapi betul ke tu Caca?? Yela kot. Lepas tu Cici sibuk makan.

    Kemudian kami keluar dari rumah macam biasa sebab nak ke Seremban. Tak tengok pun kelibat Cici dan Caca ni. Sama ada, mereka ni ada atau pun tidak. Bila tiba masa pulang ke rumah pada waktu petang, Del pun masih lagi tidak mengendahkan kedua-dua ekor ayam belanda tu. Biasa petang mereka akan pulang sendiri.

    Esoknya, Del perasan macam ada yang tak kena dengan Cici. Nampak dia macam kesunyian, jalan pun bersendirian. Selalunya berdua dengan Caca. Mula la kemusykilan lahir dalam fikiran. Del pun cari ke mana perginya Caca. Biasa kalau tak ada, mesti pergi rumah jiran belakang rumah, tapi mustahil sebab semua lubang pagar dah tutup, jadi mereka tak boleh kemana-mana selain bermain dalam kawasan rumah. Hasil carian, Del tak menjumpai. Tunggu esok harinya, Cici masih bersendirian sampai sekarang.

    Mana lah hilangnya Caca ni. Mungkin keluar masa pintu pagar terbuka. Untuk pengetahuan anda Cici dah makin besar. Badan dia dah nak membentuk seperti ayam belanda dewasa. Baiklah, itu sahaja perkongsian gaya hidup Del. Jadi, kesimpulanya sila tutup pintu pagar!. Terima kasih.

    *Gambar Cici nanti Del Update*

    Wednesday, 11 July 2018

    Lirik Lagu: Kata Cinta - Afif Sola

    Lirik Lagu: Kata Cinta - Afif Sola
    Lagu: Kata Cinta
    Penyanyi: Afif Sola
    Pencipta: Nyawablack
    Lirik: Nyawablack


    Lelah rasanya diri ini
    Mengenang akan cinta kau pergi
    Rasa cintaku itu mati kerana

    Dulu pernah kau kecewakan
    Hatiku melalui cintamu
    Rasa cintaku itu mati kerana
    Kau menduakan

    Benar kata kata cinta
    Yang manis di bibir sahaja
    Benar kata kata cinta
    Janji janji manis pun tak berguna

    Pergi daku sendiri
    Tiada siapa peduli
    Apakah apakah ini
    Namanya dugaan

    Namun aku mengerti
    Percaya diri sendiri
    Menjadi lelaki setia
    Lebih bahagia

    Dulu pernah kau kecewakan
    Hatiku melalui cintamu
    Rasa cintaku itu mati kerana
    Kau menduakan

    *Interlude....

    Pergi daku sendiri
    Tiada siapa peduli
    Apakah apakah ini
    Namanya dugaan

    Namun aku mengerti
    Percaya diri sendiri
    Menjadi. menjadi lelaki setia
    Lebih bahagia

    Hoouwoooo....
    Lebih bahagia..


    Jatuh Cinta Dengan Kerepek Keledek Mr. Potato

    Jatuh Cinta Dengan Kerepek Keledek Mr. Potato
    Sumber Gambar: Youtube

    Jatuh Cinta Dengan Kerepek Keledek Mr. Potato   l   Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua dalam keadaan sihat. Untuk hari Del nak kongsi tentang jatuh cintanya Del pada kerepek keledek Mr. Potato ni. Yer Del tahu produk ni dah lama dikeluarkan di pasaran. Iklan pun tak yah cerita setiap hari dengar dekat TV dengan radio. Dengan trademark "uiiiiiiiiiiii ungulicious" dia tu buat kan Del tertarik nak beli, tapi (ada tapi dia...) tak berkesempatan  nak pergi beli.

    Tiba lah kemarin, dimana Del dan ibu keluar sekejap cari barang di pasaraya. Tak terlintas pun nak beli kerepek keledek tu, tapi ibu masa tu teringin nak makan kerepek ubi. Jadi, ketika itu lah Del pun tanpa berfikir panjang mengambil 1 kerepek keledek tu, ibu pula ambil kerepek ubi. Bila pulang ke rumah, apa lagi tak sabar rasanya nak bukak dan rasa kerepek keledek yang digembar-gembur dalam iklan.

    Ternyata, rasa dia yang manis-manis ubi keledek dengan sedikit perisa tambahan membuatkan Del jatuh cinta pada kerepek keledek ini. Tak sia-sia rasanya Del beli produk ni. Kerepek keledek tu tak habis lagi dimakan oleh Del sendiri, jadi Del simpan untuk esok. Mana tahu sambil-sambil tengok TV boleh makan sekali.

    Keesokannya, Del ke dapur untuk mencari lebih kerepek keledek semalam. Puas Del cari mana perginya. Tiba-tiba dapat pula chat whtasap dari ibu. Dalam chat tu dia cakap, dia bawa kerepek tu ke pejabat. Ibu cakap lagi, tak sangka sedap pula kerepek ni, membazir beli kerepek ubi yang biasa tu. Dalam hati baru ku tahu kerepek keledek Del tak hilang, rupanya ibu Del yang ambil.

    Jadi hari ni Del cari lagi kerepek tu. Saja nak kunyah-kunyah. Yelah benda sedap kan. Tu jer Del nak kongsi dalam entri kali ni. Semoga bertemu lagi!

    SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

     SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

    SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ   l   Salam buat pembaca blog Del. Untuk hari ini Del nak berkongsi tentang segmen baru yang Del sertai iaitu SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ . Buat pengetahuan anda Del baru jer disapa oleh blogger Ejulz untuk sertai segmen beliau. Ini kerana, Ejulz telah pun menyertai segmen yang Dibuat oleh Del sendiri. Segmen Del diberi nama Blog List Segment - August Edition. Ha! bagi yang belum menyertai segmen blog list Del tu jemput la masuk tambah-tambah rakan.

    Tujuan yang sama buat Del sertai segmen Ejulz ni untuk, menambah rakan blogger baru. Hai ! Ejulz selamat berkenalan. Kalau anda semua nak sertai boleh sertai sekarang. Masih ada masa lagi, sebab segmen beliau ni akan di tamatkan pada 31 Julai 2018. Dengar-dengar hadiah lumayan bakal diberi oleh 4 orang blogger yang hebat. Kalau nak tahu boleh klik banner yang disediakan oleh Ejulz sempena segmen beliau.

    Dalam segmen yang Ejulz buat, beliau suruh menyatakan kerja sambilan apa yang sedang/rancang/kesukaan yang akan dibuat oleh peserta. Sebabnya, Ejulz nak tahu. Buat masa sekarang Del tidak buat sebarang kerja sambilan, tapi bagi yang mahu Del membantu mereka Del ok jer. Kalau diberi peluang Del lebih minat untuk menerima tempahan membuat banner atau pun kerja-kerja kreatif. Sebabnya, kerja kreatif memang minat Del dan Del pun boleh dikatakan tergolong dalam graduan jurusan kreatif. Tak kesah lah kreatif apa pun kalau suruh Del menyanyi pun boleh. Kalau nak dengar boleh follow instagram Del sendiri dekat ruang sosial media.

    Ok rasanya itu sahaja untuk entri kali ni. Buat Ejulz dan rakan-rakan, selamat berkenalan dari Del blogger Cakapsinilah.com . Kalau ada rezki kita boleh kolaborasi. Terima kasih sebab buat segmen ni untuk kami :)))

    Tuesday, 10 July 2018

    Sinopsis Drama: Cinta Tiada Ganti

    Sinopsis Drama: Cinta Tiada Ganti


    Sinopsis Drama: Cinta Tiada Ganti   l   Drama bersiri Cinta Tiada Ganti yang diadaptasi daripada drama popular Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas. Dibintangi oleh Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Ben Amir, dan ramai lagi. Mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan duga Ara (Nelydia Senrose) dan Mukhriz (Aedy Ashraf) bermusuhan seterusnya mereka jatuh cinta. Namun percintaan mereka terputus apabila satu rahsia terbongkar. Kesilapan masa silam kedua ibu bapa mereka dan kisah silam permusuhan keluarga Ara dan Mukhriz memaksa mereka mengubah haluan hati masing-masing.

    Senarai (OST) Drama: Cinta Tiada Ganti

    Senarai (OST) Drama: Cinta Tiada Ganti

    Senarai (OST) Drama: Cinta Tiada Ganti   l   Drama Cinta tiada ganti telah membuka tirai pada 10 Julai 2018. Seperti biasa drama yang di adaptasi dari drama popular Filipina ini telah mengeluarkan OST khas terbaru buat drama tersebut. Pasti anda semua tertanya-tanya apakah tajuk lagu tersebut bukan. Di bawah ini Del telah lun sediakan lagu OST baru khas buat drama bersiri terbaru Cinta Tiada Ganti.

    (OST) Cinta Tiada Ganti
    Lagu : Jodoh Ku
    Penyanyi : Khai Bahar
    Pencipta : Adi 6ixthsense
    Penulis Lirik : Manusia Putih



    Lagu-lagu Sampingan
    Lagu: Redhakanlah
    Penyanyi: Syeera Aziz
    Pencipta: Sidi/JohanJohn
    Lirik: Nyawablack/Kulin



    Lagu: Kata Cinta
    Penyanyi: Afif Sola
    Pencipta: Nyawablack
    Lirik: Nyawablack



    Lagu: Anugerah
    Penyanyi: Akim & The Majistret
    Pencipta: Aiman




    Lagu: Sampai Ke Hari Tua
    Penyanyi: Aizat Amdan



    Lagu: Hatiku Milik Mu
    Penyanyi: Siti Nordiana
    Ciptaan: Siti Nordiana
    Penulis: Shana
    Seventeen Eleven Music






    Demam Konvokesyen Del Bermula...

    Demam Konvo Del Bermula...


    Demam Konvokesyen Del Bermula...   l   Salam buat pembaca blog Del. Setahun sudah Del menunggu untuk meraikan hari konvoksyen Del yang pertama. Macam bekas pelajar yang lain, situasi dia lebih kurang sama. Bila musim konvo nak dekat pasti nak cari duit untuk bayar duit konvo. Kadang-kadang ada yang tak nak pergi disebabkan masa dan kewangan. Tapi alhamdulillah, Del bukan dalam situasi begitu. Konvokesyen mungkin sekali dalam hidup kita, sebab tu lah kita raikan. Raikan hari-hari kemenangan dah habis belajar (gitewww). 

    Bila musim konvo nak dekat mesti, ada antara kita yang sibuk cari pakaian sesuai untuk menghadiri konvokesyen nanti. Lagi-lagi bagi graduan wanita, bsing pasal tudung laki pulak pasal tali leher nak warna apa. hahah. Selain dari cari pakaian, ada juga yang sibuk mencari juru gambar untuk merakam detik-detik indah. Detik indah bersama keluarga, detik  indah bersama rakan. Manalah tahu habis jer konvo susah nak jumpa kawan-kawan dah. Tahu-tahu jer dan beranak-pinak.

    Tak sabar pula rasanya nak sambut hari-hari yang ditunggu (eh macam tunggu hari pernikhahan pulak) . Group kelas yang dulu senyap lepas habis belajar, kembali bising semula sebab sibuk duk menanyakan cara-cara untuk daftar konvo. Nasib baik salah sorang rakan Del tahu serba sedikit mengenaikan konvo ni. Senang la nak tanyakan apa-apa. 

    Jadi tunggu la update terbaru dari Del untuk mengetahui detik-detik indah semasa hari konvokesyen nanti. Del dan rakan-rakan pasti akan bergambar sakan. Hahaha pastu update dekat instagram. Terima Kasih

    10 Pemakanan Baik Untuk Otak

    10 Pemakanan Baik untuk Otak

    Salam buat pembaca blog Del. Tahukah anda setiap hari anda makan, adakah anda tahu dimana makanan tersebut adakah baik untuk kesihatan. Bila cakap kesihatan, mesti lah merangkumi satu tubuh badan kita, termasuklah otak. Adakah anda tahu apakah fungsi otak selain  daripada digunakan manusia untuk berfikir?

    Fungsi otak banyak yang tidak diketahui oleh masyarakat, yang masyarakat tahu otak hanya digunakan untuk berfikir saja. Padahal otak memiliki banyak fungsi dimana fungsi-fungsi tesebut tidak diketahui oleh masyarakat. Otak memegang peranan penting bagi tubuh manusia. Otak merupakan tempat saraf pusat bernaung, semua syaraf yang ada di tubuh manusia akan berpusat di otak. Otak memiliki volume sebanyak 1.350 cc dan di dalamnya ada 100 juta sel syaraf atau yang biasa disebut dengan neuron. Secara garis besar otak memiliki andil dalam mengatur gerakan manusia, mengatur perilaku dan juga fungsi tubuh manusia, otak juga memiliki tugas dalam mengatur tekanan darah di dalam tubuh seseorang dan masih banyak lagi lainnya.

    Untuk itu, pemakanan untuk menjaga otak juga anda perlu tahu, sama ada ianya bagus ataupun tidak. Yelah otak ni kan nak pakai lama, sampai lah hujung hayat kita ni nanti. Tapi sejauh mana anda tahu jenis-jenis makanan yang terbaik untuk otak kita. Lagi-lagi untuk ibu-ibu muda yang nak melatih anak-anak makan makanan baik macam ni dari kecil. Di bawah ini, Del telah sediakan 10 jenis makanan yang baik untuk otak. 

    10 Jenis Pemakanan Baik Untuk Otak:

    1. Avocado
    2. Blueberry
    3. Brokoli
    4. Virgin Coconut Oil
    5. Telur
    6. Ikan Salmon
    7. Sayur-sayuran Hijau
    8. Kunyit
    9. Walnut
    10. Dark Chocolate

    Untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat makanan tu, anda boleh lah google. Ramai jer rasanya blogger yang da update, so Del tak yah lah update lagikan hehehe. Del menulis ni pun untuk simpan dan kongsi untuk diri Del sendiri dan juga untuk anda semua yang ingin mengetahui tentang pemakanan untuk otak. Selamat mencuba!

    Monday, 9 July 2018

    Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA

    Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA
    Banner Segmen

    Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA   l   Salam buat pembaca blog Del cakapsinilah.com . Pada Mac yang lalu, Del telah mewujudkan blog cakapsinilah.com bertujuan untuk meluangkan masa dengan berkarya, berkongsi pengalaman dan juga untuk menambah kenalan. Sebab itulah, blog cakapsinilah direka oleh Del. Hampir 5 bulan Del mewujudkan blog ini, Del telah pun mengumpul followers serta pembaca yang agak bagus juga dari segi pencapaian Del (hehehe bangga diri jap). Terima kasih diucapkan buat anda semua yang menyokong Del, sama ada yang mengenali mahupun tidak.

    Dengan ini, sempena bulan Ogos, Del akan menganjurkan segmen khas buat blogger yang ingin mengenali diri Del serta untuk menambah kenalan Del. Segmen ini, merupakan segmen pertama yang direka oleh Del.  Segmen ini diberi nama Blog List Segment - August Edition by DA . Harap-harap ada lah blogger yang nak sertai segmen kecil-kecilan Del ni. Untuk menyertai segmen bloglist ni, anda boleh rujuk syarat-syarat mudah di bawah.


    Syarat-Syarat  Sertai Segmen Blog List Segment - August Edition by DA 
    * Terbuka kepada semua blogger MALAYSIA *
    1. Buat 1 entri yang bertajuk "Blog List Segment - August Edition by DA" . Tak kisah berapa patah perkataan asalkan ada.
    2. Letak banner di atas pada entri anda dan backlink kan ke entri ini.
    3. Follow blog cakapsinilah.com dan Like 'Facebook Page' cakapsinilahbyDA  supaya mudah untuk anda mendapat 'update' terbaru dari blog Del.
    4. Tinggalkan URL entri anda tadi dekat ruang komen di bawah.

    Penyertaan ini dibuka pada 10 Julai 2018 sehingga 29 Julai 2018. Senarai blog akan dikeluarkan pada 1 Ogos 2018 dan akan dipamerkan dalam cakapsinilah.com selama sebulan. Mudah sajakan untuk sertai segmen Del ni. Selamat bersegmen dan selamat berkenalan semua ! ✌

    Sunday, 8 July 2018

    Senarai (OST) Drama: Pengantin 100 Hari

    Senarai (OST) Drama: Pengantin 100 Hari

    Senarai (OST) Drama: Pengantin 100 Hari   l   Tiap kali drama baru, mesti ada lagu tema sendiri. Sambil tonton drama mesti ada lagu yang mengiringi emosi penonton. Untuk kali ini, Del nak berkongsi lagu tema atau OST untuk drama yang tengah dipertontonkan di TV3 iaitu drama Pengantin  100 Hari. Tipu la, kalau setiap kali lagu dimainkan dalam drama korang tak nyanyi sekali. Mula-mula tak tahu la lirik dia, lama-lama mulut tu tak berhenti terkumat-kamit nyanyi lagu OST. Di bawah ini, Del ada sediakan senarai lagu yang dikeluarkan dalam drama slot Samarinda ni. Harap dapat membantu anda semua.

    Jangan lupa komen di bawah sekiranya ada pendapat baru atau sebagainya. Terima kasih mengunjungi blog Cakapsinilah.com

    Sulit - Aman Aziz


    Sinopsis Drama: Pengantin 100 Hari

    Sinopsis Drama: Pengantin 100 Hari

    Sinopsis Drama: Pengantin 100 Hari   l   Puan Yasmin (Zila Bakarin) setuju anaknya, Amar( Aiman Hakim) berkahwin dengan Sofia (Aishah Azman)  dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina (Amelia Henderson). Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja. Sofia pula enggan kembali kepada Amar kerana merasakan Erina lebih berhak.

    Senarai (OST) Drama: Sejuta Rasa Buat Adelia

    Senarai (OST) Drama: Sejuta Rasa Buat Adelia

    Senarai (OST) Drama: Sejuta Rasa Buat Adelia   l    Tiap kali drama baru, mesti ada lagu tema sendiri. Sambil tonton drama mesti ada lagu yang mengiringi emosi penonton. Untuk kali ini, Del nak berkongsi lagu tema atau OST untuk drama yang tengah dipertontonkan di Astro Ria iaitu drama Sejuta Rasa Buat Adelia. Tipu la, kalau setiap kali lagu dimainkan dalam drama korang tak nyanyi sekali. Mula-mula tak tahu la lirik dia, lama-lama mulut tu tak berhenti terkumat-kamit nyanyi lagu OST. Di bawah ini, Del ada sediakan senarai lagu yang dikeluarkan dalam drama slot Mega Drama ni. Harap dapat membantu anda semua.

    Jangan lupa komen di bawah sekiranya ada pendapat baru atau sebagainya. Terima kasih mengunjungi blog Cakapsinilah.com

    Haqiem Rusli feat Aman Ra - Jatuh Bangun



    Hael Hussaini feat Dayang Nurfaizah - Haram




    Daiyan Trisya - Kau Tahu




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Babab.net

    Terbaru ! dari cakapsinilah.com

    Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019

    Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019                 l               Hai and Assalamualaikum semua. Apa khabar buat semua pembaca blog Del. Dah ...