Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Thursday, 26 July 2018

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?         l         Salam buat pembaca blog Del . Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan terhindar dari segala penyakit. Bercakap tentang penyakit, sejak-sejak ni Del selalu dengar tentang masalah penyakit yang semakin menular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit (HFMD).
Oleh sebab keperihatinan, Del sedia berkongsi ilmu dengan anda semua pada entri kali ini mengenai penyakit ini.

Maksud penyakit (HFMD)?

Kalau anda semua nak tahu, penyakit (HFMD) ini merupakan singkatan kepada Hand, Foot & Mouth Disease. Senang kata, penyakit ni di labelkan sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut. Penyakit ini, menular disebabkan virus-virus yang ada di sekliling kita.

Melalui apa virus (HFMD) mudah tersebar?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

Contoh penyakit ini mudah didapati, melalui sentuhan troli di pusat beli belah, escalator, tempat duduk awam. Kiranya semua benda diluar rumah apabila digunakan perlu berhati-hati.

Tanda-tanda Dijangkiti virus (HFMD)

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.   

Cara Mengatasi Penyakit (HFMD)  

Langkah pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’
Sumber : Portal Rasmi KKM   


Okay, setakat itu sahaja yang dapat Del kongsi. Ingat, sila jaga kesihatan, terutama kanak-kanak. Ibu bapa perlu prihatin setiap langkah anak-anak demi menjaga keselamatan dan kesihatan mereka. Terima kasih dari Del. Boleh komen sekiranya ada soalan.

3 comments:

  1. salam del..

    tq sharing info..bhy pnykit ni..
    parent kena selalu pantau anak2, hand sanitzer pun perlu selalu bawa utk kbersihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlkumslm Yaya

      Btul tu protection kne ada kan..bli jer murah. Tul tak

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal                        l                            Hai semua, macam mana dengan drama terbaru n...

Paling Popular & Terlajak Laris !