Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Friday, 17 August 2018

Hari Kebangsaan Malaysia 2018

Hari Kebangsaan Malaysia 2018                             l                      Salam buat semua pembaca, terutama rakyat Malaysia. Diam tak diam negara kita Malaysia bakal menyambut bulan kemerdekaan yang Ke-61. Alhamdulillah, sehingga hari ini, negara kita masih lagi aman, damai dan harmoni. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan kepada anda bekenaan, tema, logo, maksud logo, dan lagu tema hari kebangsaan Malaysia 2018. Harap perkongsian ini membantu. 


Tema Hari Kebangsaan 2018

Sayangi Malaysiaku

Logo Hari Kebangsaan 2018

Hari Kebangsaan Malaysia 2018


Maksud Logo

Logo kali bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-61 ini, merupakan hasil ciptaan Nik Zulkifli Nik Hitam. Merujuk kepada logo di atas, ianya merupakan simbol rakyat melakukan gerakan riang mengangkat tangan, dengan satu bentuk hati di hadapan menyatukan mereka. Selain itu juga, ia juga membawa maksud warganegara Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa hidup dalam harmoni seia sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada negara.

Lagu Tema Hari Kebangsaan 2018

Lagu tema hari kebangsaan pada kali ini, diberi tajuk 'Kita Punya Malaysia'. Lagu ini dicipta oleh Sam Bunkface dan dinyanyikan oleh kumpulan Bunkface. Maksud yang tersirat dalam lagu tema kali ini adalah memupuk kepelbagaian kaum dan kepentingan perpaduan sebagai sebuah bangsa dalam membangunkan negara.

Lirik Lagu: Kita Punya Malaysia

31 Bulan 8, 57
Perjuangkan pertahankan tanah airku
Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara 
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Jangan lemah bangunlah 
Buat baru semula 
Percayalah hari ini 
Kita punya 

Impian aku gemilang baru
Satu suara laungkan (Merdeka!)
Bangkit semua demi negara 
Selamanya...
Kita Merdeka

Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Merdeka x3 

Kita Merdeka 
Sayangi Malaysiaku 
Sayangi Malaysiaku 
Tanah Airku (Ini Kita Punya)
Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Sayangi Malaysiaku
Sayangi Malaysia
Satu Suara Laungkan (Merdeka!)

Ini Kita Punya




sumber : gcarian.com

1 comment:

  1. cantiknya logo hari kebangsaan tahun ni! Tak sabar nak tunggu Hari Merdeka sebab kerajaan baru :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Senarai (OST) Drama : Seribu Rindu

Hai semu pembaca blog Del. Adakah anda semua dah tahu lagu apa yang ada dalam drama terbaru slot Akasia Tv3 iaitu Seribu Rindu ?   Kalau...