Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Friday, 5 October 2018

Travel: Bishan Park, Singapore



Travel: Bishan Park, Singapore         l             Hai buat semua pembaca blog Del yang setia. Untuk entri kali ini, Del sangat suka untuk bercerita tentang pengalaman Del buat kali pertama ke Singapura. Sebenarnya, lawatan ke Singapura ni telah dibawa oleh pensyarah kelas Del untuk melihat sendiri apa yang ada di sekitar Taman Bishan yang agak popular di Singapura.


Pernah dengar tak Bishan Park atau Bishan- Ang Mo Kio Park ? Kalau tak pernah tidak mengapa, mungkin bila anda baca entri Del kali ni anda ada inspirasi untuk melawat tempat menarik di Singapura. Takkan datang Singapura nak lawat tempat yang asyik keluar TV, sedangkan ada lagi tempat yang menarik 'Cool' yang anda boleh pergi.

Singapura memang terkenal dengan penjagaan alam sekitar. Kalau sampah ada pun tak banyak, mungkin rakyat Singapura telah dilatih untuk menjadi lebih bertanggung jawab terhadap alam sekitar. Kebanyakkan tempat kediaman yang ada di sekitar Singapura, semua nya bertingkat seperti kondo dan appartment. Semua bangunan mereka cantik-cantik dan dijaga supaya tidak kelihatan usang ( yang Del tahu HDB merupakan salah satu ejen yang menjaga perseketiran perumahan di situ, kalau tak salah la) sama juga dengan Bishan Park.




Kalau nak tahu, Bishan Park ini terletak berdekatan dengan kawasan perumahan komuniti setempat. Keindahan alam yang ada masih dikekalkan walaupun kita tahu Singapura membangun dengan banyak pencakar langit. Sungai yang ada sepanjang di Bishan Park ini memang dijaga rapi. Ini kerana, air sungai yang mengalir di sekitar kawasan Singapura diguna pakai untuk kehidupan seharian mereka. Maknanya air tu mereka akan kitar semula untuk diminum. Sebab itu lah penjaga sumber air yang ada sangat penting buat mereka.

Yang menariknya tentang sungai di Bishan Park ni, bila musim hujan yang akan mengakibatkan banjir akan ada amaran daripada 'siren' yang ada disitu supaya orang ramai selamat semasa berada di situ. Ikan pun banyak juga dalam sungai tu. Selain itu ada juga kafe-kafe sekitar taman tersbut malah tempat senaman yoga pun ada.









Kalau bergambar memang cantik. banyak lokasi yang cantik disekitar taman tersebut. anda semua boleh pilih nak amik gambar di mana. Selain itu, sebagai manusia yang bertimbang rasa bila berjalan tu pastikan ada laluan untuk basikal supaya mereka mudah nak lalu. Jangan la halang laluan mereka. Sampah pula jangan buang merata-rata nanti kena denda.

Banyak aktiviti yang korang boleh lakukankan dekat sekitar taman Bishan ni. Antaranya senaman, yoga, jogging, berkelah dan sebagainya. Paling best sekali aktiviti bergambar. Kawasan ni memang dibuka untuk orang ramai. Tak perlu bayar pun sebab percuma. Jadi kalau anda yang jenis nak luang masa dekat tempat yang damai, boleh la datang dekat Bishan Park ni.



2 comments:

  1. teringin nak travel ke Kota Singa ni..terbaik bro

    ReplyDelete
  2. Kalaulah Malaysia pun menerapkan penjagaan alam sekitar.. kan bagus..
    First time dengar pasal park nie..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...