Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Sunday, 22 July 2018

Konvokesyen Del Asyraf


Konvokesyen Del Asyraf    l    Salam semua, harap anda semua sihat saja. Entri sebelum ni Del telah kongsikan kepada anda berkenaan pra-graduasi Del tetapi kali ini Del akan berkongsi pula berkenaan hari Konvokesyen Del. Harap anda semua sudi membaca. Bergerak dari rumah dalam 6 pagi menuju ke lokasi untuk majlis konvokesyen. Sempat bersarapan ringan-ringan di rumah hanya untuk mengalas perut sebelum tiba di lokasi. Tiba jam 7 pagi, kami graduan bersiap sedia beratur di tempat yang ditetapkan dengan jubah dan mortar yang diberi pada hari raptai. Beratur mengikut sesi mula belajar sebelum bergerak masuk ke dalam dewan.





Kira-kira jam 8 pagi, kami semua bergerak masuk ke dalam dewan dengan diiringi rentak muzik gamelan ( rasa macam orang penting betul masa masuk dalam dewan, protokol sangat). Dengan senyuman kegembiraan dan ada sedikit rasa bangga sebab akhirnya konvo juga setelah sekian lama menanti kami tonjolkan dalam diri masing-masing. Duduk pun sopan je masing-masing, pelik betul rasa kelakuan hari tu, rasa diri ni tak macam ni ( hahaha ).

Sambil menunggu VVIP, kami sempat la borak sesama sendiri sambil membelek buku yang diberi . Baca senarai nama yang ada dan siapa yang memegang anugerah ketua pengarah. Ternyata rakan sekelas kami dan rakan satu kumpulan caklempong Del yang telah menerima anugerah tersebut. Tahniah buat mereka berdua. Manakala kami, cukup la memperoleh CGPA lbih dari 3.0. ( syukurrrrrr~ ). Seperti biasa ucapan dari ucapan kami dengar sebelum diberi peluang untuk berdiri bagi menerima diploma kami. Debaran makin terasa saat itu, takut je tersungkur atas pentas nanti sebab gugup. Alhamdulillah, syukur majlis berjalan lancar.

Selesai agenda dalam dewan Del dan ibu bergerak keluar dewan. Abah dan adik beradik lain menanti diluar dengan sejambak bunga. TERHARU, ungakapan yang dapat aku berikan bila berada dalam situasi tersebut. Ucapan tahniah dari ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan tak henti-henti memberi. Belum masuk gambar dalam sosial media. Apa pun terima kasih atas ucapan itu semua. ( Del nak nangis ni ).

Bawah ni, Del belanja gambar kenangan semasa hari kejadian. Kalau nak lebih boleh tengok di instagram (ig) Del sendiri @del_asyraf.









Di kesempatan ini, Del nak ucapkan terima kasih atas semua yang telah membantu dalam secara langsung atau secara tidak langsung semasa Del menjalankan pengajian di sini. Harap ilmu ini  dapat Del kongsikan bersama anda semua.
Ok terima kasih !

'Pre-CONVO' Del Asyraf


'Pre-CONVO' Del Asyraf    l      Salam buat pembaca blog Del yang menampil kan gaya hidup Del, hiburan, melancong dan berbagai lagi. Untuk entri kali ini, Del aku berkongsi dengan anda semua berkenaan hari Konvokesyen Politeknik Port Dickson kali ke 27 dimana Del merupakan salah seorang yang terlibat dalam majlis yang penuh gilang-gemilang pada hari itu. Berlangsung pada 17.07.18 - 18.07.18, Del dan rakan-rakan terlibat pada 18.07.18. Banyak kenangan manis yang telah berlaku sekitar majlis konvokesyen Del yang pertama ( first time kot rasa konvo besar ni,last dulu masa zaman tadika).

Bermula dengan sesi raptai pada 17.07.18 pada waktu petang. Yang terlibat raptai tersebut dari Jabatan Kejurteraan Awam dan Jabatan Perdagangan. Del dalam Jabatan Kejuruteraan Awam sebab kos Senibina. Raptai kami dalam dewan kuliah je. Terubat rindu masa zaman belajar dulu bila raptai dilakukan dalam dewan kuliah tersebut. Penuh dewan kuliag dengan bekas pelajar. 'Aircond' yang ada rasa macam tak ada sebab penuh dengan pelajar ( macam tin sardin lak). Ketika raptai penjelasan seperti tatacara pemakaian graduan dan cara mengambil diploma dijelaskan ketika itu. Siapa yang pernah konvo, tahu la situasi dia tu macam mana lebih kurang sama saja.

Selepas raptai tamat, sesi untuk mengambil jubaj di bilik penyimpanan jubah. Berlari la Del dengan kawan-kawan beratur ambil jubah dengan mortar board yang diinginkan semua graduan. Alhamdulillah, ketika itu belum ramai la graduan yang beratur nak ambil jubah, jadi cepat la sikit proses dia tu. Dengan keadaan cuaca yang panas, berpeluh kami menunggu giliran untuk ambil jubah. Tiba di 'checkpoint' pengelola yang terdiri dari pelajar MPP rasanya ambil ukur ketinggian. Saiz M, merupakan saiz untuk disarungkan dibadan Del nanti.

Selesai dengan jubah dan penghataran borang segala bagai, aktiviti yang dinantikan setiap graduan mesti la bergambar ala-ala 'pre-convo'. Lokasi di Avillion Hotel. Kenapa Avillion, sebab kawan-kawan Del menginap di situ pada malam tersebut. Del tidak menginap malah berulang-alik ke rumah. Dekat je tak jauh mana rumah Del cuma kalau balik lewat kena bersedia la mata supaya tidak mengantuk. Kami tidak mengambil jurugambar untuk aktiviti ni ( jimat kos wei ) cuma berbekal camera masing-masing paling laku camera IPhone. Dengan keberkatan jimat tu, sambil kami leka bergambar tiba-tiba muncul seorang 'Mat Salleh'. Dia tawarkan diri dia untuk membantu kami mengambil gambar beramai-ramai tanpa kami minta ( baik mat salleh tu huhu ). Hasil dia sangat cantik macam gambar di bawah. Mungkin, mat salleh ni 'photographer' jadi ada selit seni dia tu. Mak kawan kami pun turut membantu ambil gambar.







Selesai solat maghrib kami keluar makan bersama. Teluk pelanduk, lokasi tempat makan malam kami. Mengimbas kembali detik-detik indah semasa zaman bergelar pelajar semasa makan disitu. Lokasi tersebut merupakan salah satu tempat kesukaan kami. Selesai Makan Kami Pulang untuk berehat menantikan hari esok.

Apa jadi pada hari Konvokesyen kami? Klik sini.

Thursday, 19 July 2018

Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog

Tips SEO: Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog

Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog   l   Salam buat pembaca blog Del cakapsinilah.com . Beberapa hari yang lepas Del jumpa artikel yang mengajar cara-cara untuk meningkatkan pengunjung masuk ke dalam blog kita. Blog Hasrul Hassan telah memberi sedikit tunjuk ajar buat Del untuk mengetahui serba sedikit mengenai Tips SEO. Tips SEO kali ini mengajar Del mengenai Blog Mesra Mobile. Walaupun blog yang dipaparkan melalui komputer nampak cantik, namun adakah berkesan untuk menarik perhatian pengunjung dengan kelajuan untuk mengakses ke blog kita.

Pendapat Del, kebanyakkan blog yang menunjukkan paparan yang blog yang cantik merupakan salah satu tarikan pengunjung untuk mengakses blog kita. Tetapi adakah anda terfikir, sekiranya sekadar cantik, tetapi lambat untuk akses ke blog membuatkan pengunjung masuk ke dalam blog semakin berkurangan. Dalam erti kata lain, bila masuk sehaja ke dalam sesebuah blog tersebut untuk mencari info tetapi lambat (loading). Ini membuatkan pengunjung rasa kurang senang lalu meninggalkan blog tersebut. Dengan ini membuatkan Del tertarik dengan topik kelajuan akses ke blog untuk mesra mobile.

Ini antara tips yang diberi oleh Hasrul Hassan untuk mempercepatkan blog diakses oleh pengunjung:


  • Buang javascript yang tidak diperlukan atau cantumkan semua javascript itu dalam satu fail yang besar.
  • Load javascript bila diperlukan sahaja. Contohnya, ia hanya digunakan jika pengunjung masuk blog anda dari desktop sahaja.
  • Kecilkan saiz gambar atau kurangkan paparan gambar di halaman utama
  • CSS atau kod rekabentuk blog mesti dioptimakan. Rapatkan semua kod, jangan ada ruang kosong yang tidak diperlukan memenuhi antara kod rekabentuk.
  • Pilih template jenis minimalist.


  • Ternyata tips yang diberi sangat berguna untuk Del sebagai blogger yang baru ni. Bila dah mencuba tips tersebut pastinya anda semua nak tahu, cara-cara untuk menyemak adakah kelajuan akses pada blog untuk mesra mobile kita sangat baik. Sekiranya keputusan yang dibuat menyatakan kelajuan kurang dari 3 saat, ini menunjukkan blog anda dalam keadaan sangat baik apabila diakses oleh pengunjung. Anda semua boleh menyemak pada link di bawah. 


    Di bawah ini Del telah mencuba untuk menyemak kelajuan blog Del di akses untuk mesra mobile. Keputusan di bawah blog Del bagi mesra mobile, Del memperoleh taraf 'GOOD' . Ini bermakna blog Del  masih lagi dalam keadaan baik apabila diakses. Anda semua boleh cuba.

    Tips SEO: Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog

    Tips SEO: Semak Kelajuan Akses Untuk Pengunjung ke Blog



    Untuk lebih lagi mengenai topik ini, anda semua boleh rujuk blog Hasrul Hassan . Klik pada link di bawah untuk lebih lanjut. Terima Kasih :D

    Friday, 13 July 2018

    Cici Ada, Caca Dah Hilang??...

    Cici Ada, Caca Dah Hilang??...    l    Salam buat pembaca blog Del cakapsinilah.com . Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berdasarkan tajuk entri, mungkin ada antara anda yang tahu tentang cerita Cici dan Caca ni. Kalau korang tak tahu korang boleh klik dekat sini . Kalau dah klik dekat link tu anda akan tahu siapa mereka.

    Baik lah kita teruskan dengan topik yang menjadi gaya hidup Del semenjak ni. Sebenarnya kehilangan si Caca ni dah lama dah. Kira-kira bulan lepas lalu, masa bulan puasa tak salah. Del dan adik pulang ke ruma pada waktu tu. Selalunya bila balik rumah pintu pagar mesti tutup, yelah nak elak dari masuknya haiwan peliharaan luar macam kambing dan lembu. Yelah duduk dalam kawasan kampung tahu jelah macam mana gayanya kan. Tujuan tutup nak elakkan dari tanam diragut oleh haiwan-haiwan yang menjadi perosak besar tanaman. Tanaman yang ada tu pun sedang membesar dengan baiknya. Kiranya tunggu hasil sahaja lah. Jadi pintu pagar mesti ditutup.

    Nak dijadikan cerita, hari tu agaknya malas nak tutup pintu pagar. Sebab malas tu mungkin disebabkan kejap lagi nak keluar balik. Tapi, tak tahu la kenapa malas sangat nak tutup pagar. Masa balik rumah, tengok dua ekor ayam belanda yang tengah menggemukkan badan tu ada je dalam kawasan rumah. Ingat lagi masa tu, Del nampak Caca dekat sebelah rumah berdiri jer. Tapi betul ke tu Caca?? Yela kot. Lepas tu Cici sibuk makan.

    Kemudian kami keluar dari rumah macam biasa sebab nak ke Seremban. Tak tengok pun kelibat Cici dan Caca ni. Sama ada, mereka ni ada atau pun tidak. Bila tiba masa pulang ke rumah pada waktu petang, Del pun masih lagi tidak mengendahkan kedua-dua ekor ayam belanda tu. Biasa petang mereka akan pulang sendiri.

    Esoknya, Del perasan macam ada yang tak kena dengan Cici. Nampak dia macam kesunyian, jalan pun bersendirian. Selalunya berdua dengan Caca. Mula la kemusykilan lahir dalam fikiran. Del pun cari ke mana perginya Caca. Biasa kalau tak ada, mesti pergi rumah jiran belakang rumah, tapi mustahil sebab semua lubang pagar dah tutup, jadi mereka tak boleh kemana-mana selain bermain dalam kawasan rumah. Hasil carian, Del tak menjumpai. Tunggu esok harinya, Cici masih bersendirian sampai sekarang.

    Mana lah hilangnya Caca ni. Mungkin keluar masa pintu pagar terbuka. Untuk pengetahuan anda Cici dah makin besar. Badan dia dah nak membentuk seperti ayam belanda dewasa. Baiklah, itu sahaja perkongsian gaya hidup Del. Jadi, kesimpulanya sila tutup pintu pagar!. Terima kasih.

    *Gambar Cici nanti Del Update*

    Wednesday, 11 July 2018

    Lirik Lagu: Kata Cinta - Afif Sola

    Lirik Lagu: Kata Cinta - Afif Sola
    Lagu: Kata Cinta
    Penyanyi: Afif Sola
    Pencipta: Nyawablack
    Lirik: Nyawablack


    Lelah rasanya diri ini
    Mengenang akan cinta kau pergi
    Rasa cintaku itu mati kerana

    Dulu pernah kau kecewakan
    Hatiku melalui cintamu
    Rasa cintaku itu mati kerana
    Kau menduakan

    Benar kata kata cinta
    Yang manis di bibir sahaja
    Benar kata kata cinta
    Janji janji manis pun tak berguna

    Pergi daku sendiri
    Tiada siapa peduli
    Apakah apakah ini
    Namanya dugaan

    Namun aku mengerti
    Percaya diri sendiri
    Menjadi lelaki setia
    Lebih bahagia

    Dulu pernah kau kecewakan
    Hatiku melalui cintamu
    Rasa cintaku itu mati kerana
    Kau menduakan

    *Interlude....

    Pergi daku sendiri
    Tiada siapa peduli
    Apakah apakah ini
    Namanya dugaan

    Namun aku mengerti
    Percaya diri sendiri
    Menjadi. menjadi lelaki setia
    Lebih bahagia

    Hoouwoooo....
    Lebih bahagia..


    Jatuh Cinta Dengan Kerepek Keledek Mr. Potato

    Jatuh Cinta Dengan Kerepek Keledek Mr. Potato
    Sumber Gambar: Youtube

    Jatuh Cinta Dengan Kerepek Keledek Mr. Potato   l   Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua dalam keadaan sihat. Untuk hari Del nak kongsi tentang jatuh cintanya Del pada kerepek keledek Mr. Potato ni. Yer Del tahu produk ni dah lama dikeluarkan di pasaran. Iklan pun tak yah cerita setiap hari dengar dekat TV dengan radio. Dengan trademark "uiiiiiiiiiiii ungulicious" dia tu buat kan Del tertarik nak beli, tapi (ada tapi dia...) tak berkesempatan  nak pergi beli.

    Tiba lah kemarin, dimana Del dan ibu keluar sekejap cari barang di pasaraya. Tak terlintas pun nak beli kerepek keledek tu, tapi ibu masa tu teringin nak makan kerepek ubi. Jadi, ketika itu lah Del pun tanpa berfikir panjang mengambil 1 kerepek keledek tu, ibu pula ambil kerepek ubi. Bila pulang ke rumah, apa lagi tak sabar rasanya nak bukak dan rasa kerepek keledek yang digembar-gembur dalam iklan.

    Ternyata, rasa dia yang manis-manis ubi keledek dengan sedikit perisa tambahan membuatkan Del jatuh cinta pada kerepek keledek ini. Tak sia-sia rasanya Del beli produk ni. Kerepek keledek tu tak habis lagi dimakan oleh Del sendiri, jadi Del simpan untuk esok. Mana tahu sambil-sambil tengok TV boleh makan sekali.

    Keesokannya, Del ke dapur untuk mencari lebih kerepek keledek semalam. Puas Del cari mana perginya. Tiba-tiba dapat pula chat whtasap dari ibu. Dalam chat tu dia cakap, dia bawa kerepek tu ke pejabat. Ibu cakap lagi, tak sangka sedap pula kerepek ni, membazir beli kerepek ubi yang biasa tu. Dalam hati baru ku tahu kerepek keledek Del tak hilang, rupanya ibu Del yang ambil.

    Jadi hari ni Del cari lagi kerepek tu. Saja nak kunyah-kunyah. Yelah benda sedap kan. Tu jer Del nak kongsi dalam entri kali ni. Semoga bertemu lagi!

    SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

     SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ

    SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ   l   Salam buat pembaca blog Del. Untuk hari ini Del nak berkongsi tentang segmen baru yang Del sertai iaitu SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ . Buat pengetahuan anda Del baru jer disapa oleh blogger Ejulz untuk sertai segmen beliau. Ini kerana, Ejulz telah pun menyertai segmen yang Dibuat oleh Del sendiri. Segmen Del diberi nama Blog List Segment - August Edition. Ha! bagi yang belum menyertai segmen blog list Del tu jemput la masuk tambah-tambah rakan.

    Tujuan yang sama buat Del sertai segmen Ejulz ni untuk, menambah rakan blogger baru. Hai ! Ejulz selamat berkenalan. Kalau anda semua nak sertai boleh sertai sekarang. Masih ada masa lagi, sebab segmen beliau ni akan di tamatkan pada 31 Julai 2018. Dengar-dengar hadiah lumayan bakal diberi oleh 4 orang blogger yang hebat. Kalau nak tahu boleh klik banner yang disediakan oleh Ejulz sempena segmen beliau.

    Dalam segmen yang Ejulz buat, beliau suruh menyatakan kerja sambilan apa yang sedang/rancang/kesukaan yang akan dibuat oleh peserta. Sebabnya, Ejulz nak tahu. Buat masa sekarang Del tidak buat sebarang kerja sambilan, tapi bagi yang mahu Del membantu mereka Del ok jer. Kalau diberi peluang Del lebih minat untuk menerima tempahan membuat banner atau pun kerja-kerja kreatif. Sebabnya, kerja kreatif memang minat Del dan Del pun boleh dikatakan tergolong dalam graduan jurusan kreatif. Tak kesah lah kreatif apa pun kalau suruh Del menyanyi pun boleh. Kalau nak dengar boleh follow instagram Del sendiri dekat ruang sosial media.

    Ok rasanya itu sahaja untuk entri kali ni. Buat Ejulz dan rakan-rakan, selamat berkenalan dari Del blogger Cakapsinilah.com . Kalau ada rezki kita boleh kolaborasi. Terima kasih sebab buat segmen ni untuk kami :)))
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Babab.net

    Terbaru ! dari cakapsinilah.com

    Konvokesyen Del Asyraf

    Konvokesyen Del Asyraf     l    Salam semua, harap anda semua sihat saja. Entri sebelum ni Del telah kongsikan kepada anda berkenaan pra...

    Paling Popular & Terlajak Laris !