Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Sunday, 30 December 2018

Friday, 28 December 2018

Nak Ke mana Kalau Ke JB!



Nak Ke mana Kalau Ke JB!

Nak Ke mana Kalau Ke JB!                              l                           Pening fikir mana nak pergi berjalan? Nak pusing KL, bosan da. Nak naik flight pun jauh. Kereta baru servis, ingat nak guna kereta, tapi...tak tau jalan ke mana.

Thursday, 20 December 2018

OST Drama: Pujaan Hati Kanda

OST Drama: Pujaan Hati Kanda


OST Drama: Pujaan Hati Kanda           l             Hai semua, drama lama dah habis, ganti pula dengan drama baru iaitu Pujaan Hati Kanda. Pastinya anda semua nak tahu lagu apa yang menjadi OST untuk drama TV3 kali ni kan. Jadi, di bawah ni, Del ada sediakan lagu OST dan lagu sampingan untuk drama kali ni. 

Sinopsis Drama: Pujaan Hati Kanda





Sinopsis Drama: Pujaan Hati Kanda               l                Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru. Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima satu hadiah iaitu bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu.
  

Friday, 14 December 2018

OST Filem: AQUAMAN



OST Filem: AQUAMAN         l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, cerita ni memang kena dengan jiwa Del. Best betul tengok dengan grafik dia yang cantik tu. Kalau korang belum tengok, boleh la ke panggung terdekat untuk menonton filem ni. 

Wednesday, 12 December 2018

LIRIK LAGU: KU BERSUARA - ERNI ZAKRI

LIRIK LAGU: KU BERSUARA - ERNI ZAKRI


Title : Ku Bersuara Artis : Ernie Zakri Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham Lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

Friday, 7 December 2018

Food Review: Nasi Mc.D


Hai buat semua pembaca blog Del cakapsinilah.com. Harap anda semua dalam keadaan sihat sejahtera je. Untuk entri kali ini, Del nak buat sedikit review makanan. Nama makanan ni ni Nasi Mc.D . Nak dapat di mana makanan ni? Semestinya di resotaran Mc. Donalds berdekatan anda. Mungkin ada antara anda yang dah pernah makan jadi mereka semua dah tahu bagaimana rasa menu tersebut. Tetapi bagi yang belum pernah mencuba menu ni, di sini Del sendiri akan kongsikan kepada anda semua.

MELETOP Steamboat & Grill

MELETOP Steamboat & Grill

Hai semua pembaca blog Del. lama Juga tak menulis tentang gaya hidup Del. Tapi kali ini, Del sudah pun sediakan entri yang agak menarik perhatian anda semua. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan tempat makan yang mungkin ada antara anda yang telah mencuba dan mungkin juga ada yang masih belum mencubanya.

Saturday, 17 November 2018

'First Time' Del Guna Grab


Hye, buat semua pembaca blog Cakapsinilah.com . Harap anda semua sihat je okay. Untuk hari ini, entri Del lebih nak berkongsi pengalaman menggunakan Grab car. Mesti ada dikalangan kita yang pernah cuba kan, dan ada juga yang teringin nak cuba. Jadi, yang masih belum mencuba tetapi mempunyai keiginan untuk mencuba, rasanya entri kali ini dapat membantu anda.

Friday, 16 November 2018

Senarai (OST) Drama : Seribu Rindu

Senarai (OST) Drama : Seribu Rindu

Hai semu pembaca blog Del. Adakah anda semua dah tahu lagu apa yang ada dalam drama terbaru slot Akasia Tv3 iaitu Seribu Rindu ?  Kalau belum di bawah ni Del sediakan. Harap perkongsian ni membantu.  Oh ! dah baca sinopsis drama Seribu Rindu ke belum? Kalau belum klik link di bawah.


OST Drama Seribu Rindu

Sinopsis Drama: Seribu Rindu

Sinopsis Drama: Seribu Rindu

Hai salam buat semua pembaca blog Del. Agak lama juga Del tak menulis ni kan. Maaf ye buat yang ternanti-nanti tu. Del sibuk sejak sambung belajar ni. Apa pun ni Del sediakan info mengenai sinopsis Drama terbaru di Slot TV3 Akasia, Seribu Rindu . Del sendiri tengok dan Del rasa drama Seribu Rindu ni mendapat tempat di hati Del. Oka jom baca sinopsis di bawah.


Sinopsis Drama: Seribu Rindu

Saturday, 20 October 2018

Lirik Lagu: Halimunan - Masya Masyitah




Title : Halimunan
Artist : Masya Masyitah
Composer: Omar K , Blaine Bakri , John Jeevasingham
Lyricist: Omar K, Blaine Bakri , John Jeevasingham
Producer: Omar K & John Jeevasingham



Saturday, 6 October 2018

Lirik Lagu: Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana





Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong
Pengarah: Rifaiee Omar
Produksi: Rio Films Sdn Bhd
©️ 2018 Siti Nurhaliza Production (M) Sdn Bhd ©️ Universal Music Sdn Bhd

Dato’ Sri Siti Nurhaliza - Official Social Media Facebook :


Lirik -
Bicara minda
dendangan hati
Jiwa dan raga yang melengkapi
Bagaikan~ bagaikan hangat mentari
cinta yang sejati

Jauh di mata dekat di hati
jika dirindu jangan curangi
Ke mana~ ke mana kan terbawa pergi
terduga diuji

Oh bila tersedar semuanya
Sempadan ilusi

Andai bintang kan tak lagi berseri
Janji kasih yang takkan terkhianati
Andai habis nafasku yang terakhir
Masih ku cinta
kerna ku pasti
Kau tiada pengganti

Sedangkan lidah tergigit jua
inikan pula cinta manusia
Melayang~ melayang
dibawa pawana
iringi cintamu

Biar dikenang budi kasih dan sayang
Biar~ Biarkan cinta anta permana


Friday, 5 October 2018

Travel: Bishan Park, Singapore



Travel: Bishan Park, Singapore         l             Hai buat semua pembaca blog Del yang setia. Untuk entri kali ini, Del sangat suka untuk bercerita tentang pengalaman Del buat kali pertama ke Singapura. Sebenarnya, lawatan ke Singapura ni telah dibawa oleh pensyarah kelas Del untuk melihat sendiri apa yang ada di sekitar Taman Bishan yang agak popular di Singapura.

Sunday, 30 September 2018

Muzik Video Isma Sane - Derita




PRODUCTION

Artist: Isma Sane
Song Writer: Isma Sane
Producer: Beegood Music
Produce: Wan SalehMusic Arrangement: Along Exist
Backing Vocal: Fuad KoGuitar: Along ExistMixing: Wan Saleh
Studio: Inteam Studio & Along ExistMastering: CL TohArtwork Design: Azim
Production: Beegood Music LabelDigital Distribution: Inteam RecordsPhotoshoot Location: Inteam Studio
Photographer: Azim

Saturday, 8 September 2018

MMM UTM 2018/2019

MMM UTM 2018/2019            l                Okay hari ni Del secara langsung tengah menulis blog tentang MMM UTM ataupun Minggu Mesra Mahasiswa lebih kurang macam minggu suai kenal. Untuk pengetahuan korang banyak juga kaunter yang ada semasa pendaftaran dan semua itu memudahkan pengurusan pendaftaran korang semasa belajar di UTM. Dan kalau nak tahu minggu program MMM ni semuanya dikelolakan oleh pelajar UTM sendiri. Hebat betul dia orang, Tahniah!.

Datang awal ke lokasi penempatan itu perlu, sebab keadaan trafik pada awal pagi memang sangat sesak di Skudai ni. Jadi, perlu bersedia dan sampai awal. Masa Del ni, pendaftaran bermula pada pukul 8-11 pagi.

situasi semasa selesaikan pendaftaran

Tuesday, 28 August 2018

'Watsons Haul' Ogos 2018

'Watsons Haul' Ogos 2018                     l                      Salam buat semua pembaca blog Del. Memandangkan bulan ni persiapan kelengkapan untuk Del sambung belajar maka  banyaklah barang yang telah Del beli. Termasuklah barang keperluan penjagaan diri. Bukan selalu membazir duit untuk kelengkapan diri ni. Nak tahu apa yang Del beli semasa berkunjung ke Watson, boleh terus membaca entri Del ni.

Sambil-sambil Del bagi tahu apa yang Del beli, sambil tu Del sendiri akan bagi 'feedback' tentang produk yang Del cuba tu nanti. Tapi sekarang, Del cuba bagi feedback luaran sahaja untuk produk yang telah dibeli oleh Del.

Okey boleh terus baca di bawah kalau anda belum rasa bosan tentang entri kali ni. Antara senarai barang yang telah Del beli kali ini di Watson adalah, 



  1. Rexona Shower Clean - RM 6.10
  2. Clinelle (Deep Cleansing Gel) - RM 21.06
  3. Good Virtues Co. ( Helpful & Delightful) - RM 12.16 ( -RM 1.61 sebab member, jadi sebotol RM10.55 )
  4. Lifebuoy Total 10 - RM 6.50
Okay, senarai barang kita dah tahu, jadi mari kita adili dari segi luaran produk tersebut. Dai segi bauan yang terdapat pada setiap produk yang di beli ni, kesemuanya wangi dan tidak menyakitkan hidung. Yang paling Del suka, bau produk sampu Good Virtues Co. memang sangat wangi dan menyegarkan. Produk sampu yang Del beli ni sesuai yang jenis rambut berminyak macam Del. Apa pun kesannya berkesan ke tidak nanti Del cuba lepas shampoo rambut sebab tu conditioner.

Kemudian produk yang tak pernah Del cuba, iaitu produk Clinelle. Del mengalami masalah jerawat dan kadang-kadang berminyak juga. Del pernah tengok kawan Del menggunakan produk ni. nampak macam bagus jer. Yang ni katanya sesuai untuk semua jenis kulit. Del juga da cuba tengok tektur gel pencuci muka ni, tak banyak buih. Maknanya sesuai untuk kulit muka yang sesitif.

Selepas itu, produk dari Rexona. Del pernah mencuba produk ni dan rasa ianya tidak lah bermasalah sangat. Tapi jenis produk ni boleh dikatakan terbaru dan tak pernah digunakan oleh Del. Harumannya pun wangi. Nanti kalau dah mencuba Del bagi tahu kesannya.

Lifebuoy, rasanya ramai yang dah gunakan produk ni kan. Rasanya berkesan untuk mematikan kuman masa mandi. Buihnya pun banyak dan wangi. Jadi Del rasa tak perlulah nak bagi feedback sangat tentang produk lifebuoy sebab boleh dikatakan bagus.

Okay itu sahaja perkongsian kali untuk semua pembaca. Harap membantu anda untuk membeli nanti.

Monday, 27 August 2018

5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau

5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau


5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau                l                 Hai semua pembaca blog. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan tips yang Del sendiri dapat dari sumber FB page Pulau Malaysia. Del tengok perkongsian ini sangat membantu Del untuk akan datang bila nak bercuti ke pulau. Del pun pernah ke pulau sebelum ni, tapi tak berapa nak jimat. Sekarang dah ada tips disediakan jadi, boleh la guna.

Jenis-jenis Rabun

jenis-jenis rabun

Jenis-jenis Rabun             l            Hai buat semua pembaca blog Del yang setia. Dalam kesibukan ni Del masih lagi sempat nak kongsi kepada anda semua tentang jenis-jenis rabun walaupun Del sendiri bersyukur tidak mempunyai masalah rabun. Tetapi, pelik juga macam mana ramai yang mempunyai masalah rabun terutama yang selalu tengok talifon bimbit masing-masing.

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia            l             Salam buat pembaca blog Del untuk hari ini, info yang Del dapat ingin Del kongsikan kepada anda semua.  Untuk panduan pembaca yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu percutian anda :

Aidil Adha Del 2018

Aidil Adha Del 2018

Adil Adha Del 2018                  l                      Salam Aidil Adha buat semua umat Islam, terutama yang tengah baca blog Del ni. Untuk entri Aidil Adha Del ni, Del nak kongsikan serba sedikit mengenai pengalaman Aidil Adha Del kali ini. Harap anda semua tenang bila membaca.

Monday, 20 August 2018

Sinopsis Drama: Alamatnya Cinta

Sinopsis Drama: Alamatnya Cinta


Sinopsis Drama: Alamatnya Cinta            l            Mengisahkan seorang gadis (penulis) yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya kembali dia bersetuju mengikat kontrak perkawinan dengan pelakon tersebut. 

Saturday, 18 August 2018

Tips Menabung Cara Del

Tips Menabung Cara Del
sumber gambar GOOGLE



Tips Menabung Cara Del                   l                   Salam semua, bertemu kembali kita untuk entri kali ini.  Untuk entri kali ini, Del dengan rasa rendah diri nak berkongsi cara menabung Del yang Del rasa berkesan. Maklumlah, Del pun belum lagi mempunyai pendapatan yang kekal sebab masih lagi belajar. 

Friday, 17 August 2018

Lirik lagu: Perasaan - Sheryl Shazwanie

Lirik lagu: Perasaan - Sheryl Shazwanie
Perasaan Sheryl Shazwanie
Lagu: Room None
Lirik: Iman Imran
Music Producer : Room None
Music Arranger : Room None
Vocal Guide : Harry Khalifah

seringkali ku pandang tenang raut wajahmu
terasa seluruh raga larut dalam getar
nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

entah berapa lama harus memendam rasa
bimbang keinginan hati hanya sisa mimpi
mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas di dalam hatiku sendiri

Pedih cinta hadir tanpa diduga
akan ku harungi kesedihan ini

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri
Ooo oo o
Kasihku...



Hari Kebangsaan Malaysia 2018

Hari Kebangsaan Malaysia 2018                             l                      Salam buat semua pembaca, terutama rakyat Malaysia. Diam tak diam negara kita Malaysia bakal menyambut bulan kemerdekaan yang Ke-61. Alhamdulillah, sehingga hari ini, negara kita masih lagi aman, damai dan harmoni. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan kepada anda bekenaan, tema, logo, maksud logo, dan lagu tema hari kebangsaan Malaysia 2018. Harap perkongsian ini membantu. 

Wednesday, 15 August 2018

Ogos 2018, Tiada Masa Terluang

Ogos 2018 Tiada Masa Terluang


Ogos 2018 Tiada Masa Terluang                       l                          Salam buat semua pembaca blog Del. Entri kali ini, lebih kepada perkongsian gaya hidup Del yang tengah alami sekarang. Merujuk kepada perkongsian tajuk di atas, bulan Ogos tahun 2018 merupakan bulan tersibuk buat Del. Bukan Del sahaja, malah keluarga turut sama.

Senarai (OST) Drama: Alamatnya Cinta

Senarai (OST) Drama: Alamatnya Cinta


Senarai (OST) Drama: Alamatnya Cinta              l              Salam pembaca semua. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan kepada anda semua mengenai (OST) terbaru drama Alamatnya Cinta. Nantikan drama Full House versi Malaysia adaptasi daripada drama popular Korea yang akan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. 

Wednesday, 8 August 2018

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal                       l                            Hai semua, macam mana dengan drama terbaru ni, drama Cinta Bukan Kristal. Del yakin drama terbaru ini pun bakal membuatkan anda semua naik angin juga kot macam drama-drama sebelum ni.

Sinopsis Drama: Cinta Bukan Kristal

Sinopsis Drama: Cinta Bukan Kristal

Sinopsis Drama: Cinta Bukan Kristal                   l                 Kisah mengenai Aryana (Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya.

Monday, 6 August 2018

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari
Suasana depan restoran, sorry tak penuh gambarnya nak cepat.

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahri           l           Salam buat pembaca blog Del. Dah makan ke semua, kalau belum, entri kali ni Del nak kongsikan menu makan tengahari seperti yang tertulis pada tajuk entri kali ini, iaitu Nasi Arab Damsyik. Amboi jauhnya makan kali ni, sampai ke timur tengah. Sebenarnya, tak lah jauh mana, pada siapa yang duduk di sekitar Seremban terutama Senawang pasti sudah lali dengan hidangan yang mengenyangkan ni kan.

Biodata Luqman Faiz

sumber: twitter @luqmnnfaiz

Biodata Luqman Faiz l Luqman Faiz merupakan artis baru. Dia telah mengeluarkan single pertama bertajuk Kepuraanmu. Klik >sini< untuk dengar single pertama Luqman. Mesti ada antara anda semua yang nak kenal atau nak tahu tentang biodata Luqman Faiz kan?. Okay untuk hari ini, Del kongsikan kepada anda semua. Harap entri ini membantu anda semua.


Lirik Lagu: Kepuraanmu - Luqman Faiz

Lirik Lagu: Kepuraanmu - Luqman Faiz
Artist : Luqman Faiz
Judul Lagu : Kepuraanmu

Album : Single Kepuraanmu (2018)
Label : Aries Music

GSC buat promo!

gsc buat promo, lokasi tiket murah gsc

GSC buat Promo!            l        Okay, entri kali ini khas buat kaki wayang. Untuk pengetahuan korang Del baru je dapat info berkenaan tajuk entri kita kali ini. Buat yang kaki wayang, mesti suka kan. Mana la tak suka, dapat beli tiket wayang murah.

Wednesday, 1 August 2018

Lirik Lagu: Pedih - Sarah Suhairi

Lirik Lagu: Pedih - Sarah Suhairi
Pedih- Sarah Suhairi
Lagu : Room None
Lirik : Iman Imran
Produced by MVM Production Sdn Bhd & Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

Tuesday, 31 July 2018

Senarai Blog List Segment August Edition by DA


Senarai Blog List Segment August Edition by DA    l    Salam buat pembaca blog. Harap anda semua dalam keadaan baik-baik saja. Entri kali ini, Del nak kongsikan kepada anda semua mengenai senarai blogger yang telah terpilih untuk dimasukkan dalam blog list Del untuk sesi Ogos.

Monday, 30 July 2018

Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA (TAMAT)


Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA (TAMAT)   l   Syukur, segmen yang Del sendiri jalankan buat pertama kali akhirnya, telah menamatkan tempoh penyertaan pada 29 Julai 2018. Bagi sesiapa yang telah menyertai segmen blog list Del, Del ingin mengucapkan terima kasih untuk anda kerana telah menyokong segmen Del kali ini. Bagi yang tak sempat atau, yang tak berpeluang untuk menyertai segmen ini tidak mengapa. Anda semua masih boleh sertai segmen Del akan datang.

Bagi yang telah menyertai, anda boleh semak senarai 'blog list' di ruang yang disediakan di sebelah kanan. Senarai akan dikeluar pada 1 Ogos 2018. Tahniah buat anda! dan terus menyokong Del sebagai blogger anda :D

daripada,
Del Asyraf

Thursday, 26 July 2018

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?

Apa Itu Penyakit (HFMD) ?         l         Salam buat pembaca blog Del . Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan terhindar dari segala penyakit. Bercakap tentang penyakit, sejak-sejak ni Del selalu dengar tentang masalah penyakit yang semakin menular dikalangan masyarakat kita iaitu penyakit (HFMD).

Tuesday, 24 July 2018

Lirik Lagu: Kisah Antara Kita - One Avenue Band

Lirik Lagu: Kisah Antara Kita - One Avenue Band
One Avenue Band - Kisah Antara Kita
Lagu: Reyhan
Lirik: Reyhan
Future Music Entertainment


Senarai (OST) Drama: Semerah Cinta Humairah

Senarai (OST) Drama: Semerah Cinta Humairah

Senarai (OST) Drama: Semerah Cinta Humairah   l   Nantikan drama bersiri Semerah Cinta Humairah untuk slot Samarinda TV3. Mengandingkan Fahrin Ahmad dan Janna Nick sebagai pelakon utama. Drama 15 episod arahan sutradara Zamri Zakaria. Akan disiarkan bermula 24 Julai 2018, setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam di TV3.

Sinopsis Drama: Semerah Cinta Humairah

Sinopsis Drama: Semerah Cinta Humairah

Sinopsis Drama: Semerah Cinta Humairah   l    Humairah (Janna Nick) meneruskan tradisi kahwin muda dalam keluarganya. Pak Zali, bapanya terima lamaran Datuk Kamarul (Mahmud Alibashah) untuk jodohkan Humairah dengan Shahir (Fahrin Ahmad). 

Monday, 23 July 2018

Lirik Lagu: I'm A Mess - Bebe Rexha

 I'm A Mess - Bebe Rexha
Songwriters: Shelly Peiken / Meredith Brooks / Justin Tranter / Bleta Rexha
I'm a Mess lyrics © Warner/Chappell Music, Inc, BMG Rights Management

Trailer Filem Munafik 2

Trailer Filem Munafik 2


Trailer Filem Munafik 2        l          Salam buat anda semua yang baca blog Del. Pasti ada antara anda semua yang tak sabar nak tonton wayang cerita Munafik 2 kan. Yelah, sebelum ni filem Munafik pernah menambat hati penonton yang menonton lagi-lagi peminat filem seram. Kali ini, filem arahan Syamsul Yusof akan menampil kan pelakon yang lebih dikenali dengan watak seram iaitu Maya Karin.

Sunday, 22 July 2018

Konvokesyen Del Asyraf


Konvokesyen Del Asyraf    l    Salam semua, harap anda semua sihat saja. Entri sebelum ni Del telah kongsikan kepada anda berkenaan pra-graduasi Del tetapi kali ini Del akan berkongsi pula berkenaan hari Konvokesyen Del. Harap anda semua sudi membaca. Bergerak dari rumah dalam 6 pagi menuju ke lokasi untuk majlis konvokesyen. Sempat bersarapan ringan-ringan di rumah hanya untuk mengalas perut sebelum tiba di lokasi. Tiba jam 7 pagi, kami graduan bersiap sedia beratur di tempat yang ditetapkan dengan jubah dan mortar yang diberi pada hari raptai. Beratur mengikut sesi mula belajar sebelum bergerak masuk ke dalam dewan.





Kira-kira jam 8 pagi, kami semua bergerak masuk ke dalam dewan dengan diiringi rentak muzik gamelan ( rasa macam orang penting betul masa masuk dalam dewan, protokol sangat). Dengan senyuman kegembiraan dan ada sedikit rasa bangga sebab akhirnya konvo juga setelah sekian lama menanti kami tonjolkan dalam diri masing-masing. Duduk pun sopan je masing-masing, pelik betul rasa kelakuan hari tu, rasa diri ni tak macam ni ( hahaha ).

Sambil menunggu VVIP, kami sempat la borak sesama sendiri sambil membelek buku yang diberi . Baca senarai nama yang ada dan siapa yang memegang anugerah ketua pengarah. Ternyata rakan sekelas kami dan rakan satu kumpulan caklempong Del yang telah menerima anugerah tersebut. Tahniah buat mereka berdua. Manakala kami, cukup la memperoleh CGPA lbih dari 3.0. ( syukurrrrrr~ ). Seperti biasa ucapan dari ucapan kami dengar sebelum diberi peluang untuk berdiri bagi menerima diploma kami. Debaran makin terasa saat itu, takut je tersungkur atas pentas nanti sebab gugup. Alhamdulillah, syukur majlis berjalan lancar.

Selesai agenda dalam dewan Del dan ibu bergerak keluar dewan. Abah dan adik beradik lain menanti diluar dengan sejambak bunga. TERHARU, ungakapan yang dapat aku berikan bila berada dalam situasi tersebut. Ucapan tahniah dari ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan tak henti-henti memberi. Belum masuk gambar dalam sosial media. Apa pun terima kasih atas ucapan itu semua. ( Del nak nangis ni ).

Bawah ni, Del belanja gambar kenangan semasa hari kejadian. Kalau nak lebih boleh tengok di instagram (ig) Del sendiri @del_asyraf.









Di kesempatan ini, Del nak ucapkan terima kasih atas semua yang telah membantu dalam secara langsung atau secara tidak langsung semasa Del menjalankan pengajian di sini. Harap ilmu ini  dapat Del kongsikan bersama anda semua.
Ok terima kasih !

'Pre-CONVO' Del Asyraf


'Pre-CONVO' Del Asyraf    l      Salam buat pembaca blog Del yang menampil kan gaya hidup Del, hiburan, melancong dan berbagai lagi. Untuk entri kali ini, Del aku berkongsi dengan anda semua berkenaan hari Konvokesyen Politeknik Port Dickson kali ke 27 dimana Del merupakan salah seorang yang terlibat dalam majlis yang penuh gilang-gemilang pada hari itu. Berlangsung pada 17.07.18 - 18.07.18, Del dan rakan-rakan terlibat pada 18.07.18. Banyak kenangan manis yang telah berlaku sekitar majlis konvokesyen Del yang pertama ( first time kot rasa konvo besar ni,last dulu masa zaman tadika).

Bermula dengan sesi raptai pada 17.07.18 pada waktu petang. Yang terlibat raptai tersebut dari Jabatan Kejurteraan Awam dan Jabatan Perdagangan. Del dalam Jabatan Kejuruteraan Awam sebab kos Senibina. Raptai kami dalam dewan kuliah je. Terubat rindu masa zaman belajar dulu bila raptai dilakukan dalam dewan kuliah tersebut. Penuh dewan kuliag dengan bekas pelajar. 'Aircond' yang ada rasa macam tak ada sebab penuh dengan pelajar ( macam tin sardin lak). Ketika raptai penjelasan seperti tatacara pemakaian graduan dan cara mengambil diploma dijelaskan ketika itu. Siapa yang pernah konvo, tahu la situasi dia tu macam mana lebih kurang sama saja.

Selepas raptai tamat, sesi untuk mengambil jubaj di bilik penyimpanan jubah. Berlari la Del dengan kawan-kawan beratur ambil jubah dengan mortar board yang diinginkan semua graduan. Alhamdulillah, ketika itu belum ramai la graduan yang beratur nak ambil jubah, jadi cepat la sikit proses dia tu. Dengan keadaan cuaca yang panas, berpeluh kami menunggu giliran untuk ambil jubah. Tiba di 'checkpoint' pengelola yang terdiri dari pelajar MPP rasanya ambil ukur ketinggian. Saiz M, merupakan saiz untuk disarungkan dibadan Del nanti.

Selesai dengan jubah dan penghataran borang segala bagai, aktiviti yang dinantikan setiap graduan mesti la bergambar ala-ala 'pre-convo'. Lokasi di Avillion Hotel. Kenapa Avillion, sebab kawan-kawan Del menginap di situ pada malam tersebut. Del tidak menginap malah berulang-alik ke rumah. Dekat je tak jauh mana rumah Del cuma kalau balik lewat kena bersedia la mata supaya tidak mengantuk. Kami tidak mengambil jurugambar untuk aktiviti ni ( jimat kos wei ) cuma berbekal camera masing-masing paling laku camera IPhone. Dengan keberkatan jimat tu, sambil kami leka bergambar tiba-tiba muncul seorang 'Mat Salleh'. Dia tawarkan diri dia untuk membantu kami mengambil gambar beramai-ramai tanpa kami minta ( baik mat salleh tu huhu ). Hasil dia sangat cantik macam gambar di bawah. Mungkin, mat salleh ni 'photographer' jadi ada selit seni dia tu. Mak kawan kami pun turut membantu ambil gambar.







Selesai solat maghrib kami keluar makan bersama. Teluk pelanduk, lokasi tempat makan malam kami. Mengimbas kembali detik-detik indah semasa zaman bergelar pelajar semasa makan disitu. Lokasi tersebut merupakan salah satu tempat kesukaan kami. Selesai Makan Kami Pulang untuk berehat menantikan hari esok.

Apa jadi pada hari Konvokesyen kami? Klik sini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019                 l               Hai and Assalamualaikum semua. Apa khabar buat semua pembaca blog Del. Dah ...