Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Saturday, 31 March 2018

Topik Perbincangan: Jangan Nak Membawang Tolong 'Peka'

Salam buat pembaca blog Del hari ini, Harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum. Untuk hari ini, 1 April 2018, Del nak buat entri tentang topik perbincangan yang bertajuk 'Masyarakat Peka'. Harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda diluar sana. Ini bukan karangan 500 patah perkataan SPM.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan 'Peka'?
Peka itu, dalam pengertian Del ini sendiri membawa maksud kepada memberi perhatian,sentiasa mengambil berat ataupun fokus kepada sesuatu perkara. Untuk zaman sekarang ni, masyarakat kurang mengambil berat tentang kepekaan yang ada di sekeliling kita. Sebab itulah wujudnya 'Mak cik Bawang' dan 'Pak cik Bawang'.

Antara contohnya kurang kepekaan ini, adalah melibat dari segi sifat kemanusian atau suka berbincang sesuatu perkara tanpa membaca apa yang mesej ingin disampaikan dan banyak lagi. Contohnya seperti komen-komen ataupun pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh segelintir masyarakat untuk kearah kebaikan. Lalu, bila wujudnya kurang kepekaan maka mesej yang disampaikan itu tidak dapat difahami sehingga mengakibatkan salah faham. Maka tumbuh lah sifat 'membawang'. Lain yang di sampaikan, lain yang diterima.

Selain itu juga, dari segi sifat kemanusian pula, masyarakat kurang peka dari segi bantu-membantu sesama manusia. Bukan susah pun nak membantukan, cuma hulurkan apa yang perlu. Kalau tangan tu tangan lah, kalau duit tu duit lah. Bergantung kepada situasi. Jangan lah lepas tangan, terutama yang melibatkan warga orang kurang upaya (OKU), warga emas dan golongan miskin.

Kebersihan juga boleh jadi isu kepekaan ni. Yelah, kebersihan tandas, kebersihan di tempat awam dan segala yang melibatkan kebersihan boleh jadi topik untuk kepekaan. Masyarakat kadang-kadang kurang mengambil berat tentang isu kebersihan lalu menyembabkan masalah berlaku di sekliling kita. Contohnya, banjir kilat, serangan nyamuk  di sebebkan tiada tanggungjawab untuk kebersihan dan sebagainya.

Untuk itu, masyarakat perlulah berubah dari sekarang. Lagi-lagi negara kita ni nak mencapai tahap sebagai negara maju. Jadi kita semua perlulah berganding bahu untuk mengelakkan isu kurang kepekaan ini. Sebenarnya, mana-mana pun perlu peka. Setiap apa yang kita lakukan kena ada sifat kepekaan , supaya kita tidak terjerumus dengan salah faham dan sebagainya.

Selamat tempuh bulan April!

Wednesday, 28 March 2018

Sambutan Hari Lahir Abah Di Marry Brown

Salam buat semua pembaca Blog del hari ini, harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan gembira. Untuk entri apada kali ini, Del akan sampaikan pengalaman Del menyambut hari lahir abah di Marry Brown.


Untuk pengetahuan anda semua yang membaca entri Del pada kali ini, sambutan ini telah disambut 4 hari awal dari tarikh hari lahir sebenar abah iaitu pada 28 Mac. Sebab sambutan ini disambut awal kerana, memikirkan kekangan masa. Seperti sedia maklum, 28 Mac tahun 2018 ini kan jatuh pada hari Rabu. Jadi, disebabkan itu kami bercadang untuk membuat sambutan ini lebih awal dari tarikh sebenar. Walaupun awal sambutan ini dijalankan, ianya masih lagi nampak meriah dan sempurna buat keluarga kami.

Macam mana cara nak sambut hari lahir di Marry Brown?
Caranya mudah sahaja dan tidak memeningkan kepala. Bagi mereka yang telah bercadang awal untuk menyambut sambutan di restoran tersebut lagi membuatkan proses-proses ini berjalan dengan sempurna.

1. Maklumkan awal kepada pihak Marry Brown

. Jadi anda perlu ke Marry Brown atau hubungi sahaja cawangan yang berdekatan untuk membincangkan dan memberi tahu tentang sambutan ini kepada pihak mereka. Bukan apa, ini memudahkan kerja-kerja mereka untuk membuat persiapan seperti, memilih ruang untuk digunakan, dan hiasan yang perlu diletakkan pada ruang tersebut. Selain itu juga, takut bercanggah dengan pelanggan lain untuk membuat tempahan.

2. Buat pesanan makanan yang diiginkan

Setelah anda memaklumkan kepada pihak Marry Brown, barulah proses membuat pesanan makanan dibuat. Masa tu, anda boleh lah nak pesan makanan apa, kalau ada kupon atau vaucer tebusan boleh je gunakan. Gunakan dengan sebaiknya, jangan membazir.






3. Terangkan cara-cara kejutan yang ingin dilakukan.

Ini penting, sekiranya anda ingin melakukan kejutan seperti kejutan kek dan sebagainya. Terangkan pada mereka cara kejutan itu dibuat. Mudah sahaja apabila pihak mereka sudah faham barulah mulakan sambutan. Ikut cara anda bagaimana cara untuk kejutan.






Akhir sekali, Selamat Hari Lahir abah. Semoga panjang umur, murah rezki dan sentiasa dikurniakan kesihatan untuk beribadat kepada tuhan. Tahniah dan terima kasih juga buat pihak Marry Brown atas tanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang baik.

Tuesday, 27 March 2018

Hari Polis Terakhir Untuk Abah

Salam buat pembaca setia blog Cakapsinilah. Untuk entri hari ini Del nak kongsikan serba sedikit mengenai Hari Polis Terakhir Untuk Abah. Untuk pengetahuan anda, ayah Del telah lama berkhidmat sebagai anggota polis. Namun pada 25.3.2018 merupakan sambutan hari polis untuk abah buat yang terakhir kalinya.



Mengapa hari polis terakhir?
Seperti yang anda sedia maklum ayah Del telah lama berkhidmat sebagai anggota polis, ini bermakna pada tahun hadapan ayah Del telah mulakan sesi persaraannya sebagai anggota polis diraja Malaysia.


Abah bersama Cucu

Tujuan Del buat entri untuk hari ini, Del cuma ingin berkongsikan tentang pengalaman Del sebagai anak seorang anggota polis. Untuk pengetahuan semua, berkhidmat sebagai anggota polis mahupun anggota berbadan unifom bukan lah satu tugas yang mudah untuk mereka. Mereka juga perlu berkorban masa, waktu dan tenaga untuk negara.Kadang-kadang abah tak pulang tidur ke rumah kerana tugasnya di luar.

Sebagai anak anggota polis, kami sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk abah. Walaupun kadang-kadang kami rasa tak puas hati dengan beliau, kerana tugasnya. Kadang-kadang, raya kami pun tak sempat untuk pulang ke kampung, dan kami cuma beraya dikediaman kami sahaja. Tapi itu tidak mengapa bagi kami, walaupun kadang-kadang kami rasa, terigin nak pulang beraya bersama atuk dan nenek pada hari raya pertama.

Itu baru cerita hari raya, kadang-kadang bulan puasa pun sama, kadang kami tidak berbuka puasa bersama-sama. Namun walau begitu ibu sentiasa, memberikan makanan untuk jamah waktu berbukanya.Untuk pengetahuan anda semua, berkhidmat sebagai anggota polis meruapaka satu tugas yang kadang-kadang memerlukan seluruh hari mereka, pendek kata 24 jam digunakan untuk berkhidmat. Kami pula sebagai anak anggota polis, wajib memahami situasi abah sebagai anggota polis.

Paling sedih, kadang-kadang orang luar juga ada yang kurang senang dengan anggota polis. Sampaikan anak-anak mereka seperti kami ini menjadi mangsa perli dan cemuhan orang luar. Kadang-kadang mereka, kata anggota polis ambil rasuah lah, kadang-kadang mereka juga berkata kalau kena saman tak perlu bayar lah dan macam-macam lagi. Terutama yang suka membawang menceritakan buruk tentang anggota polis. Sedih betul bila ada yang berkata anggota polis seperti itu. Kami sebagai anak tetap menyokong bapa kami, sebab kami tahu abah bukan macam yang mereka katakan.

Seronok sebenarnya menjadi anak seorang angota polis. Tapi kadang-kadang kami juga risau dengan tugas mereka. Bukan nak mendoakan, tetapi kami ini selalu berpesan kepada bapa kami supaya sering berhati-hati. Dalam surat khabar saja sudah banyak artikel yang menceritakan tentang kemalangan yang melibatkan anggota polis apabila mereka sedang menjalankan tugas mereka. Situasi yang merbahaya, bukan dapat kita ketahui dan kita jangkakan. Kadang-kadang bila ayah kawan kami berlaku kecederaan sehingga menyebabkan tugas mereka terganggu, kami sekeluarga turut berasa sedih. Alhamdulillah, sehingga hari ini, abah tidak tercedera atau pernah berlaku perkara buruk pada dirinya. Namun pada siapa yang pernah mengalami situasi buruk, mereka seharusnya bersabar dengan apa yang telah terjadi dan sentiasa kuat untuk teruskan kehidupan seharian.

Untuk itu sekian sahaja lah untuk entri pada kali ini. Harap apa yang Del sampaikan ini anda dapat memahami. Selamat Hari Polis buat semua Warga Polis Diraja Malaysia.


Friday, 23 March 2018

MV Dimatamu - Sufian Suhaimi Trending No 1 Di Youtube

Salam buat pembaca blog Del hari ini. Dalam sedang melayan mata, tiba-tiba malam ini terlintas pula Del nak tengok muzik video dari Sufian Suhami yang bertajuk Dimatamu. Dimatamu sebuah lagu yang telah tular di laman sosial, bukan setakat golongan remaja sahaja yang tahu lagu Dimatamu ni, malah golongan kanak-kanak Juga turut tahu untuk menyanyikan lagu ini.




Semalam pada 23 Mac 2018, Sufian Suhaimi telah mengeluarkan muzik video lagu solo nya yang terbaru Dimatamu di laman sosial youtube. Apa yang menariknya kali ini, lagu tersebut telah pun mencapai Trending No 1 di youtube. Selain itu juga, belum pun sampai 1 hari, muzik video yang boleh dikatakan berhantu ini juga telah mencapai tontonan lebih 1 juta tontonan. Sungguh dahsyat penangan Sufian Suhami kali ini.

Pengalaman Del semasa menonton MV ini buat pertama kali, terasa seperti masuk ke dalam jiwa. Dengan bait-bait liriknya yang begitu mendalam, dicampur pula dengan alunan muzik, membuatkan Del pejam mata untuk mendengar lagu ini. Syabas Sufian Suhami kerana telah membuatkan penonton MV anda kali ini, terpukau. Dalam pemerhatian Del untuk MV Sufian Suhaimi kali ini, rasanya ada lirik-lirik tambahan yang beliau ubah dan tambah. Ianya tidak sepertinya lagu dimatamu versi sebelum ini. Apa-apa pun lagu Sufian Suhaimi masih lagi mencuri tumpuan peminat serta pendengar lagu-lagu baru.

MV ini tular dengan pantas mungkin disebabkan oleh kisah cintanya sebelum ini, walaupun beliau menyatakan lagu tersebut tiada kaitan dengan kisah percintaannya sebelum ini. Namun netizen masih lagi beranggapan lagu tersebut ada kena mengena dengan kisah percintaannya sebelum ini. Apa-apapun kita doakan sahaja yang terbaik untuk beliau.

Anda semua sudah menonton belum muzik video terbaru Dimatamu dari Sufian Suhaimi? Sekiranyanya blom, kilk di sini. Harap anda semua terhibur.




'Cream Tart' Bakal Memegang Gelaran 'Cake Of The Year 2018' ?

Salam buat pembaca blog Del hari ini. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera & sentiasa senyum. Untuk entri Del kali ini, Del teringin nak kongsikan kepada anda semua mengenai bakal "Cake of The Year" iaitu Cream Tart

Bagaimana rupa bentuk kek tersebut? Di bawah ini Del kongsikan serba sedikit bagaimana rupanya "Cream Tart".







Cantik bukan. Dengan hiasan yang sangat cantik, disertai dengan rasa yang enak, mana tidaknya kek ini bakal menjadi kek tahunan bagi tahun 2018. Untuk pengetahuan anda, bukan senang untuk membuat kek sebegini. Ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan untuk membuat kek ni. Untuk maklumat mengenai resepi, anda boleh klik di sini . Di blog tersebut anda boleh belajar serba sedikit mengenai cara pembuatan kek tahunan kali ini.

Ciri-ciri yang ada pada kek ini ialah, kek nya yang nipis tapi diselang-seli dengan krim. Krim pula, mengikut perisa apa yang anda inginkan. Hiasan seperti buah-buahan, bunga-bungaan serta biskut, boleh diletakkan di atas kek tersebut setelah kerja-kerja meletakkan krim khas pada kek tersebut selesai. Susun lah macam mana cara sekali pun asalkan kek tersebut kelihatan menarik. Nak lebih cantik, lapisan kek mestilah di tebalkan. Kelainan yang ada pada kek ini juga, termasuklah bentuk ukiran nombor yang anda inginkan. Ukir sendri ye anda semua.

Nilai kesabaran perlu diterapkan pada pembuat kek. Tengok saja hasilnya, cantik bukan. Bila mahukan hasil yang cantik, perlu lah nilai kesabaran itu tinggi. Buat dengan teliti, takut lain pula jadinya. Yang sudah biasa dengan ukiran mungkin senang bagi mereka. Hal ini, terpulang kepada si pembuat. 

Harga kek ini mestilah mahal, jika nak dibandingkan dengan kek lain. Itu sekiranya anda semua menempahnya. Jika anda rajin membuat sendiri mungkin bajet perbelanjaan dapat dikurangkan. Terpulang kepada anda, nak tempah atau buat sendiri. Mahal pun sebab ukiran dia, dan juga bergantung kepada hiasannya serta bahan-bahan yang digunakan untuk pembuatan kek ini. Kalau nak letak hiasan mahal, maka harganya pun mahal. Ini semua terpulang kepada anda.

Okay rasanya itu saja untuk entri kek tahunan pada kali ini. Harap bermanfaat. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 21 March 2018

Cici Dan Caca Peneman Dikala Menganggur

Salam buat pembaca blog Del hari ini, diharap anda semua berada di dalam  keadaan sihat. Untuk entri pada hari ini, Del dengan bangganya nak menulis tentang  Cici dan Caca  Del.

Siapa Cici & Caca?
Cici & Caca Del adalah sejenis haiwan peliharaan Del. Mereka sejenis ayam belanda. Unikkan... Jarang orang sekarang nak bela haiwan macam tu terutama sekali yang tinggal di kawasan bandar.



Yang Hitam itu Cici, Putih Itu Caca



Kebiasaan nya orang akan memilih haiwan seperti kucing,arnab atau sejenis tikus mondok, tapi Del kali ini nak buat kelainan sedikit dari segi haiwan peliharaan. Sebenarnya, Del ada juga haiwan peliharan seperti kucing, namanya Bobi. Tetapi, Bobi tidak tinggal dengan Del sekarang sebab Bobi tinggal bersama abah Del. Memandangkan Del tinggal di kawasan kampung maka Cici dan Caca lah yang menjadi peneman Del sementara menganggur ni.

Kenapa menggangur?
Del sebenarnya tak nak pun mengangur ni, tapi disebabkan Del cuma teman ibu tiggal di kampung tu yang susah nak gerak ke mana. Sebelum ni kerja sambilan di Pasaraya, tapi sekarang tidak lah, lantas Del pun jadi lah "Mr. Mama" dekat rumah. Lagi pun Del dalam proses untuk sambung belajar, Doakan yer kawan-kawan supaya ada tempat untuk saya ke universiti awam (UA).

Ade ke yang tak tahu lagi ayam belanda tu macam mana? Mari del tunjukkan contohnya.

Bila Mereka Dah Besar, Begini Lah Rupanya

Nanti, Cici & Caca da besar akan jadi seperti mereka. Nama bahasa Inggeris nya "Turkey". Sekarang masih kecil. Ahahah. Okay sekarang Del nak kongsikan rutin harian Cici dan Caca. Seperti biasa, rutin harian Cici dan Caca seperti haiwan yang lain. Makan,minum & tidur (samalah macam aku sekarang,eh tak..hahahah).

Sekiranya anda semua ingin bela haiwan macam Cici dan Caca, anda tidak seharusnya membuat mereka semua ini berada dalam keadaan stress atau terganggu. Sama macam haiwan yang lain, bila da besar sikit jangan terlalu letakkannya di dalam sangkar, takut nanti sistem pencernaan dia tak betul, lalu mengeluarkan bau najis yang agak busuk. Haiwan seperti mereka perlu dilepaskan untuk di memberikan keselesaan pada badan mereka. Sama lah macam manusia kalau terkurung sahaja dalam bilik dan terkunci pasti akan rasa rimas. Betul tak?.

Seronok sebenarnya bela haiwan berupa spesis ayam ini, senang nak jaga. Bila da besar mereka tahu cari makan sendiri. Lepas kan saja ke halaman rumah tahu la apa mereka akan buat. Sampai masa mereka pulang ke sangkar.

Keistimewaan yang ada pada haiwan belaan saya iaitu Cici dan Caca ini, mereka ini sepasang. Semasa beli pun memang minta pada tuan kedai untuk sepasang. Maknanya ada jantan, ada betina. Senang lah nanti mereka nak tambah kan zuriat. Ahahahha #keturunanayambelanda. Mereka macam pasangan kekasih, jalan sentiasa berdua, seolah-olah mereka sudah tahu tentang jodoh mereka. Hahaha~

Soal kesihatan juga perlu diambil kira. Tidak kira lah haiwan macam mana sekali pun,kesihatan & kebersihan perlu dititik beratkan. Seperti Cici dan Caca, makanannya perlu lah berkualiti, dan juga cecair untuk mengelakan selsema burung perlu diletakkan pada minuman mereka. Cegah sebelum terlambat.

Contoh Cecair Yang Del Gunakan Untuk Elak Selsema Burung


Kesimpulannya, bela haiwan macam mana sekali pun, anda semua perlu ambil berat tentang mereka. Hal ini kerana, mereka telah pun menjadi tanggugjawab anda. Untuk itu, itu sahaja yang Del dapat kongsikan pada anda semua. Semoga bermanfaat.


Sekian terima kasih.

Monday, 19 March 2018

Food Review: "MILO CUBE" Terasa Seperti Makan Lego

Salam buat semua pembaca blog Del iaitu CakapSini.lah. Harap, anda semua berada dalam keadaan sihat. Untuk hari ini Del ingin kongsikan cerita tentang "MILO CUBE"

cakapsinilah.blospot.my

Anda semua pernah dengar?pernah rasa?. Kalau belum pernah ini Del kongsikan sedikit "review" mengenai "MILO CUBE".

Nestle Malaysia tidak menjual mahupun menghasilkan Milo Kiub ini. Milo Kiub yang dijual di Malaysia atau negara-negara Asia Tenggara adalah merupakan produk keluaran Nestle Nigeria. Ia adalah produk import.Harga Milo Kiub agak mahal disebabkan ia diimport dari negara Nigeria.Penghasilan produk Milo Kiub adalah untuk konsumer di negara-negara di Afrika seperti Nigeria, Gambia, Ghana, Cameroon, Uganda, Kenya, Sudan, Afrika Tengah, dan juga Togo.Del pun dapat dari sedara Del yang tinggal disana.

Sekiranya anda terigin mendapatkannya, anda boleh membelinya secara online di laman sesawang seperti Lazada,Shopee dan lain-lain. Pastikan ianya benar-benar asli, sebab nanti anda yang akan rugi.

Berapakah harganya?. Berkenaan dengan harga ianya sangat mahal mungkin ianya disebabkan tidak mudah untuk didapati di pasaran. Bayangkan dalam satu paket, dalamnya ada lebih kurang 100 biji Milo Cube harga nya nak mencecah RM 30 tambahan pula saiz nya agak kecil.

Bagaimana rasanya?. Rasa nya enak dan tidak begitu manis. Ianya seperti memakan milo serbuk tetapi yang telah dibentukkan menjadi ketulan keras. Peringatan !  sekiranya anda ingin makan Milo Cube, sila pastikan anda makan pada selepas waktu maghrib atau sebelum solat maghrib, bukan apa takut milo cube ini tak sempat larut dalam mulut anda lepas itu tak solat (Hahahah). Milo cube ini sangat keras, tidak boleh digigit hanya boleh di isap sahaja. Sebab itu lah tajuk kali ini "MILO CUBE" Terasa Seperti Makan Lego.

milo cube
Rupa Milo Cube
milo cube
Isi dalam Milo Cube
*JANGAN LUPA LIKE,SHARE & KOMEN "FACEBOOK PAGE" & "INSTAGRAM" SERTA FOLLOW BLOG DEL. TERIMA KASIH

Sunday, 18 March 2018

Pengalaman : Seorang Pelajar Senibina

Salam buat pembaca CakapSini.lah. Untuk hari ini, Del berhasrat untuk menulis blog hari ini buat adik-adik yang sedang asyik memilih program apa untuk sambung belajar ke Universiti Awam mahupun Universiti Swasta yand ada di luar sana.

Terlebih dahulu, Del ingin mengucapkan tahniah buat calon SPM yang telah memiliki keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang, jangan risau anda tidak seharusnya menjadikan keputusan tersebut sebagai penamat untuk terus berjaya. Del dulu pun tidak lah cemerlang dalam keputusan SPM lalu. Namun berkat doa ibu bapa, alhamdulillah Del dapat menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang senibina. Dan sekarang, Del dalam proses untuk menyambung ke peringkat sarjana muda pula. InsyaAllah...

Untuk itu, Del dengan berbesar hatinya ingin kongsikan kepada anda semua tentang "Pengalaman Menjadi Seorang Pelajar Senibina". Menarik bukan? Mesti adik-adik di luar sana tertanya-tanya apa itu "Senibina". Kalau yang sudah mengetahui baguslah. Bagi yang belum, ini Del akan kongsikan kepada anda semua. Harap anda semua faham apa yang Del cuba sampaikan dalam penulisan blog Del pada kali ini.

Sebelum itu, Del ini cuma pemegang diploma saja. Tapi, Del dalam proses untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana muda. InsyaAllah,mudah-mudahan. Tapi Del berhasrat untuk tukar ke bidang lain semasa sambung ke peringkat sarjana muda. Kenapa?? Ada sebabnya nanti Del akan kongsikan.

Berdasarkan pengalaman yang Del telah lalui, Program Senibina ini seronok sebenarnya. Itu pun bagi yang benar-benar meminati seni bina. Senibina ini merangkumi kesemuanya. Anda akan bermain dengan warna,hiasan,perincian,ukuran dan macam lagi. Bila ada perkataan bina itu mesti terlintas difikiran anda iaitu, bangunan (rumah,menara,reban ayam pun boleh).

Dalam kuliah, beberapa subjek dalam pengajian senibina yang perlu anda semua ambil berat terutama sekali subjek "Design". Ini merupakan subjek yang tersangat lah mencabar bagi kesemua pelajar senibina (kira subjek killer).Oleh itu, sekiranya anda sedang menjadi seorang pelajar seni bina maka, subjek ini perlu diambil serius.

Siapa yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, pengajian senibina ini adalah cabangnya. Bagi anda yang telah mempelajari subjek lukisan kejuruteraan, itu merupakan bonus untuk anda kerana, anda akan menggunakan ilmu tersebut semasa pengajian dalam senibina. Hal ini kerana, membuat pelan lantai adalah perkara asas dalam program senibina.Tanpa pelan lantai macam mana anda ingin mereka sesebuah bangunan.

Selain daripada itu, daya pemikiran yang kreatif juga perlu ada dalam setiap pelajar senibina. Hal ini memberikan impak positif dalam reka bentuk bangunan anda. Baru lah pensyarah suka. Manalah tahu dapat mengalahkan rekaan daripada Arkitek terkenal seperti, Zaha Hadid, Hijaz Kasturi, Ken Yang, Le Corbusier, Frank Lioyd Wright atau Cesar Pelli.

Selain itu juga, para pelajar saharusnya juga memiliki kekuatan  hati dan perasaan/mental. Jangan mudah mengalah kerana, sekiranya rekaan anda buat itu tidak menepati citarasa pensyarah anda maka semua rekaan anda "Mungkin" bakal diletakkkan ke dalam tong sampah. Tetapi anda jangan beranggapan pensyarah tersebut teruk dan sebagainya kerana melakukan sebegitu, anggaplah ianya cuma 1 ujian untuk berjaya kelak. Jadi nasihat saya cekal kan lah hati anda ya. Walau bagaimana, anda mampu untuk mempertahan kan rekaan anda.Hahaha~. Tapi bila difikirkan semula mana ada dalam hidup semua senangkan. Ingat jangan mudah mengalah!

Cerita mengenai warna, hal ini amat penting, jangan ada yang menunjukkan diri tu buta warna(sayangnya aku buta warna masa nak pergi temudaga ijazah, tapi buta warna aku tidak la sampai tak kenal warna). Sekiranya anda tidak tahu mewarna, jangan risau, tenaga pengajar akan mendidik anda semasa semester pertama. Jadi, anda akan tahu serba sedikit mengenai cara mewarna, pemilihan warna, kombinasi warna dan segala yang berkaitan warna. Seronok bab warna ni.


Contoh Lakaran Yang Pernah Del Lakar (Kena selalu berlatih untuk lebih mahir)
Pandai melukis, pandai melakar itu sudah menjadi kemestian dalam bidang seni bina. Tanpa lakaran atau lukis bagaimana anda ingin mengekspressikan ilham anda itu kepada bentuk lukisan. Jadi sebagai peljar seni bina, rajin-rajin lah melakar,mewarna supaya tidak lah anda rasa kaku apabila ingin melontarkan idea.
Universiti mana ada program senibina? Hal ini anda semua boleh rujuk di carian google dengan menaip "senarai universiti Malaysia yang menawarkan program senibina". Nanti keluar lah semua senarainya. Macam Del, dari Politeknik Malaysia. Jujur cakap, cara pembelajaran kami sama macam universiti, cuma berbeza sedikit saja dari kami ini level politeknik, tapi masih lagi IPTA yang diiktiraf. Kami juga bersaing dengan pelajar Universiti. Kami juga ada program Ijazah Sarjana Muda. Kalau nak tahu, ramai juga arkitek Malaysia yang asalnya dari politeknik. Jadi tiada bezanya belajar dimana untuk berjaya (woww sokong Politeknik Malaysia habis).



Bersama Rakan-Rakan Dalam Studio

Contoh "Presentation Board" (masa semester 2,agak tak puas hati dengan hasil kerja)

Contoh Model Bangunan Setelah Rekaan Diterima Pensyarah

Kena Ambil Tahu Serba Sedikit Ilmu Berkenaan "Construction" Bangunan

Contoh Final Presention Layout Di Belakang Del (sanggup tak tidur malam nak siap kan semua ni)

Sekian terima kasih. sekiranya anda nak tahu lebih lanjut mengenai program senibina, bolehlah rajin-rajin meng"google" dan banyakkan bertanya kepada yang berpengalaman. Tak pun, anda semua boleh sahaja komen di bawah.Jangan lupa doakan kejayaan saya dalam bidang yang saya ceburi. Aminn~ Jangan lupa share ya. 😄

Friday, 16 March 2018

Lagu (Baru 2018): Comel Pipi Merah - Dato' Sri Siti Nurhaliza

Lirik : Comel Pipi Merah- Dato' Sri Siti Nurhaliza




Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting



Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting



Senyumnya Manis Penyejuk Jiwa Hamba

Semanis manisnya Bak Gula
Rupa Nan Elok Penghibur Ayah Bonda
Indah Kurniaan Maha Esa



Sayang Disayang Timang Ditimang

Alahai Manja Ku Seorang
Sayang Disayangi Timang Ditimang
Cinta Hati Ku Selamanya



Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting



Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting



Dimana Dia Buah Hati Saya

Buah Hati Saya Ada Di Dalam Rumah
Dimana Dia Intan Payung Saya
Intan Payung Saya Yang Comel Pipi Merah



Can Mali Can

Can Mali Can
Can Mali Can
Ketipung Payung



Can Mali Can

Can Mali Can
Can Mali Can
Ketipung Payung



Budi Nan Elok Pekerti Nan Mulia

Panduan Hidup Hari Muka
Taat Berjasa Jadi Orang Berjaya
Penuhilah Ilmu Di Dada 



Sayang Disayang Timang Ditimang

Alahai Manja Ku Seorang
Sayang Disayangi Timang Ditimang
Cinta Hati Ku Selamanya



Can Mali Can

Can Mali Can
Can Mali Can
Ketipung Payung



Can Mali Can

Can Mali Can
Can Mali Can
Ketipung Payung



Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting



Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting



Ting Ting Tang Ting Tara

Ting Ting Ke Ting Tang Ting
Ting Ting Tang Ting Tara
Ting Ting Ke Ting Tang Ting






Tuesday, 13 March 2018

Pengalaman: Bukit Taisho, Bahau (Tarikan Terbaharu Buat Pendaki Santai)


Salam buat semua pembaca blog Del iaitu CakapSini.lah. Jadi hari ini, Del ingin berkongsikan kepada anda semua tentang pengalaman Del bersama rakan-rakan semasa mendaki Bukit Taisho. Untuk pengetahuan anda semua, ini merupakan pertama kali Del mendaki Bukit Taisho. Ternyata, semua perkara yang pernah menular di laman sosial seperti "Facebook" dan juga "Blogger" yang menceritakan tentang pengalaman mereka mendaki bukit tersebut memang benar-benar tidak mengecewa buat kaki pendaki santai seperti Del.

Seterusnya, tahukah anda dimanakah lokasi Bukit Taisho ini?. Mari Del ceritakan serba sedikit mengenai lokasi bukit tersebut.

Bukit Taisho merupakan bukit yang terletak di Negeri Sembilan dalam daerah Jempol. Pekan atau bandar utama di sekitar Bukit Taisho adalah Bahau. Bukit Taisho ini, berhampiran dengan taman perumahan seperti Taman Meranti dan Taman Kaya. Baiklah, itu saja serba sedikit mengenai lokasi bukit yang tidak mengecewakan ini. Nak tahu lebih lanjut klik sini.

Mengapakah Del katakan Bukit Taisho merupakan bukit yang tidak mengecewakan buat pendaki santai seperti Del ? Tahukah anda? Di bawah ini jawapannya.

Terdapat 5 faktor yang menyebabkan lokasi Bukit Taisho merupakan, bukit yang tidak mengecewakan buat pendaki santai.

1. Lokasi Yang Strategik

Peta Lokasi

Lokasi Bukit Taisho ini sangat strategik. kerana bukit ini terletak berhampiran Pekan/Bandar Bahau. Jadi sekiranya ada pendaki yang datang dari jauh, semata-mata untuk merasai pengalaman menaiki bukit, jangan risau atau bimbang kerana di Bahau terdapat beberapa buah hotel atau tempat penginapan yang mudah didapati. Nak jalan kaki pun boleh. Dekat sahaja tidak jauh.

2. Pemandangan Yang Menarik


Antara Gambar Pemandangan Yang Dapat Diambil

Jika cerita tentang pemandangan yang menarik, sudah tentu ramai penggemar fotografi, atau pengguna laman sosial seperti, instagram,twitter dan facebook pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar. Sekiranya anda mendaki pada waktu pagi, anda berpeluang merasai pengalaman dengan melihat pemandangan dari atas dengan berlatar belakangkan awan atau pun kabus. Malah pemandangan cahaya matahari pada waktu pagi dan waktu petang juga dapat dirasai. Apa lagi, kaki berswafoto mesti tak lepas kan peluang.

3. Trek Pendaki Yang Sesuai



Contoh Trek Pendaki
Berkenaan tentang trek pendakian untuk sampai ke puncak pula tidak la begitu mencabar. terdapat 3 laluan trek pendaki yang anda boleh lalui. Terpulang kepada anda semua untuk mendaki mengikut laluan yang mana. Nak mencabar boleh, nak santai-santai pun boleh. Asalkan anda berada dalam keadaan selamat.

4. Puncak Yang Berangin



Contoh Tiupan Angin Di Puncak Bukit Taisho

Bila tiba saja di puncak, terutama pada waktu pagi pastinya suasana yang berangin, disertai dengan pemandangan yang indah & damai, pasti tidak akan mengecewakan para pendaki. Puncak bukit tersebut bakal menyambut kedatangan anda dengan tiupan angin yang nyaman lantas, dapat menghilangkan rasa penat setelah mendaki hingga ke puncak. 

5. Masa Perjalanan Yang Singkat

Berkenaan dengan masa perjalanan untuk sampai ke puncak pula, ianya tidak mengambil waktu yang lama. Pada yang baru-baru, anda mungkin merasai perjalanan untuk mendaki seperti agak lama padahal tidak. Anda boleh tiba ke puncak dalam 20-30 min masa mendaki, bergantung kepada tahap kecergasan anda.

Apa-apapun, sekiranya anda ingin melakukan aktiviti seperti ini, persediaan mental dan fizikal perlulah ada. Jangan lupa bawa air untuk menghilangkan rasa dahaga. Selain itu juga, keselamatan dan kebersihan perlulah dijaga. "Jangan pandai-pandai nak rosakkan harta benda awam".




*JANGAN LUPA LIKE,SHARE & KOMEN "FACEBOOK PAGE" & "INSTAGRAM" SERTA FOLLOW BLOG DEL. TERIMA KASIH

Saturday, 10 March 2018

Bila Plan Mesti Tak Jadi. ( 6 sebab tidak munasabah, No 2 tu paling menyengat! )

Salam buat semua pembaca. Untuk pengetahuan anda sambil-sambil mendengar lagu, tiba-tiba tumbul pula idea nak buat entri tentang Bila Plan Mesti Tak Jadi. Anda semua mesti pernah rasa pengalaman atau situasi macam ini kan ?. Samalah macam Del ni pun. Selalu~ bukan satu dua kali, tapi banyak kali.

Macam hari ini, sepatutnya hari ini  Del dan rakan-rakan plan nak mendaki bukit bersama. Tapi malangnya, macam yang Del katakan, bila plan sahaja mesti tak jadi. Tapi pernah tak anda terfikir, kenapa dan mengapa ini berlaku. Mungkin sebab tak ada komisyen macam duit ke kalau pergi atau buat sesuatu yang kita da rancang tak dapat manfaat. Senang kata tak dapat faedahnya.

Berdasarkan info dari laman sesawang OhBulan! kebanyakkan sebab perkara Bila Plan Mesti Tak Jadi, hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang remeh-temeh. Stress kan !
Padahal perkara sebegitu dapat di atasi sebaiknya. Mungkin juga ini melibatkan dengan perangai ataupun sikap pendirian masing-masing.

Antara sebab tidak munasabah kenapa Bila Plan Mesti Tak Jadi ialah,


1. Kawan "Cancel last minute"


Yang ini, mesti selalu terjadi pada anda bukan? Tiba-tiba pula ada sahaja sebab kena cancel. Kalau bab keluarga atau melibatkan kesihatan, mungkin boleh dipertimbangkan. Tetapi, kalau berkenaan dengan hal buah hati kau, pasal persahabatan pun sanggup kau tinggalkan. ciss!
2. Tidur Lebih Penting !


Kalau bab tidur, memang tak boleh kalah. Untuk yang kaki tidur lah kan. Yang ini paling tak munasabah. Disebabkan tidur itu lebih penting, maka semua plan atau perancangan kau dan kawan-kawan kau buat semuanya hancur lebur (Janji tak ditepati). Susah kalau ada rakan-rakan yang berperangai macam ini. Bertabah lah ya. Lain kali jangan ajak orang yang kaki tidur.
3. Bajet Ciput




Ini pun antara yang menjadi punca-punca sesebuah perancangan itu tidak menjadi. Walau bagaimanapun, perkara ini, masih boleh di atasi. Perlu mengambil langkah-langkah persediaan awal untuk mengelakkan perkara ini. "Dah tahu nak pergi, yang pergi berjimba tak ingat dunia buat apa".
4. Kawan Lepas Tangan " semua orang nak rancang untuk dia"


Bab ini, bila adanya rakan anda yang boleh dikatakan mempunyai sikap  pentingkan diri sendri. Sikap tidak mahu berbincang sesama sendiri menyebabkan perkara yang dirancang sering tidak dipersetujui bersama, lantas mengakibatkan perancangan tidak menjadi. "Err" tolong lah kawan-kawan ubah sikap.
5. Banyak Sangat Perancangan "semua kau nak buat"
Yang ini sering juga berlaku. Bila sudah merancang, tahu saja lah segelintir sikap manusia ini, ada saja yang tidak berpuas hati dengan perancangan masing-masing. Kadang-kadang sehinggakan ada perkara yang kita tak perlu pun laksanakan semasa pergi bercuti pun terbuat. Sikap kesederhanaan itu perlu. "Tak perlulah semua benda kau nak buat, nanti timbul pula masalah lain". Tiada masalah kalau perancangan tu berlebih, tapi ianya bergantung kepada situasi juga.
6. Cuti kena Tolak




Ini pula sering berlaku kepada golongan yang sudah berkerja. Kadang-kadang, pelajar pun turut mengalami situasi ini. "Dan-dan lah nak buat kelas itu ini" . Apa-apa pun sekiranya melibatkan tentang cuti, perkara ini juga dapat di atasi. Langkah-langkah persediaan awal perlu dilakukan, supaya masalah tidak timbul.
Walau bagaimanapun, semua sebab-sebab tidak munasabah ini dapat kita elakkan. Supaya perancanagn kita itu menjadi. Pandai-pandailah anda semua nak mengubahnya. Sekian.

*JANGAN LUPA LIKE,KOMEN & SHARE INFO SAYA DAN IKUTI SAYA DI INSTAGRAM DAN FACEBOOK PAGE. 😅

Nyanyi "Ting Ting Tang Ting" Pun Sedap - Lagu Baru Dato' Sri Siti Nurhaliza

Salam buat semua pembaca Blog CakapSini.lah hari ini. Harap anda semua dalam keadaan sihat. Untuk hari ini, Del nak kongsi serba sedikit mengenai tajuk di atas. Ianya berkenaan dengan lagu terbaru Dato' Sri Siti Nurhaliza. 




Siapa yang tak kenal dengan penyanyi no 1 Malaysia dengan suaranya yang begitu mencuri tumpuan. Kali ini, Dato' Sri Siti baru sahaja mengeluarkan single terbarunya yang bertajuk "Comel Pipi Merah".

Dengar kata, lagu ini ditujukan khas buat anak beliau yang bakal keluar tak lama lagi. Untung anak dia, keluar-keluar sudah ada lagu khas untuk dia. Lagu yang mudah dan senang untuk diikuti kanak-kanak, sangat sesuai untuk didengari setiap peringkat umur. Manalah tahu, rasa-rasa anak anda semua susah nak tidur boleh la dendangkan lagu ini. 

 "Ting Ting Tang Ting" antara bait-bait lirik yang ada pada lagu Comel Pipi Merah. Yang Sebenarnya Del dengar lagu ini buat pertama kalinya di corong radio. Sambil-sambil memandu, tiba-tiba terkeluar pula lagu ini. Memang mencuri tumpuan Del masa memandu.

Sekiranya anda ingin mendengar bagaimana lagu Comel Pipi Merah, di bawah ini Del sediakan rakaman daripada laman sesawang youtube. Harap anda semua terhibur. Buat Dato' Siti Nurhaliza, Del ucapkan tahniah buat beliau dan selamat melahirkan zuriat yang comel. Untuk lirik lagu Comel Pipi Merah ini, nanti Del akan kongsikan kepada anda semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Heritage Trail Ipoh

Hai semua pembaca. Sekian lama Del berdiam diri. Ada ke yang menanti update daripada blog Del ni  cakapsinilah.com (tak da pun, jangan peras...