Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Sunday, 18 March 2018

Pengalaman : Seorang Pelajar Senibina

Salam buat pembaca CakapSini.lah. Untuk hari ini, Del berhasrat untuk menulis blog hari ini buat adik-adik yang sedang asyik memilih program apa untuk sambung belajar ke Universiti Awam mahupun Universiti Swasta yand ada di luar sana.

Terlebih dahulu, Del ingin mengucapkan tahniah buat calon SPM yang telah memiliki keputusan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang, jangan risau anda tidak seharusnya menjadikan keputusan tersebut sebagai penamat untuk terus berjaya. Del dulu pun tidak lah cemerlang dalam keputusan SPM lalu. Namun berkat doa ibu bapa, alhamdulillah Del dapat menyambung pelajaran ke peringkat diploma dalam bidang senibina. Dan sekarang, Del dalam proses untuk menyambung ke peringkat sarjana muda pula. InsyaAllah...

Untuk itu, Del dengan berbesar hatinya ingin kongsikan kepada anda semua tentang "Pengalaman Menjadi Seorang Pelajar Senibina". Menarik bukan? Mesti adik-adik di luar sana tertanya-tanya apa itu "Senibina". Kalau yang sudah mengetahui baguslah. Bagi yang belum, ini Del akan kongsikan kepada anda semua. Harap anda semua faham apa yang Del cuba sampaikan dalam penulisan blog Del pada kali ini.

Sebelum itu, Del ini cuma pemegang diploma saja. Tapi, Del dalam proses untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana muda. InsyaAllah,mudah-mudahan. Tapi Del berhasrat untuk tukar ke bidang lain semasa sambung ke peringkat sarjana muda. Kenapa?? Ada sebabnya nanti Del akan kongsikan.

Berdasarkan pengalaman yang Del telah lalui, Program Senibina ini seronok sebenarnya. Itu pun bagi yang benar-benar meminati seni bina. Senibina ini merangkumi kesemuanya. Anda akan bermain dengan warna,hiasan,perincian,ukuran dan macam lagi. Bila ada perkataan bina itu mesti terlintas difikiran anda iaitu, bangunan (rumah,menara,reban ayam pun boleh).

Dalam kuliah, beberapa subjek dalam pengajian senibina yang perlu anda semua ambil berat terutama sekali subjek "Design". Ini merupakan subjek yang tersangat lah mencabar bagi kesemua pelajar senibina (kira subjek killer).Oleh itu, sekiranya anda sedang menjadi seorang pelajar seni bina maka, subjek ini perlu diambil serius.

Siapa yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek, pengajian senibina ini adalah cabangnya. Bagi anda yang telah mempelajari subjek lukisan kejuruteraan, itu merupakan bonus untuk anda kerana, anda akan menggunakan ilmu tersebut semasa pengajian dalam senibina. Hal ini kerana, membuat pelan lantai adalah perkara asas dalam program senibina.Tanpa pelan lantai macam mana anda ingin mereka sesebuah bangunan.

Selain daripada itu, daya pemikiran yang kreatif juga perlu ada dalam setiap pelajar senibina. Hal ini memberikan impak positif dalam reka bentuk bangunan anda. Baru lah pensyarah suka. Manalah tahu dapat mengalahkan rekaan daripada Arkitek terkenal seperti, Zaha Hadid, Hijaz Kasturi, Ken Yang, Le Corbusier, Frank Lioyd Wright atau Cesar Pelli.

Selain itu juga, para pelajar saharusnya juga memiliki kekuatan  hati dan perasaan/mental. Jangan mudah mengalah kerana, sekiranya rekaan anda buat itu tidak menepati citarasa pensyarah anda maka semua rekaan anda "Mungkin" bakal diletakkkan ke dalam tong sampah. Tetapi anda jangan beranggapan pensyarah tersebut teruk dan sebagainya kerana melakukan sebegitu, anggaplah ianya cuma 1 ujian untuk berjaya kelak. Jadi nasihat saya cekal kan lah hati anda ya. Walau bagaimana, anda mampu untuk mempertahan kan rekaan anda.Hahaha~. Tapi bila difikirkan semula mana ada dalam hidup semua senangkan. Ingat jangan mudah mengalah!

Cerita mengenai warna, hal ini amat penting, jangan ada yang menunjukkan diri tu buta warna(sayangnya aku buta warna masa nak pergi temudaga ijazah, tapi buta warna aku tidak la sampai tak kenal warna). Sekiranya anda tidak tahu mewarna, jangan risau, tenaga pengajar akan mendidik anda semasa semester pertama. Jadi, anda akan tahu serba sedikit mengenai cara mewarna, pemilihan warna, kombinasi warna dan segala yang berkaitan warna. Seronok bab warna ni.


Contoh Lakaran Yang Pernah Del Lakar (Kena selalu berlatih untuk lebih mahir)
Pandai melukis, pandai melakar itu sudah menjadi kemestian dalam bidang seni bina. Tanpa lakaran atau lukis bagaimana anda ingin mengekspressikan ilham anda itu kepada bentuk lukisan. Jadi sebagai peljar seni bina, rajin-rajin lah melakar,mewarna supaya tidak lah anda rasa kaku apabila ingin melontarkan idea.
Universiti mana ada program senibina? Hal ini anda semua boleh rujuk di carian google dengan menaip "senarai universiti Malaysia yang menawarkan program senibina". Nanti keluar lah semua senarainya. Macam Del, dari Politeknik Malaysia. Jujur cakap, cara pembelajaran kami sama macam universiti, cuma berbeza sedikit saja dari kami ini level politeknik, tapi masih lagi IPTA yang diiktiraf. Kami juga bersaing dengan pelajar Universiti. Kami juga ada program Ijazah Sarjana Muda. Kalau nak tahu, ramai juga arkitek Malaysia yang asalnya dari politeknik. Jadi tiada bezanya belajar dimana untuk berjaya (woww sokong Politeknik Malaysia habis).



Bersama Rakan-Rakan Dalam Studio

Contoh "Presentation Board" (masa semester 2,agak tak puas hati dengan hasil kerja)

Contoh Model Bangunan Setelah Rekaan Diterima Pensyarah

Kena Ambil Tahu Serba Sedikit Ilmu Berkenaan "Construction" Bangunan

Contoh Final Presention Layout Di Belakang Del (sanggup tak tidur malam nak siap kan semua ni)

Sekian terima kasih. sekiranya anda nak tahu lebih lanjut mengenai program senibina, bolehlah rajin-rajin meng"google" dan banyakkan bertanya kepada yang berpengalaman. Tak pun, anda semua boleh sahaja komen di bawah.Jangan lupa doakan kejayaan saya dalam bidang yang saya ceburi. Aminn~ Jangan lupa share ya. 😄

32 comments:

  1. sedih sgt bunyinya bila kuar ayat rekaan masuk dalam tong sampah
    semoga berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejujur nya Del tak pernah la kena macam tu..tapi ade juga yang pernah..

      Delete
  2. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Banyak aspek yang perlu dipelajari dan diterokai dalam bidang ni kan. Sebab dia banyak cabang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu Cik Ros. banyak lagi aspek dia.

      Delete
  3. aduhai... sememangnya setiap bidang ada kesukaran dan dugaan masing-masing. macam saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi kertas kerja dikoyak pensyarah. ini semua sebenarnya persiapan ke alam pekerjaan yang sebenar yang pastinya lebih mencabar. cuma terserah kepada kita sebagai pelajar untuk memandangnya bagaimana - kalau positif, maka jadi positiflah ia. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sentiasa dalam keadaan postif, bila postif semua boleh jadikan..

      Delete
  4. Macam- macam cabaran kan nak brjaya, sedihnya bila kertas kerja rekaan masuk tong sampah..siyes sedih akak baca..kalau akak sure down tapi kena la ambil positif, kalau xde dugaan takde seri dalam kehidupan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, nak berjaya setiap orang ada cabaran masing-masing. Terpulang la nak hadapnya ke tak. hehe

      Delete
  5. I memang salute orang yang mengambil jurusan Senibina ni. Sebab ada seorang classmates sekarang ni, kalau dia bosan dan taknak tidur, pasti dia akan melukis dan melakar. I am like, amazed gila, kalau I melukis, pokok jadi apa lah agaknya. Betul tu, untuk berjaya bukan senang, tapi kalau you work hard, surely you'll success!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul tu, sometimes kita orang tak boleh tidur. da biasa buat kerja sampai pagi. After class, then baru tidur.

      Delete
  6. Indeed! Tak ramai yg tau kos ni struggle dia macam mana..org ingat takat melukis je..tapi kalau yg kurang kemahiran jenis tangan tak bedung tu mmg terasa laa...papepun kalau dah pilih, kena ada passion dan tunjukkan minat..Good luck for your incoming degree walaupun tukar jurusan :)

    ReplyDelete
  7. Senibina ni seronok sebenarnya. Bagi siapa yang minat la kan. Bagi ciktie siapa yang ambil jurusan ni seorang yang kreatif, tekun, teliti. Yalah bukan calang-calang orang boleh terjemahkan apa yang ada dalam fikiran dalam bentuk lakaran, model pastu nak realitikan sesuatu tu pula. Banyak benda lagi pastu kena ambil tahu. Apapun all the best ye

    ReplyDelete
  8. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi. Sis kagum gan kepakaran uoll dlm rekaan yg mcm2...kdg2 pening kepala pikir cam mana lah uoll ada idea nak buat mcm2 rekaan
    Apa2 pun teruskan usaha ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. but sometimes we all pun pening jugak nak create something new and something different..hahaha

      Delete
  9. this major, never easy to learn and never easy being appreciate. I have seen the hardwork of every student did just to get graduate but it is never easy... I really respect you guys so much!!! all the best to you and for sure you gonna be the great one too!!! - Rach

    ReplyDelete
    Replies
    1. absolutely yes, its not easy. We need to put more affort to success

      Delete
  10. Saya selalu envy org th ada talent melukis. Bidang seni bina sesuai untuk yang suka lukis dan yang creative.Bagi adik adik spm kalau lost direction jgn susah hati.stay calm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. do not worries, if you guys don't know how to draw or colour our lecturer will teach you guys. Tak da la pandai betul, but at least ade le rupa bangunannya..haha

      Delete
  11. Dah tengok sendiri life student architecture ni sebab dulu kitaorang satu fakulti. Memang hari2 nampak diorang tido kat studio. Actually bukan tido pun tp stay untuk siapkan portfolio. tapi apapun semua tu cabaran yang perlu dihadapi sebelum menempuh dunia pekerjaan yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu, tido pun tak cukup. kadang-kadang 15 min seblom kelas mula sempat la tido. Walaupun tak senyenyak yang lain.

      Delete
  12. You have a good ambitious. Keep pursuit for your dream and one day you will achieve what you need. Is a good write up to encourage and sharing your course as SeniBina.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian ini. Moga dapat membuka mata dan memberi inspirasi untuk anak2 dinluar sana dalam mengejar cita2 mereka. Paling penting kena usaha sampai jaya. Moga segala apa yg dicitakan dapat dicapai

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, insyaAllah, mudah-mudahan :)

      Delete
  14. Memang banyak cabaran waktu belajar. Jangan mudah mengalah je. Semoga Allah swt permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cabaran, termasuklah cabaran nak buat keputusan nak gi karaoke ke tak.. ahah

      Delete
  15. saya bab2 lukisan nih memang tak minat
    masa sekolah rendah pun tak pernah dapat A pendidikan seni
    memang tak berbakat melukis
    hahahaha
    tengok member2 yang ambil senibina ke art & design ke...lukisan semua mantap2

    ReplyDelete
  16. Advice yang terbaik saya boleh bagi adalah, make sure awak suka dan minat dengan apa yang awak buat. Then, happy lah life awak.

    ReplyDelete
  17. Terbaik..... if nak tukar bidang dimasa hadapan pun xde masalah.. lebih banyak ilmu dapat kita pelajari...

    Dulu, nk sambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia, dapat mekatronik, so try dengan STPM kot2 dapat, sekali dapat arkitek.. Tolak, buat BBA... masa buat BBA tue, belajar It sendiri... Baru masuk tahun ke-3 terus dapat offer kerja as programmer...

    Memang rezeki dapat kerja time belajar... tahu2 5 tahun baru habis degree hahaha

    ReplyDelete
  18. Wow thanks for sharing your experience as architect student and i wish you all the best plus success in your career soon.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Ogos 2018, Tiada Masa Terluang

Ogos 2018 Tiada Masa Terluang                        l                          Salam buat semua pembaca blog Del. Entri kali ini, lebih...