Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Wednesday, 7 March 2018

Pernah Cuba Ini Ketika Hujan?


Salam buat semua pembaca blog Del hari ini. Diharap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa sukses. Tu dia!. Jadi hari ini Del nak tanyakan kepada anda semua berkenaan tajuk di atas. Ianya berkenaan perkara yang anda pernah lakukan ketika waktu hujan.
Selain daripada anda pernah melakukan aktiviti dalaman, pernahkan anda mencuba aktiviti luaran, tetapi dalam waktu hujan. Sekiranya pernah maknanya kita sama lah. Kebanyakan nya aktiviti ini dilakukan pada waktu kecil. #throwback la katakan.

Jadi di bawah ini Del ada sediakan jenis permainan yang anda boleh lakukan ketika waktu hujan. Diharap anda semua seronok membacanya. Sekiranya anda tidak berpuas hati, nak buat macam mana, ini permainan antara yang Del pernah lakukan. Jadi selamat mencuba!

 Lumba Kapal Kertas

Ketika ini, longkang atau parit di rumah anda menjadi sasaran utama untuk permainan ini. Setelah membuat origami berbentuk sebuah kapal, maka permainan ini dapat dilaksanakan.permainan ini diadili dengan kapal mana yang sampai destinasi dahulu, kapal tersebut lah yang akan menang. Tipu lah sekiranya anda tidak pernah mencuba permainan ini dan tersangat rugi lah anda sekiranya tidak mencuba permainan ini. Legend jugak lah permainan ni saat hujan lebat. Del pun pernah cuba.

Luncur air dalam hujan

Lagi lebat hujan, lagi banyak air yang akan bertakung di permukaan tanah atau rumput. Lagi-lagi pada permukaan tanah yang berlopak-lopak. Bila air hujan mula bertakung di dalam lopak tersebut, maka mulalah aktiviti mengotorkan baju sehingga akan dimarahi oleh mak ayah. Hahah~ Del pernah jugak rasa pengalaman tu. Seronok juga tapi, sekiranya nak mencuba jangan main ketika hujan baru nak bermula, anda perlu tunggu dalam 10-15 min. Bukan apa takut nanti demam pulak. Sebab waktu tu hujan sedang membersihkan kotoran-kotoran dari udara.

Main bola sepak dalam hujan

Yang ni, Del belum pernah cuba sebabnya Del ni kaki bangku. Tapi Del pernah jugaklah tengok abang-abang Del masa zaman kecil-kecil dahulu main bola sepak dalam hujan. Lagi lebat hujan, lagi semangat la nak main. Sambil sepak bola, sambil tu sepak sekali lecak yang ada. Bila terkena air lecak tu pada kawan lagi seronok. Dapat la bergurau. Masa tu lah hubungan persahabatan dapat dieratkan.

 Kejar-kejar dalam hujan

Selain daripada itu, permainan kejar-kejar ini tidak asing lagi dalam kalangan kanak-kanak. Betul tak?. Lagi-lagi main kejar-kejar dalam hujan. Sampai tergolel-golek atas padang sampaikan baju masing-masing basah la. Tapi dalam seronok-seronok main hujan tu, jaga-jaga sikit bila petir menyambar. Tak nak lah sampai terjadinya perkara buruk masa seronok bermain hujan. Jadi, anda perlu sentiasa berhati-hati.

Air terjun buatan sendiri

Siapa pernah cuba buat perkara ni? Ini bermakna anda mempunyai daya pemikiran yang sangat kreatif. Jarang ada budak buat benda ni. Del pernah cuba perkara ni. Lagi-lagi bila waktu hujan lebat turun. Pantang Nampak cerun sikit, mula lah susun batu-batu, sampai la Nampak rupa macam air terjun. Seronok betul bila dapat tengok air tersebut mengalir pada batu-batu yang telah disusun. Nak kreatif lagi letak lah rumput atau pokok-pokok kecil berhampiran batu-batu tu. Nak buat lanskap katanya. Haha

Apa-apa main hujan tu, main juga. Tetapi anda perlu sentiasa diingatkan supaya sentiasa berhati-hati. Elak kan bermain ketikan petir sedang sambar-menyambar. Yang penting jaga kesihatan dan sentiasa beringat. Sekian. Jangan lupa share manalah tahu, takut-takut ada rakan-rakan anda pernah buat aktiviti macam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal                        l                            Hai semua, macam mana dengan drama terbaru n...

Paling Popular & Terlajak Laris !