Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Monday, 2 April 2018

Bulan Pertama Sebagai Blogger

Salam buat pembaca blog Del hari ini, harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri hari ini, Del nak berkongsikan tentang pengalaman Del sebagai penulis blog setelah sebulan menempuhnya. Ini bermakna bulan Mac merupakan bulan pertama Del memulakan penulisan blog.



Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini Del pernah mempunyai blog. Malangnya, blog tersebut tidak dapat diteruskan. Pengikutnya pun nak kata ramai, tak ramai, nak kata sikit, tak sikit boleh dikatakan adalah jugak. Kenapa Del berhenti berblogging? Sebabnya dulu, masa zaman sekolah, manalah pandai sangat guna-guna internet ni. Nak menulis pun tak tahu pasal apa. Nak jadikan blog sebagai diari rasa macam tak sesuai pulak. Jadi, lama kelamaan blog tu pun hilang lesap. Email yang digunakanpun, masih lagi mengguna email dari yahoo.com .

Kenapa start blogging semula? Sebabnya Del memulakan penulisan blog semula kerana, sekarang nak dapat kan internet mudah sahaja. Jadi masalah internet bukan lagi menjadi penghalang macam zaman sekolah dulu. Mana-manapun ada 'Wi-fi' betul tak. Seterusnya yang menjadi punca Del berblogging ni disebabkan oleh terpengaruh dengan rakan-rakan di instagram Del yang turut mempunyai blog sendiri. Tapi dia orang da 'famous' lah, kita masih merangkak.Akhir sekali, baru Del perasan dengan berblog ni juga, kita mamapu menjana pendapatan harian. Tak banyak pun, sekurang-kurangnya ada juga hasilnya. Dan semua perkara yang tertanya-tanya dalam minda ni seperti soalan, " Dah kawin, tapi tak kerja, jadikan blog pula sebagai sumber pendapatan utama". Bila kita tanyakan tentang ini kepada segelintir blogger, tak ramai la sikit sahaja tentang pendapat ini malangnya masing-masing senyap. Namun hari demi hari Del mula faham caranya. Walau apapun Del nak ucapkan terima kasih sebab ada juga yang sudi membantu dan memberi semangat Del ni sebagai blogger yang baru nak berjinak-jinak dalam penulisan blog.

Tujuan Del nak kongsikan entri kali ini sebenarnya nak tanya pendapat anda semua tentang 'STATISTIK BULANAN' blog Del. Di bawah ini rajahnya.



Pada pendapat Del, statistik bulan pertama Del menulis blog rasanya baik. Tak berapa bagus, tapi Del masih berpuas hati. Terima kasih buat mereka yang sudi berkunjung dan komen setiap entri yang Del keluarkan. Harap anda semua dapat membantu saya :)

30 comments:

  1. Gud luck del.. smoga menjadi penulis yg berjaya kelak...jemput baca sini

    https://byshaz.blogspot.my/2018/04/boleh-ke-beli-barang-baby-awal.html

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, statistik bulanan awak lebih banyak daripada saya punya statistik
    . Apapun semoga awak terus sukses dalam dunia blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud saya masa mula2 saya masuk dlm dunia blog..😊

      Delete
  3. Good luck Del, pada pendapat Zumal pencapaian Del sangat hebat berbanding Zumal memula menulis dulu...

    ReplyDelete
  4. Blogwalking sini dan follow (:

    ReplyDelete
  5. Keep blogging.
    Just be yourself.

    ReplyDelete
  6. great start, great stat.....

    Keep up the good work..

    Keep on writing, keep on blogging.. cheers..

    ReplyDelete
  7. Great start tu del. Kak ana dulu dah 5 tahun baru 10k views je. Last year start aktif pulun kaw2 entri. InsyaAllah kak ana yakin del meati boleh naikkan pv uv lagi.

    ReplyDelete
  8. Tahniah Del, permulaan yang baik...banyakkan join aktiviti blogging utk dapatkan hits yang banyak..rajinkan ping entry kat group blogger FB dan google+. Trust me..kejap je naik nanti...

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. Moga permulaan ini menjadikan anda berjaya... Truskan blogging! Hehehe. InshaaAllah Del akan lebih up dari yg lain... Hehehe.. Caiyokkk..

    ReplyDelete
  10. satu permulaan yang baik insyaAllah moga lebih maju dalam penulisan

    ReplyDelete
  11. Tahniah del caiyok.usaha lagi nak dapat page view tinggi.airah pun dalam usaha nak naikkan pageview

    ReplyDelete
  12. Untuk permulaan sangat ok statistik tu. Semoga Del maju jaya dengan berblogging. Jangan cepat rasa bosan ok. Kalau tak blog Del akan terbengkalai sekali lagi.

    ReplyDelete
  13. Bagus la sebulan baru start blog baru tpi blog ni dah mcm otai2 masih berbisa...keep it up boy!

    ReplyDelete
  14. tahniah dell. keep it up! keep sharing benda yang bermanfaat. salam kenal dari Ainy.

    ReplyDelete
  15. Keep it up Dell...u kenduit 💪🏻💪🏻. Akak pun bermula dari bawah. Lepas tu naik sikit sikit ikut tips otai. Akhirnya statustik mula meningkat

    ReplyDelete
  16. Pergh terbaik pageview dia. Kalo tgk google analytic lg bagus..lg accurate..apa apa pun keep it up

    ReplyDelete
  17. Keep it up del..jom tambah lagi entry kat blog..blog sis pon sendu je traffic..haha

    ReplyDelete
  18. Teruskan semangat berblogging.. Pv anda dikira bagus bagi mereka yang baru sebulan berblogging.

    ReplyDelete
  19. Awal-awal memang begitu lah Del. Kena rajin menulis untuk menarik orang membaca..dan dan kena juga promote blog kepada ornag lain

    ReplyDelete
  20. okay la tu untuk yg baru nak berblogging. saya dulu berapa ratus je bulan pertama

    ReplyDelete
  21. Welcome to be a star lepas ni hehehe rajin blogwalk dan singgah blog kawan-kawan akan lebih meriah jadi lebih mesra sikit...

    ReplyDelete
  22. Harap teruskan menulis. tapi PV tu not bad sebagai pemula. dahsyat. btw keep it up. follow here #28

    | blog helloaiman |

    ReplyDelete
  23. keep it up untuk lebih rajin berblogging. jadikan rakan2 blogger otai yang lama yang baik penulisannya sebagai rujukan :-)

    ReplyDelete
  24. Wah..banyak tu untuk first month. Keep it up Del :)

    ReplyDelete
  25. Good luck. Bukan senang nak dapat trafik waktu-waktu newbie ni. Banyakkan ping nlentry di group-group blogger, group blogger ada 30+ group tak silap. Add banyak2 kawan bloger. makin banyak makin banyak pembaca. Buat tajuk yang kreatif supaya org baca tajuk rasa nak baca entry. sekian

    ReplyDelete
  26. Permulaan yang baik ni Del. Teruskan menulis, selamat maju jaya.

    -- Salam perkenalan dari www.noormaizan.com

    ReplyDelete
  27. thanks semua sebab bagi sokongan. seronok baca komen-komen senior.huh insyaAllah saya teruskan dalam dunia blogger ni dengan baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong Pengarah: Rifaiee Omar Produksi: Rio Films Sdn Bhd ©️ 2018 Siti Nurhaliza Producti...