Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Thursday, 5 April 2018

Cara Mudah Guna Aplikasi Photobook

Salam buat pembaca blog Del hari ini. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del berkesempatan dan rajin pula nak buat Tutorial atau cara penggunaan aplikasi PHOTOBOOK dengan mudah dan MURAH ! Cuma perlu bayar cas penghantaran sahaja, maknanya PHOTOBOOK ni PERCUMA la.



Untuk pengetahuan anda semua, Del dah buat ni lebih dari 3 kali. Ternyata caranya sangat mudah dan senang untuk diikuti. Untuk itu, mari kita mulakan !


1. Apabila anda sudah memuat turun aplikasi photobook, langkah pertama anda perlu buat adalah klik pada "SIMPLE BOOKS" seperti dalam rajah.

2. Kemudian klik pada "6" x 6" SIMPLE BOOK" kemudian, tekan butang "NEXT"

3. Arahan kali ini, anda diminta untuk memilih gambar dari talifon anda. Sama ada dari talifon, instagram dan sebagainya seperti rajah di atas. Anda juga DIINGATKAN, supaya memilih gambar tidak kurang dari 21 keping dan tidak lebih dari 21 keping gambar seperti arahan yang ditetapkan. Jika lebih maka cas tambahan bakal dikenakan. Pastikan gambar anda mempunyai kualiti yang baik. Setelah itu, tekan butang "NEXT".

4. Menurut rajah ini, anda diminta untuk menyusun semula gambar (SUSUN ELOK-ELOK SUPAYA, BILA ALBUM NI SAMPAI TIDAK MENGECEWAKAN). Cara susun, cuma perlu tekan gambar mana yang anda inginkan,kemudian "DRAG" gambar tersebut ke muka surat mana yang patut. Pilih gambar yang sesuai untuk dijadikan 'Muka Depan' PHOTOBOOK anda. Anda juga boleh memilih BINGKAI mana yang anda suka, contoh pilihan seperti dalam kotak merah. Kemudian tekan butang "NEXT"

5. Anda diminta untuk meletakkan tajuk PHOTOBOOK anda (Ikut korang lah nak letak apa pun). Kemudian tekan butang "NEXT".

6. Anda diminta untuk klik pada ruang yang bertulis "PREMIUM SILK" dan kemudian tekan butang "CHECKOUT".
PERINGATAN ! untuk checkout anda diminta untuk mengisi butir-butiran mengenai alamat untuk penghantaran, email dan nama anda setelah butang checkout ditekan. (ISI ELOK-ELOK)
7. Setelah selesai mengisi butiran-butiran penting anda diminta untuk mengisi "KOD PROMO" pada ruang "VOUCHER CODE" untuk dapatkan diskaun. Jika anda tidak mengisi kod promo, harganya akan mahal seperti dalam gambar RM92.22. Sudah isi kod promo tekan butang "APPLY".
CONTOH KOD PROMO : TV3, HARIANMETRO (macam Del letak TV3)
8. Sudah selesai isi kod promo, nanti akan keluar seperti rajah di atas, itu membuktikan kod promo yang anda letakkan sebentar tadi BERJAYA! Kemudian klik butang "OK".

Tengok dari harga RM92.22 sekarang jumlahnya RM8.48. Murahkan kalau guna kod promo. :)
9. Pilih bank mana yang anda ingin gunakan untuk proses pembayaran dan klik. Kemudian tekan tekan butang "ORDER NOW".

10. Setelah selesai membuat pembayaran mengikut arahan bank masing-masing, BIARKAN sahaja sehingga keluar sendiri pautan untuk PROSES MEMUAT NAIK GAMBAR ke pihak PHOTOBOOK sehingga selesai. Semak email anda untuk bukti pembayaran dan proses penghantaran.

Ini dia separuh photobook yang Del dah buat.



9 comments:

  1. Alaa nak juga photobook, tapi malas nak susun2. haha.

    ReplyDelete
  2. baru je buat tadi untuk kali yang kedua hihiihi singgah sini

    ReplyDelete
  3. Now ade dah kod baru lagi, HMSIMPLEBOOK

    ReplyDelete
  4. Wah..macam best je ni. Kalau rajin boleh buat kot. Good sharing :)

    ReplyDelete
  5. Keren aplikasi photobook ini ya ... hasil fotonya tampak lebih unik.
    Cuma proses pengerjaannya panjang juga.

    ReplyDelete
  6. Nanti nak try buat juga la guna Photobook ni

    ReplyDelete
  7. Sangat menarik ni Del, betul-betul macam percuma yer...

    ReplyDelete
  8. blum sempat6 nak buat tapi dah lama la pasang niat hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...