Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Monday, 9 April 2018

Facebook Tak Kasi Guna FB buat Sementara ?!

Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del ingin berkongsikan pengalaman Del yang sakit semasa tak dapat guna FB buat sementara waktu. Sebenarnya Del pun tak tau lah ni salah siapa, FB atau Del sendiri.

Macam Ni lah yang Del dapat hari tu, kira surat putus cinta, terkejut beruk kita wak 😕


Memang pening kepala dibuatnya apabila Del sendiri mengalami situasi yang tak di jangka ni. Rasa nak baling sahaja komputer riba tu. Nak tahu macam mana Del boleh mengalami situasi tersebut?

Buat pengetahuan anda semua, ini kali kedua Del terjadi masalah sebegitu. FB  yang pertama baru sahaja buat, bila kena situasi tu langsung akaun FB tersebut tidak boleh digunakan lagi (FB terus delete kot~) penat jugak la "godak-gadik". Habis semua blog Del cari tips nak betulkannya, malangnya tak jumpa juga jalan penyelesaian. Ianya disebab penggunaan "chat messenger". Mula nya Del guna chat mesengger di dalam "phone" lepas tu guna pula di komoiter untuk chat, terus FB kesan dan ingatkan FB Del digodam orang lain (padahal ornag yang sama yang buat).

Bila da jadi macam tu, Del pun terus buat "second account". Tengah sedap-sedap nak kumpul rakan-rakan FB terutama blogger tiba-tiba jadi lagi masalah yang sama. Mengenai "chat messenger". (Bukan main sensitif lagi FB ni orang nak chat aku). Del pun ikut sahaja langkah-langkah yang FB minta buat.

Antara langkahnya :

1. Anda diminta untuk memuat naik gambar.

Untuk hal ini, anda perlu memuat naik gambar dengan jelas. Pastikan gambar tersebut tidak ada cacat dari segi kabur,dan tidak jelas (sebab FB nak detect gambar tu betul ke pemilik FB)

2. Tunggu sehingga 2 hari.

Anda diminta untuk tunggu selama lebih kurang dua hari, sehingga proses mengenal pasti gambar yang anda muat naik tu selesai. Jangan log masuk FB sebaiknya.

3. Pastikan Ada banyak Gambar dalam akaun FB.

Gambar apa yang banyak tu? Sudah tentu gambar muka pemilik akaun FB. Sekurang-kurangnya ada 3 keping gambar yang nampak muka jelas (supaya senang FB nak cam muka anda). Sebelum ni, FB del yang tak boleh buka semula tu sebab gambar muka tak jelas, jadi fb tak boleh nak kenal pasti muka.

Itu sahaja perkongsian kali ini, harap dapat memberi manfaat dan pengajaran buat anda semua. Mohon maaf juga buat rakan FB sampai dua kali nak minta jadi rakan :) sebab kan masalah ni.

7 comments:

  1. https://sifhalibitkiler.blogspot.com.tr/2018/02/adacaynn-faydalar-adacay-hangi.html#more

    ReplyDelete
  2. Surat putus cinta dari fb ek. Haha..
    www.iburayyan.com

    ReplyDelete
  3. Pernah kena blocked 24hrs sbb byk aktiviti ping entry...yg mcm kes del x pernah lg

    ReplyDelete
  4. tak pernah kena lagi mcm ni...


    singgah sini & follow :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah tak kena, tapi terbaca kat FB ramai juga yang kena.. ingatkan kena block sebab ada org report ke apa.. hehehehe.. :)

    p/s : DONE follow kembali

    ...

    ReplyDelete
  6. takpernah kena pula. tapi tiba tiba rasa takut haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal                        l                            Hai semua, macam mana dengan drama terbaru n...

Paling Popular & Terlajak Laris !