Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 1 May 2018

Pandai Masak Mula Dari Mana?


Untuk entri pembukaan bulan Mei Del nak cerita tentang permulaan tahu memasak bermula dari mana dahulu. Mungkin entri kali dapat membantu anda yang tidak pernah masak atau tidak tahu menahu langsung tentang cara memasak, untuk menanam sikap suka memasak. Lazimnya, memasak ni cuma di kuasai oleh kaum Hawa, tapi sekarang dunia sudah berbeza kaum Adam pun pandai juga memasak. Nampak tak persaingan antara dua jantina ni sekarang?. Ramai Chef yang terkenal kebanyakkannya lelaki dan dikuti wanita.

Menurut sumber dari Wikipedia
"Memasak adalah kegiatan menyiapkan makanan untuk dimakan dengan cara memanaskan pada bahan makanan agar bahan makanan tersebut bisa dikonsumsi. Memasak terdiri dari berbagai macam metodeteknikperalatan, dan kombinasi bumbu dapur untuk mengatur rasa memudahkan makanan untuk dicerna dan mengubah makanan dari segi warna, rupa, rasa, tekstur, penampilan dan nilai nutrisi. Memasak secara umum adalah persiapan dan proses memilih, mengatur kuantitas, dan mencampur bahan makanan dengan urutan tertentu dengan tujuan untuk medapatkan hasil yang diinginkan. Memanaskan bahan makanan umumnya, walaupun tidak selalu, perubahan bahan makanan tersebut secara kimiawi, mengakibatkan adanya perubahan rasa, tekstur, penampilan, dan nilai nutrisi".

Tahukah anda, sikap suka memasak ni bermula dari mana? Del sendiri pun tak tahu jawapan dia. Tetapi, mungkin fakta ni serba sedikit dapat membantu permulaan minat untuk pandai dan suka memasak.

Bermula dengan 'Jerang Air', rasanya ini selalu orang buat bukan. Dari sini lah bermulanya suka bermain api. Ingat dulu masa kecil, bila dapat peluang hidup kan api di dapur dengan pengawasan ibu bapa Del sendiri. Perkara pertama bermain dengan api bermula dengan jerang air ni lah ada minat untuk ke dapur.

Seterusnya belajar cara 'Tanak Nasi'. Yang ini mungkin juga membuatkan anda menambah minat untuk suka memasak. Pertama kali tanak nasi, semua orang akan rasa yang sama. Tak tahu cara tanak nasi tu macam mana. Bila diajar, baru tahu caranya. Bilas beras tu bersih-bersih itu suatu yang mudah, tetapi bila masa untuk meletakkan air ke dalam periuk keadaan menjadi rumit. Ada yang gunakan cara sukat air pada jari, ada yang sukat guna cawan, dan ada juga yang agak-agak sahaja ( Itu bagi yang sudah 'PRO' ). Kalau Del guna kaedah sukat air pada jari.

Sebelum mulanya pandai memasak pelbagai resepi yang enak-enak mungkin, dengan cara 'Goreng Telur' dapat membantu anda juga permulaan untuk menyemai sikap suka memasak. Masa ini, baru la tahu cara-cara, nak tahu telur yang digoreng itu betul-betul cukup masak atau pun terlebih masak akan jadi hangit. Time hangit tu, mula la asap berkepul-kepul terbang di udara dalam dapur. Hahaha masa tu kalau jiran tak tahu, mesti mereka ingatkan rumah terbakar.
Bila kita ada perkhemahan atau pun aktiviti luar mesti ada buat aktiviti seperti 'Panggang Ikan/Ayam' bukan?. Tipu la cakap tak pernah. Guna kaedah unggun api, atau bakar di atas para dengan kehangatn api dari arang atau kayu bakar adalah cara untuk memanggang. Kemudian buat lah kuah pencicah guna kaedah masing-masing dan pelbagai kan.

Untuk itu bagi yang tak tahu langsung memasak boleh sahaja cuba kaedah ni. Tak kan la sampai ke tua tak tahu langsung cara memasak. Terutama buat kaum hawa, orang kata nak buat suami sayang mulakan dengan jaga perut mereka dulu dengan hidangan yang enak. Mulakan perlahan-lahan, jangan gopoh. Semua benda boleh belajar jadi, jangan semai sikap malas memasak tu. Sekurang-kurang anda semua tahu buat semua perkara di atas. 

8 comments:

  1. Betul apa saja yang kita hendak lakukan tidak boleh gopoh. Kena cermat dalam perbuatan kita,supaya kerja itu lebih bagus

    ReplyDelete
  2. Hi Del. saya singgah sini. Kalau seingat saya laa, start masak masa kecil dengan starting goreng dan rebus telur. Jerang nasi my mom tak bagi masa kecil tu sebab takut salah sukatan air. Ahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sebab singgah Sofinah, salam kenal

      Delete
  3. Hi del... 1st time singgah sini sis terus follow.. sis mmg x pandai masak sampailah dh kawin suami ngan mertua tolong ajarkan... aduhai... SIS HAWA DOT COM

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks sis HAwa.
      takpa, kita boleh belajar kan

      Delete
  4. Benda basic tahu lah. Huhu. Yg lebih lebih tk pndaii

    ReplyDelete
    Replies
    1. YAng lebih kena usaha lebih..ahha

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong Pengarah: Rifaiee Omar Produksi: Rio Films Sdn Bhd ©️ 2018 Siti Nurhaliza Producti...