Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Monday, 21 May 2018

Apa yang baru dekat blog "Cakapsinilah" ?


Salam buat pembaca blog Del. Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa senyum manis bak gula. Untuk entri kali ini, Del nak berkongsi apa yang terbaru buat blog Del iaitu Cakapsinilah. Agak-agak apa yang terbaru ye kalau anda yang setia baca blog Del tu sebelum ni. Memandangkan blog Del ni tak lama lagi bakal berusia 3 bulan, namun Del nak khabarkan kepada anda semua tentang apa yang terbaru. Tak banyak pun yang baru tetapi bila anda akses ke blog Del mesti nampak ada kelainannya. Apa yang terbaru? baca bawah ni.

1. Domain Baru

www.cakapsinilah.blogspot.com > www.cakapsinilah.com

Memandangkan sebelum ni blog Del menggunakan blogspot.com tetapi Del kali ini tekad pada 15 Mei 2018 untuk bawa blog Del lebih tinggi dan nampak profesional. Oleh sebab itu, cadangan untuk memiliki domain .com sebelum ini telah pun terlaksana. Orang cakap kalau pakai domain blogspot.com membuatkan alamat untuk ke blog Del ni seperti panjang dan susah untuk diingati. Kali ini, dengan izin Allah s.w.t dan rezeki yang ada, maka Del pun menukar alamat blog dari blogspot.com ke .com . Macam mana dengan alamat baru ni? harap anda semua terus sokong Del dari belakang. 

Antara sebab utama Del menukar domain adalah untuk nampakkan blog Del lebih profesional. Jadi tidak lah orang lain memandang rendah pada blogger baru macam Del ni. Selain itu juga, nak memudahkan orang mengingati alamat blog. Jadi tak perlu lah mereka di luar sana kena tapi panjang-panjang lepas itu tak jumpa pula. Ada juga yang kata, kalau tukar domain PV akan lebih tinggi, tapi bagi Del rasanya tak kot. Tapi tak tahu la pula apa terjadi selepas 6 bulan menukar domain. PV ni bagi Del kalau meningkat pun mesti disebabkan oleh topik atau tajuk-tajuk hangat.

*Harap anda semua doakan Del dapat bayarkan Domain setahun sekali ni hehehe.

2. Header Blog

Sebelum

Selepas


Header blog baru ni baru sahaja tukar. Tujuannya nak bagi tarikan pengunjung ke blog Del ni. Biasa sahaja blog Del ni, tapi dengan adanya header yang menarik mesti buatkan blog Del yang sendu ni nampak mahal (perasan). Tambahan pula, header blog ni, Del sendiri yang buat. Apa guna ilmu penuh di dada tapi tidak menggunakannya. Kemahiran Del photoshop (PS) dapat juga serba sedikit membantu menghias blog tanpa upah sesiapa. Tetapi kalau perlu Del akan buat lah untuk upah sesiapa. Konsep blog yang minimalis, masih lagi dikekalkan oleh blog Cakapsinilah.

Bagi anda yang ingin khidmat Del buat logo, header blog dan sebagainya, boleh lah chat Del di Facebook ataupun email sahaja. Tak mahal pun harga atau cas yang dikenakan. Melainkan, kerja-kerjanya rumit pasti lah harga dia mahal. tapi jangan risau tak lebih RM 30 tetapi bergantung kerumitan kerja. Kalau rumit mungkin lebih dari RM 30+ . Kalau biasa-biasa ni, bawah RM 10 je. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...