Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Wednesday, 2 May 2018

Burger Nasi Lemak Mc.Donald's


Makanan yang di inspirasikan daripada makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu 'Nasi Lemak' telah di jadikan sebagai menu baru untuk Restoran Terkenal Dunia. Mc.Donald's (Malaysia) telah mengeluarkan menu baru mereka iaitu 'Burger Nasi Lemak'.

Sejak menu ini tular di media sosial, apa lagi Del pun tanpa melengahkan masa mencuba menu terbaru mereka yang terhad ini. Menu yang di inspirasikan daripada 'Nasi Lemak' yang merupakan makanan kegemaran orang Malaysia ni, mampu memberi impak fositif dan memberi sedikit kelainan untuk peminat burger seperti Del.

Set Burger Nasi Lemak yang lazat ini telah di datangkan bersama kentang goreng dan juga air bikarbonat 100 Plus. Rasa sambal nya yang kurang pedas tetapi, ianya masih lagi mengekalkan ciri-ciri sambal nasi lemak. Isi burger yang diapit bersama telur, ayam goreng yang rangup, sambal dan juga timun diapitkan sekali dengan roti burger telah menjadikan menu ini cukup sempurna seperti nasi lemak ciptaan baru.

Burger Nasi Lemak Mc.Donald's
Harga:
RM 14.95 (Ala Carte)

RM 16.95 ( Set Regular )

Sekiranya diberi peluang untuk undian dari 1 hingga 10, Del sendiri akan memberi undian sebanyak 8/10 untuk Burger Nasi Lemak ini. Itu sudah memadai pada Del, kerana menu terbaru ini tidaklah begitu  mengecewakan buat peminat burger seperti Del sendiri dan masih mahukan sesuatu yang lebih baik dari menu ini.



Del ambil Set Regular sahaja RM 16.95

Anda semua perlu mencubanya untuk mengetahui lebih tentang rasa menu terbaru ni. Ianya terhad kalau anda nak tahu, jadi selagi masih ada anda perlu cepat pergi mencuba.

7 comments:

  1. x cuba lagi..harap sempat la nk cuba nnti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah nanti Lea. InsyaAllah tak mengecewakan.. :)))

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tunggu mek pulak review ye. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ofkos boleh mek..ahahhaa nanti buat entri taw nak baca

      Delete
  4. dari 10 bintang bagi 8 bintang maknanya rasa burger nasilemak tu tak mengecewakanlah ya. Time Mrs. A gi McD aritu dah ada promosi ni tapi macam tak tergamak nak cuba. Dah baca review macam ni next time nak cuba jugaklah kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Lirik Lagu: Dato' Sri Siti Nurhaliza - Anta Permana

Lagu & Lirik: Hael Husaini & Ezra Kong Pengarah: Rifaiee Omar Produksi: Rio Films Sdn Bhd ©️ 2018 Siti Nurhaliza Producti...