Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Friday, 13 July 2018

Cici Ada, Caca Dah Hilang??...

Cici Ada, Caca Dah Hilang??...    l    Salam buat pembaca blog Del cakapsinilah.com . Harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Berdasarkan tajuk entri, mungkin ada antara anda yang tahu tentang cerita Cici dan Caca ni. Kalau korang tak tahu korang boleh klik dekat sini . Kalau dah klik dekat link tu anda akan tahu siapa mereka.

Baik lah kita teruskan dengan topik yang menjadi gaya hidup Del semenjak ni. Sebenarnya kehilangan si Caca ni dah lama dah. Kira-kira bulan lepas lalu, masa bulan puasa tak salah. Del dan adik pulang ke ruma pada waktu tu. Selalunya bila balik rumah pintu pagar mesti tutup, yelah nak elak dari masuknya haiwan peliharaan luar macam kambing dan lembu. Yelah duduk dalam kawasan kampung tahu jelah macam mana gayanya kan. Tujuan tutup nak elakkan dari tanam diragut oleh haiwan-haiwan yang menjadi perosak besar tanaman. Tanaman yang ada tu pun sedang membesar dengan baiknya. Kiranya tunggu hasil sahaja lah. Jadi pintu pagar mesti ditutup.

Nak dijadikan cerita, hari tu agaknya malas nak tutup pintu pagar. Sebab malas tu mungkin disebabkan kejap lagi nak keluar balik. Tapi, tak tahu la kenapa malas sangat nak tutup pagar. Masa balik rumah, tengok dua ekor ayam belanda yang tengah menggemukkan badan tu ada je dalam kawasan rumah. Ingat lagi masa tu, Del nampak Caca dekat sebelah rumah berdiri jer. Tapi betul ke tu Caca?? Yela kot. Lepas tu Cici sibuk makan.

Kemudian kami keluar dari rumah macam biasa sebab nak ke Seremban. Tak tengok pun kelibat Cici dan Caca ni. Sama ada, mereka ni ada atau pun tidak. Bila tiba masa pulang ke rumah pada waktu petang, Del pun masih lagi tidak mengendahkan kedua-dua ekor ayam belanda tu. Biasa petang mereka akan pulang sendiri.

Esoknya, Del perasan macam ada yang tak kena dengan Cici. Nampak dia macam kesunyian, jalan pun bersendirian. Selalunya berdua dengan Caca. Mula la kemusykilan lahir dalam fikiran. Del pun cari ke mana perginya Caca. Biasa kalau tak ada, mesti pergi rumah jiran belakang rumah, tapi mustahil sebab semua lubang pagar dah tutup, jadi mereka tak boleh kemana-mana selain bermain dalam kawasan rumah. Hasil carian, Del tak menjumpai. Tunggu esok harinya, Cici masih bersendirian sampai sekarang.

Mana lah hilangnya Caca ni. Mungkin keluar masa pintu pagar terbuka. Untuk pengetahuan anda Cici dah makin besar. Badan dia dah nak membentuk seperti ayam belanda dewasa. Baiklah, itu sahaja perkongsian gaya hidup Del. Jadi, kesimpulanya sila tutup pintu pagar!. Terima kasih.

*Gambar Cici nanti Del Update*

8 comments:

  1. baca title ingatkan kartun apa la cici dgn caca ni😂... pernah bela hamster at last dia terlepas dn satu rumah gak la dia merayap pegi mencemar duli

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha susah tuh nak cari...kecik pulak cari dalam rumah

      Delete
  2. belanja gambar caca cici sikit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Del upload yang terbaru, kalau yg sebelum klik dkt link yang del bagi..

      Delete
  3. Memula baca ingatkan pasal rancangan cici dan caca.. Rupanya ayam belanda.. kemana agaknya caca menghilang ye..

    ReplyDelete
  4. kena pasang gps ni lain kali hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,, macam penyu kan untuk elak kepupusan nak kenal pasti dia..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...