Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Tuesday, 28 August 2018

'Watsons Haul' Ogos 2018

'Watsons Haul' Ogos 2018                     l                      Salam buat semua pembaca blog Del. Memandangkan bulan ni persiapan kelengkapan untuk Del sambung belajar maka  banyaklah barang yang telah Del beli. Termasuklah barang keperluan penjagaan diri. Bukan selalu membazir duit untuk kelengkapan diri ni. Nak tahu apa yang Del beli semasa berkunjung ke Watson, boleh terus membaca entri Del ni.

Sambil-sambil Del bagi tahu apa yang Del beli, sambil tu Del sendiri akan bagi 'feedback' tentang produk yang Del cuba tu nanti. Tapi sekarang, Del cuba bagi feedback luaran sahaja untuk produk yang telah dibeli oleh Del.

Okey boleh terus baca di bawah kalau anda belum rasa bosan tentang entri kali ni. Antara senarai barang yang telah Del beli kali ini di Watson adalah, 



  1. Rexona Shower Clean - RM 6.10
  2. Clinelle (Deep Cleansing Gel) - RM 21.06
  3. Good Virtues Co. ( Helpful & Delightful) - RM 12.16 ( -RM 1.61 sebab member, jadi sebotol RM10.55 )
  4. Lifebuoy Total 10 - RM 6.50
Okay, senarai barang kita dah tahu, jadi mari kita adili dari segi luaran produk tersebut. Dai segi bauan yang terdapat pada setiap produk yang di beli ni, kesemuanya wangi dan tidak menyakitkan hidung. Yang paling Del suka, bau produk sampu Good Virtues Co. memang sangat wangi dan menyegarkan. Produk sampu yang Del beli ni sesuai yang jenis rambut berminyak macam Del. Apa pun kesannya berkesan ke tidak nanti Del cuba lepas shampoo rambut sebab tu conditioner.

Kemudian produk yang tak pernah Del cuba, iaitu produk Clinelle. Del mengalami masalah jerawat dan kadang-kadang berminyak juga. Del pernah tengok kawan Del menggunakan produk ni. nampak macam bagus jer. Yang ni katanya sesuai untuk semua jenis kulit. Del juga da cuba tengok tektur gel pencuci muka ni, tak banyak buih. Maknanya sesuai untuk kulit muka yang sesitif.

Selepas itu, produk dari Rexona. Del pernah mencuba produk ni dan rasa ianya tidak lah bermasalah sangat. Tapi jenis produk ni boleh dikatakan terbaru dan tak pernah digunakan oleh Del. Harumannya pun wangi. Nanti kalau dah mencuba Del bagi tahu kesannya.

Lifebuoy, rasanya ramai yang dah gunakan produk ni kan. Rasanya berkesan untuk mematikan kuman masa mandi. Buihnya pun banyak dan wangi. Jadi Del rasa tak perlulah nak bagi feedback sangat tentang produk lifebuoy sebab boleh dikatakan bagus.

Okay itu sahaja perkongsian kali untuk semua pembaca. Harap membantu anda untuk membeli nanti.

Monday, 27 August 2018

5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau

5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau


5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau                l                 Hai semua pembaca blog. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan tips yang Del sendiri dapat dari sumber FB page Pulau Malaysia. Del tengok perkongsian ini sangat membantu Del untuk akan datang bila nak bercuti ke pulau. Del pun pernah ke pulau sebelum ni, tapi tak berapa nak jimat. Sekarang dah ada tips disediakan jadi, boleh la guna.

Jenis-jenis Rabun

jenis-jenis rabun

Jenis-jenis Rabun             l            Hai buat semua pembaca blog Del yang setia. Dalam kesibukan ni Del masih lagi sempat nak kongsi kepada anda semua tentang jenis-jenis rabun walaupun Del sendiri bersyukur tidak mempunyai masalah rabun. Tetapi, pelik juga macam mana ramai yang mempunyai masalah rabun terutama yang selalu tengok talifon bimbit masing-masing.

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia

Tips Bercuti Di Langkawi, Malaysia            l             Salam buat pembaca blog Del untuk hari ini, info yang Del dapat ingin Del kongsikan kepada anda semua.  Untuk panduan pembaca yang ingin bercuti ke Pulau Langkawi, mungkin sedikit info di bawah dapat membantu percutian anda :

Aidil Adha Del 2018

Aidil Adha Del 2018

Adil Adha Del 2018                  l                      Salam Aidil Adha buat semua umat Islam, terutama yang tengah baca blog Del ni. Untuk entri Aidil Adha Del ni, Del nak kongsikan serba sedikit mengenai pengalaman Aidil Adha Del kali ini. Harap anda semua tenang bila membaca.

Monday, 20 August 2018

Sinopsis Drama: Alamatnya Cinta

Sinopsis Drama: Alamatnya Cinta


Sinopsis Drama: Alamatnya Cinta            l            Mengisahkan seorang gadis (penulis) yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal. Untuk mendapatkan rumahnya kembali dia bersetuju mengikat kontrak perkawinan dengan pelakon tersebut. 

Saturday, 18 August 2018

Tips Menabung Cara Del

Tips Menabung Cara Del
sumber gambar GOOGLE



Tips Menabung Cara Del                   l                   Salam semua, bertemu kembali kita untuk entri kali ini.  Untuk entri kali ini, Del dengan rasa rendah diri nak berkongsi cara menabung Del yang Del rasa berkesan. Maklumlah, Del pun belum lagi mempunyai pendapatan yang kekal sebab masih lagi belajar. 

Friday, 17 August 2018

Lirik lagu: Perasaan - Sheryl Shazwanie

Lirik lagu: Perasaan - Sheryl Shazwanie
Perasaan Sheryl Shazwanie
Lagu: Room None
Lirik: Iman Imran
Music Producer : Room None
Music Arranger : Room None
Vocal Guide : Harry Khalifah

seringkali ku pandang tenang raut wajahmu
terasa seluruh raga larut dalam getar
nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

entah berapa lama harus memendam rasa
bimbang keinginan hati hanya sisa mimpi
mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas di dalam hatiku sendiri

Pedih cinta hadir tanpa diduga
akan ku harungi kesedihan ini

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri
Ooo oo o
Kasihku...



Hari Kebangsaan Malaysia 2018

Hari Kebangsaan Malaysia 2018                             l                      Salam buat semua pembaca, terutama rakyat Malaysia. Diam tak diam negara kita Malaysia bakal menyambut bulan kemerdekaan yang Ke-61. Alhamdulillah, sehingga hari ini, negara kita masih lagi aman, damai dan harmoni. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan kepada anda bekenaan, tema, logo, maksud logo, dan lagu tema hari kebangsaan Malaysia 2018. Harap perkongsian ini membantu. 

Wednesday, 15 August 2018

Ogos 2018, Tiada Masa Terluang

Ogos 2018 Tiada Masa Terluang


Ogos 2018 Tiada Masa Terluang                       l                          Salam buat semua pembaca blog Del. Entri kali ini, lebih kepada perkongsian gaya hidup Del yang tengah alami sekarang. Merujuk kepada perkongsian tajuk di atas, bulan Ogos tahun 2018 merupakan bulan tersibuk buat Del. Bukan Del sahaja, malah keluarga turut sama.

Senarai (OST) Drama: Alamatnya Cinta

Senarai (OST) Drama: Alamatnya Cinta


Senarai (OST) Drama: Alamatnya Cinta              l              Salam pembaca semua. Untuk entri kali ini, Del akan kongsikan kepada anda semua mengenai (OST) terbaru drama Alamatnya Cinta. Nantikan drama Full House versi Malaysia adaptasi daripada drama popular Korea yang akan menampilkan gandingan Hannah Delisha dan Hisyam Hamid sebagai pelakon utama. 

Wednesday, 8 August 2018

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal

Senarai (OST) Drama: Cinta Bukan Kristal                       l                            Hai semua, macam mana dengan drama terbaru ni, drama Cinta Bukan Kristal. Del yakin drama terbaru ini pun bakal membuatkan anda semua naik angin juga kot macam drama-drama sebelum ni.

Sinopsis Drama: Cinta Bukan Kristal

Sinopsis Drama: Cinta Bukan Kristal

Sinopsis Drama: Cinta Bukan Kristal                   l                 Kisah mengenai Aryana (Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya.

Monday, 6 August 2018

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahari
Suasana depan restoran, sorry tak penuh gambarnya nak cepat.

Nasi Arab Damsyik, Menu Tengahri           l           Salam buat pembaca blog Del. Dah makan ke semua, kalau belum, entri kali ni Del nak kongsikan menu makan tengahari seperti yang tertulis pada tajuk entri kali ini, iaitu Nasi Arab Damsyik. Amboi jauhnya makan kali ni, sampai ke timur tengah. Sebenarnya, tak lah jauh mana, pada siapa yang duduk di sekitar Seremban terutama Senawang pasti sudah lali dengan hidangan yang mengenyangkan ni kan.

Biodata Luqman Faiz

sumber: twitter @luqmnnfaiz

Biodata Luqman Faiz l Luqman Faiz merupakan artis baru. Dia telah mengeluarkan single pertama bertajuk Kepuraanmu. Klik >sini< untuk dengar single pertama Luqman. Mesti ada antara anda semua yang nak kenal atau nak tahu tentang biodata Luqman Faiz kan?. Okay untuk hari ini, Del kongsikan kepada anda semua. Harap entri ini membantu anda semua.


Lirik Lagu: Kepuraanmu - Luqman Faiz

Lirik Lagu: Kepuraanmu - Luqman Faiz
Artist : Luqman Faiz
Judul Lagu : Kepuraanmu

Album : Single Kepuraanmu (2018)
Label : Aries Music

GSC buat promo!

gsc buat promo, lokasi tiket murah gsc

GSC buat Promo!            l        Okay, entri kali ini khas buat kaki wayang. Untuk pengetahuan korang Del baru je dapat info berkenaan tajuk entri kita kali ini. Buat yang kaki wayang, mesti suka kan. Mana la tak suka, dapat beli tiket wayang murah.

Wednesday, 1 August 2018

Lirik Lagu: Pedih - Sarah Suhairi

Lirik Lagu: Pedih - Sarah Suhairi
Pedih- Sarah Suhairi
Lagu : Room None
Lirik : Iman Imran
Produced by MVM Production Sdn Bhd & Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019

Salam Ramadhan, Sesungguhnya2019                 l               Hai and Assalamualaikum semua. Apa khabar buat semua pembaca blog Del. Dah ...