Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Monday, 27 August 2018

5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau

5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau


5 Tips Jimat Melancong Ke Pulau                l                 Hai semua pembaca blog. Untuk entri kali ini, Del nak kongsikan tips yang Del sendiri dapat dari sumber FB page Pulau Malaysia. Del tengok perkongsian ini sangat membantu Del untuk akan datang bila nak bercuti ke pulau. Del pun pernah ke pulau sebelum ni, tapi tak berapa nak jimat. Sekarang dah ada tips disediakan jadi, boleh la guna.

Terdapat  5 tips yang dikemuka oleh mereka. Anda semua boleh baca di bawah ni. Kalau nak tahu info menarik boleh klik >sini< dari FB page Pulau Malaysia. Harap perkongsian ini dapat membantu anda semua.

EARLY BIRD

Korang kena alert dengan early bird promo. Sebab kalau early bird promo ni kita akan dapat harga yang murah daripada biasa. Selalunya memang sangat-sangat berbaloi. Jadi perlu bijak raih peluang promosi ni . Duit lebihan tu boleh simpan untuk benda-benda lain pulak. Ternyata bila beli waktu promosi ni dapat bagi lebih nilai pada duit korang. Jadi, make sure korang alert dengan promo ok?

BERKUMPULAN

Bercuti secara berkumpulan memang menjimatkan sebab boleh share minyak , tol dan jugak makanan. Selain tu bilik penginapan pun boleh berkongsi jugak. Memang sangat menjimatkan. Jadi kat sini, korang boleh ajak beberapa orang lagi kawan korang untuk turut sama join trip percutian korang. 

Lagi ramai lagi bagus sebab lagi banyak boleh berkongsi belanja. Namun pastikan kawan-kawan yang korang ajak tu satu kepala dengan korang dan jenis yang tidak berkira soal kewangan. Boleh sama-sama kongsi tampung mana yang kurang. Kalau tak ngam nanti risau lain pulak jadinya. Ye lah kan, mood pun kena jaga jugak. Sebab kita nak jadikan percutian tu sebagai memori yang indah walaupun percutian bajet.


ELAKKAN CUTI SEKOLAH/CUTI UMUM

Bila waktu cuti sekolah, ramai orang akan bercuti. Bila ramai orang bercuti, harga penginapan, barangan semuanya akan naik mendadak melebihi hari biasa. Jadi untuk mengelakkan korang kena bayar lebih jalan yang paling baik ialah rancang percutian korang bukan pada hari cuti sekolah atau cuti umum. 

Kalau bercuti masa hari biasa selalunya harganya terlebih murah dari hari-hari peak season. Kadang-kadang, sesetengah tu, masa peak season tu harga penginapan dan barangan boleh mencecah sehingga 3 kali ganda tau.

Mahal sangat dan sangat jauh bezanya dengan hari biasa. Jadi, rancang percutian pada hari biasa lebih menjimatkan. Dapat sesuatu kan? Ok, teruskan bacaan, ada lagi tips seterusnya.


AIR ASIA PROMO

Ok, kalau tadi promo early bird promo kali ni pun pasal promo jugak tapi berkaitan harga tiket flight. 
Kalau Airasia buat promo, selalunya pasti akan lebih murah berbanding naik bas atau kereta. Sangat2 berbaloi. 


Tapi selalunya kalau tiket promo ni jangka masa berlepas tu lambat lagi. Makan masa berbulan-bulan tapi takpe korang boleh ambik peluang ni dan tempah satu tarikh yang korang rasa korang free waktu tu.

So... pastikan korang rajin usha laman web Airasia agar tak terlepas untuk dapatkan peluang ni. Boleh?


BELI FULL BOARD PAKEJ

Tips seterusnya ialah beli full board pakej terus. Senang dan lebih menguntungkan. Kalau kita beli satu-satu memang harga akan mahal berbanding kita ambil pakej. Ambil pakej dapat jimat belanja dan lebih mudah sebenarnya. 

Maklumlah kalau beli full, segala aktiviti, penginapan dah termasuk all in one. Kalau beli satu satu berkemungkinan terlebih belanja disamping harga yang lebih mahal berbanding mengambil pakej. Nampak tak? 


Sumber: FB page Pulau Malaysia

1 comment:

  1. info menarik! btw follow sini #115

    https://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

Senarai (OST) Drama : Seribu Rindu

Hai semu pembaca blog Del. Adakah anda semua dah tahu lagu apa yang ada dalam drama terbaru slot Akasia Tv3 iaitu Seribu Rindu ?   Kalau...