Follow & Like

follow me on pinterest find us on facebook follow us on instagram follow me on twitter follow me on youtube

Saturday, 17 November 2018

'First Time' Del Guna Grab


Hye, buat semua pembaca blog Cakapsinilah.com . Harap anda semua sihat je okay. Untuk hari ini, entri Del lebih nak berkongsi pengalaman menggunakan Grab car. Mesti ada dikalangan kita yang pernah cuba kan, dan ada juga yang teringin nak cuba. Jadi, yang masih belum mencuba tetapi mempunyai keiginan untuk mencuba, rasanya entri kali ini dapat membantu anda.


Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa tu GRAB. Sebenarnya, Grab ini dikendalikan oleh sebuah aplikasi yang menawarkan perkhidmatan membawa anda ke mana sahaja (lebih kurang macam teksi la). Tapi, apa bezanya Grab dengan Teksi?. Kalau nak tahu, Del boleh terang kan secara ringkas.

Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Grab, pemandunya orang biasa sahaja, manakala Teksi terdiri dari orang-orang yang kita tahu dia pemandu teksi. Dari segi pemakaian, teksi dengan GRAB berlainan (teksi ada uniform dia, grab kadang-kadang ada la). Tetapi mereka ini telah didaftarkan dengan syarikat Grab ni lah. Kalau korang nak sertai, nak tambah duit pendapatan pun boleh je sertai mereka. Pergi ke cawangan yang uruskan perkhidmatan Grab.

Caj tambang yang dikenakan untuk GRAB pula, agak mahal sikit. Nak dibandingkan naik bus, murah lagi (tapi ko kena tunggu berjam la kot untuk bus). Tapi kalau anda rasa nak cepat dan mudah boleh je naik GRAB. Del mula menggunkan perkhidmatan GRAB ni pun masa masuk U. Kenderaan belum dibenarkan untuk dibawa oleh pelajar baru ni. Jadi, kawan-kawan di sini bagi cadangan untuk mencuba GRAB.

Mudah saja cara penggunaan GRAB ni. Yang penting, anda perlu download/muat turun aplikasi GRAB. Kemdian, tetap kan segala butiran yang di minta. Setelah butiran lengkap baru la anda boleh guna aplikasi ni. Cara dia, pin kan lokasi anda dengan gerak-gerakkan 'pin' tempat pada lokasi anda, kemudian bagi tahu lokasi mana yang anda akan pergi. Nanti akan ada GRAB yang terima awak. Pasal caj tambang, aplikasi ni da tetap kan berapa RM. Jadi tak perlu risau melainkan anda tiba-tiba nak ubah lokasi lain. Untuk resit, mereka akan emial kan pada email yang anda telah tetapkan. Kalau nak murah mungkin anda boleh gunakan kod promo khas untuk mendapatkan diskaun dari mereka.

3 comments:

  1. Sha tak pernah guna Grab nie.. Antara pengangkutan awam yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna nie..

    ReplyDelete
  2. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Babab.net

Terbaru ! dari cakapsinilah.com

OST Filem: AQUAMAN

OST Filem: AQUAMAN          l        Hai semua, semalam Del da tengok wayang cerita Superhero terbaru iaitu Aquaman. Pendapat Del, ce...