Pekan, Pahang. Apa yang ada?

Okay hye, jom mula kan artikel kita hari ni. Sebelum tu maaf sebab lambat sangat update blog ni sebab busy. Ingat  nak buat masa cuti mid sem hari tu, tapi masa tak mengizin kan nak buat macam mana. So, we start my sharing now. Kalau anda semua nak tahu, Del pergi Pekan dan bulan Oktober 2019 hari tu. Tujuan dia untuk buat lawatan bagi subjek Studio Del dekat uni ni. Jadi kami perlu ke Pekan dimana Pekan merupakan tempat kajian kami bagi semeseter ni. Kalau yang belum tahu, setiap semester lain tempat destinasi kajiannya. Jadi, semester ni Pekan, Pahang jadi lokasi kami pada kali ini.


Pada mulanya, sebelum kami bergerak ke Pekan, kami rasakan macam tak ada apa untuk kami lawati selain tujuan kajian. Malangnya, tanggapan awal kami silap. Nak tahu tak Pekan, Pahang salah satu lokasi yang menarik juga untuk anda lawati sekiranya anda ke sini. Banyak tempat bersejarah dan ilmu yang anda semua boleh dapat sekiranya ke sana. Del kongsi ni sebab sebelum ni tak pernah ke Pekan betul-betul. Maksudnya, Del lalu je depan kawasan Pekan tu. Bagi yang belum tahu lokasi dan sejarah Pekan tu boleh baca dekat bawah ni. 



Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.
Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.
Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.
Pekan merupakan sebuah daerah, dan bandar diraja di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 50 km dari selatan ibu negeri terkini iaitu Kuantan, berhampiran Laut China Selatan dan tebing selatan Sungai Pahang.
Sumber: Wikipedia 

Tempat pertama yang kami lawati selain daripada Majlis Daerah kami ke Pulau Keladi. Kenapa ke Majlis Daerah? macam yang Del katakan tadi, tujuan ke sana untuk buat kajian tentang sumber landskap di sana jadi kami terpaksa ke Majlis Daerah Pekan untuk dapatkan serba sedikit maklumat mengenai daerah Pekan. Untuk pengetahuan, Pekan mempunyai 11 buah mukim, kalau nak tahu anda semua google je lah. hehe Okay, sambung tentang Pulau Keladi nak tau apa yang ada di sana?

Kalau nak tahu, Pulau Keladi lah letaknya tempat pusat kraf tenunan kain diraja. Di sini lah letaknya tempat orang belajar menenun dan menghasilkan kain. Kalau nak tahu boleh ke web Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja . Banyak koleksi yang dihasilkan dari mula proses benang sampai lah jadinya sehelai kain yang cantik corak rekaannya. Di situ anda semua boleh la tahu serba sedikit mengenai cara untuk menenun. Orang dekat sana semua baik-baik belaka. Selain itu juga, ada banyak ruang pameran yang boleh anda semua kunjung untuk tambahkan ilmu.



Di Pekan juga terkenal dengan muzium contohnya, Muzium Sultan Abu Bakar. Di sana anda boleh pelajari banyak sejarah mengenai Pahang dan Pekan. Monumen yang ada serta arca yang berbeza dari segi rupa bentuk pun banyak dipamerkan selain daripada barangan lain. Cantik dan kelihatan menarik bila anda semua dapat bergambar dengan semua benda yang ada di sana. 



Selain daripada itu, Pekan terkenal dengan Pekan Sari mereka. Lebih kurang macam pasar tani juga tapi, macam-macam yang anda boleh dapatkan di sana, terutama makanan. Selain makanan, barangan keperluan seperti baju dan lain-lain pun ada. Anda semua boleh ke sana ketika waktu pagi. Kalau rasa-rasa nak makan di sana boleh je pergi.

Untuk peminat fotografi pula selain kawasan muzium anda boleh ke laluan yang terletaknya mural. Kalau nak tahu lukisan mural di dinding jalan Teng Quee, Pekan merupakan projek SWCorp Pekan dan Alam Flora Pekan dengan kerjasama Politeknik Muadzam Shah dan Majlis Daerah Pekan akan menjadi tarikan terbaru di Pekan Pahang. Jadi, anda semua boleh berkunjung ke Jalan Teng Quee untuk mengambil gambar yang menarik di sepanjang laluan kaki lima di situ. Bangunan dan kedai-kedai di sekitar kawasan tersebut cantik jika anda ingin mengambil gambar. Gambar anda akan kelihatan klasik kalau kena dengan caranya.



Kalau nak nikmati makanan petang seperti cendol dan sebagainya, boleh ke gerai yang berada di sekitar Pekan Waterfront. Sedap sangat cendol dekat kawasan tersebut. Rojak pun sedap juga. Anda boleh pilih gerai mana yang anda nak cuba dan merasai kenikmatan makanan.

Okay itu sahaja perkongsian Del untuk kali ini. Harap dapat memberi anda serba sedikit pengetahuan di Pekan. Kalau ada sebarang cadangan boleh komen di ruangan di bawah.


0 Comments