Kek Keju Gebu Mudah Sedap

Bahan-bahan

1 Pack 240 gram keju
6 Biji Telur (Asingkan putih dan kuning telur)
Susu pekat 1 cawan
Gula 1½ sudu

Cara Memasak

1. Putar kan keju bersama dengan susu 1 cawan. Putar sehingga sekata.
2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sekata.
3. Putar putih telur di dalam bekas yang lain sehingga menjadi meringue bertanduk dan letakkam 1 sudu gula ( langkah ini perlu dilakukan setelah anda membuang langkah 1 & 2)
4. Gabung meringue ke dalam bekas campuran keju dan susu, gaul sekata menggunakan sudip atau spatula.
5. Masukkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit mentega pada permukaan loyang. Letakkan kertas minyak untuk senang keluarkan kek bila masak.

Cara Membakar

1. Dengan menggunakan teknik water bath, tuangkan air kedalam loyang yang lebih besar dan letakkan loyang yang telah diisi adunan ke atasnya.
2. Suhu 160 c°, api atas bawah (Pastikan panaskan oven terlebih dahulu)
3. Masa membakar, ambil masa dalam 35 min. (Ikut kesuaian oven, jangan sampai hangus permukaan kek)

0 Comments